Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Berkenaan Sambutan Hari Wanita Malaysia & Menteri Wanita

Posted on Monday, 24-09-2012Monday, 24-09-2012 by Teresa Kok's Office

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

 

PERTANYAAN       :           JAWAB LISAN

DARIPADA              :           YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH                    :           24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN)

 

SOALAN NO. 37:

YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH) minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan program yang telah dirancang oleh Kementerian untuk menyambut Hari Wanita Malaysia pada 25 Ogos 2012. Bilakah YB Menteri akan melantik seorang Menteri wanita untuk menyandang jawatan Kementerian ini memandangkan YAB Perdana Menteri kurang mampu memegang begitu banyak jawatan dalam kabinet.

 

JAWAPAN:

Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat daripada Seputeh kerana begitu mengambil berat mengenai sambutan Hari Wanita Kebangsaan yang disambut setiap tahun pada 25 Ogos. Walau bagaimanapun, sambutan Hari Wanita Kebangsaan pada tahun ini akan diadakan pada 2 Oktober 2012 memandangkan tarikh tradisi jatuh pada cuti perayaan hari raya Aidil Fitri. Sukacita saya memaklumkan bahawa sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2012 akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre.

Tema yang dipilih pada tahun ini iaitu “Wanita Pencetus Ekonomi Baru” amat  bertepatan pada masa ini memandangkan Kajian Ernst & Young bertajuk High Achievers: Recogising the Power of Women to Spur Business and Economic Growth telah mensasarkan pendapatan wanita secara global bakal berkembang antara USD 13 trilion hingga USD 18 trilion dalam masa 5 tahun yang akan datang.

 

Majlis pelancaran Hari Wanita Kebangsaan 2012 akan dilengkapkan dengan satu Forum Wanita bagi membincangkan usaha untuk menarik balik wanita yang telah meninggalkan alam pekerjaan kembali ke pasaran kerja.

 

Selain sambutan di peringkat kebangsaan, sambutan Hari Wanita akan turut diadakan di peringkat negeri iaitu Sabah pada 24 Oktober 2012, Sarawak (31 Oktorber 2012) dan Terengganu (2 November 2012).

 

Tuan Yang Dipertua,

 

Berhubung isu jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang kini disandang oleh YAB Perdana Menteri, ingin saya jelaskan bahawa ia adalah buat sementara waktu sahaja. Dalam hal ini, pelantikan Meteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang baru akan dilantik pada masa yang sesuai atau selepas pilihan raya umum yang akan datang.

 

Dalam pada itu, ingin saya maklumkan bahawasanya tidak timbul persoalan mengenai kemampuan dan kewibawaan YAB Perdana Menteri menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut, YAB Perdana Menteri telah berjaya menjalankan peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan penuh itizam, komitmen dan dedikasi.

 

Berikut merupakan beberapa inisiatif dan usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian semenjak YAB Perdana Menteri menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 9 April 2012.

 

  • Warga emas dikecualikan caj pendaftaran rawatan pakar (sebanyak RM5). Kerajaan juga telah mengurangkan Caj Pesakit Kelas 3 yang turut dinikmati oleh warga emas iaitu pengurangan senanyak 50 peratus dengan caj maksimum sebanyak RM250 bagi setiap kemasukan berkuatkuasa mulai 1 Mei 2012.

 

  • Sebanyak 17 Pusat Jagaan Warga Emas yang dikendalikan Pertubuhan Sukarela Kabajikan dan 22 Pusat Aktiviti Warga Emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapat yuran pemasangan dan langganan ASTRO percuma selama 3 hingga 5 tahun.

 

  • Warga emas di 48 buah pusat jagaan yang didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat menikmati saringan kesihatan dan perkhidmatan kesihatan daripada Kementerian tanpa ke klinik.

 

  • Insentif potongan cukai berganda akan diberikan ke atas perbelanjaan latihan oleh syarikat –syarikat dalam mengambil semula wanita profesional yang telah berhenti bekerja bermula 2013.

 

  • Kerjasama Kementrerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan Talent Corp  bagi mengadakan program yang melibatkan pihak majikan dengan golongan wanita untuk mengenal pasti peluang pekerjaan yang sesuai dan membangunkan pangkalan data (micro-site) wanita profesional yang berhasrat untuk kembali bekerja.

 

  • Melaksanakan Program inisiatif Pengarah Wanita (WDP) bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran kritikal untuk 200 orang wanita menerusi kaedah latihan yang berstruktur, mengambil kira kemahiran teknikal dan soft skills. Satu daftar (registry) ahli lembaga pengarah wanita juga telah mula beroperasi pada bulan April 2012 sebagai sumber calon wanita korporat yang kompetan dan sesuai dilantik sebagai lembaga pengarah.

 

  • Gerakan 1 Malaysia Family First dilancarkan pada 17 Jun 2012 bagi memastikan perspektif keluarga diambil kira dalam semua perancangan pembangunan sosio-ekonomi negara. Gerakan ini adalah outcome Mesyuarat National Blue Ocean Strategy kerana melibatkan penglibatan 3P (Public, People and Private). Antara inisiatif mengutamakan keluarga adalah bulan November akan dipromosikan sebagai bulan keluarga dan syarikat-syarikat yang menganjurkan hari atau aktiviti keluarga untuk pekerja mereka layak mendapat pelepasan cukai.

 

  • Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (KPPKN) bekerjasama dengan Kementerian Pelajaraan Malaysia  untuk menjalankan projek rintis pada bulan September 2012 bagi melaksanakan Dasar Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial, melibatkan 36 buah sekolah rendah, menengah dan pendidikan khas. Sehubungan ini, seramai 72 orang guru dilatih sebagai jurulatih utama yang akan menggerakkan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Social di sekolah-sekolah.

 

  • Kerajaan juga sedang giat memperluaskan program pemulihan dalam komuniti (PDK) untuk memberi pemulihan dan membangunkan kapasiti OKU di peringkat akar umbi. Sehingga kini, sebanyak 468 buah Pusat PDK telah ditubuhkan di bawah seliaan Jabatan Kabajikan Masyarakat yang memberi manfaat kepada seramai 29,184 OKU serta keluarga mereka di seluruh dunia.

 

  • Meneruskan program-program teras bagi meningkatkan kemahiran dan keusahawanan seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Inkubator Kemahiran Wanita (I-KeuNita), Small Office Home (SOHO), Jejari Bestari, Kraf Kreatif dan Kursus Asas Pengurus Kediaman (KAPK).

 

  • Memperhebatkan usaha meningkatkan bilangan tenaga mahir dan separa mahir wanita di Malaysia melalui pelaksanaan program re-skilling dan up-skilling bagi melatih golongan wanita dengan kemahiran yang dapat memenuhi keperluan semasa. Program ini akan dilaksanakan menerusi 15 program Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNita) pada tahun 2012 di seluruh negara sebagai usaha menggalakkan  penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan.

 

 

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme