Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Dear Nazri…play fair

Posted on Monday, 16-04-2007 by Teresa

After my emergency motion was rejected by the Speaker of Dewan Rakyat Datuk Lim Si Cheng, I wrote a letter to Nazri, the law minister or Minister in PM’s Department.

I protested to him for not enforcing the amendment to Penal Code and CPC 2006. I also told him that the AG’s Chamber shouldn’t amend these two laws before they are enforced. I then listed down the series of major amendments in these two acts in relation to human rights and women’s rights.

My letter to him reads as follow:

16 April 2007

Kepada

YB Dato’ Seri Mohd Nazri Abdul Aziz

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri,

Ketidakpuasan Terhadap Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 Tidak Dikuatkuasakan Seperti Apa Yang Dijanjikan

Saya sebagai bekas anggota dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Untuk Mengkaji Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2004 merasa amat kecewa kerana hampir kesemua cadangan kami dalam kedua-dua rang undang-undang ini tidak dikuatkuasakan sehingga hari ini.

Untuk mengembalikan peringatan YB Dato’ Seri, Jawatankuasa Pilihan Khas kami yang dilantik oleh Dewan Rakyat pada 20 Julai 2004. Kami telah mengambil masa selama 2 tahun untuk mengambil pandangan daripada orang ramai dengan menjelajah di seluruh negara, kami juga telah membuat lawatan ke Australia dan New Zealand untuk merujuk undang-undang jenayah di kedua-dua negara tersebut di samping menjalankan kajian terhadap kedua-dua rang undang-undang ini.

Untuk makluman YB Dato’ Seri, Jawatankuasa Pilihan Khas kami dibantu oleh anggota daripada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Agama Islam, wakil daripada Polis DiRaja Malaysia dan pegawai daripada Parlimen. Ini bermaksud bahawa banyak rundingan telah diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas kami dengan semua agensi kerajaan yang berkaitan dengan penguatkuasaan kedua-dua rang undang-undang ini.

Kedua-dua rang undang-undang ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam sidang Jun dan Julai pada tahun 2006, mereka juga telah diperkenankan oleh YDP Agong pada 27 September 2006 dan diwartakan pada 5 Oktober 2006. YB Dato’ Seri telah memberitahu Dewan Rakyat pada 7 November 2006 bahawa kedua-dua rang undang-undang ini akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2007.

Walau bagaimanapun, kami merasa amat tidak puas hati bahawa kedua-dua rang undang-undang tersebut masih belum dikuatkuasakan sebagaimana yang dijanjikan oleh YB Dato’ Seri sehingga hari ini. Dalam Warta Kerajaan Seri Paduka Baginda pada 5 Mac 2007, kami juga merasa hairan bahawa hanya bahagian mengenai terrorisme dalam Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 diluluskan.

Saya merasa hairan bahawa bahagian terrorisme dalam Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 diwartakan kerana definisi terrorisme yang terkandung dalam bahagian terrorisme dalam Kanun Keseksaan (Pindaan) 2003 telah dikritik oleh banyak pihak kerana ia adalah terlalu longgar dan luas. Oleh itu, Jawatankuasa Pilihan Khas kami telah membuat pindaan dan menyempurnakan definisi terrorisme tersebut dan dimasukkan dalam Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 supaya akta ini tidak akan disalahgunakan. Kami merasa amat tidak puas hati bahawa pandangan dan pindaan kami tidak diambil kira.

Dalam jawapan bertulis yang diberi oleh YB Dato’ Seri kepada YB Teresa Kok (Seputeh) pada 10 April 2007, YB Dato’ Seri berkata bahawa Jabatan Peguam Negara akan membuat beberapa pindaan lanjut atau berbangkit yang perlu dibuat kepada kedua-dua akta itu selepas diwartakan. Persoalannya ialah, Jabatan Peguam Negara tidak patut membuat pindaan lebih lanjut atas Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 dan Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 sebelum kedua-dua akta ini dikuatkuasakan. Jabatan Peguam Negara hanya boleh membuat pindaan terhadap kedua-dua akta ini sekiranya mereka mendapati terwujudnya masalah selepas akta tersebut dikuatkuasakan.

Untuk makluman YB Dato’ Seri, Jawatankuasa Pilihan Khas kami telah membuat beberapa pindaan yang penting khususnya dari segi pemeliharaan hak asasi manusia. Ini termasuk:

i) Pindaan terhadap takrif rogol dan hukuman bagi kesalahan jenayah rogol dalam Kanun Keseksaan;

ii) Pindaan terhadap kesalahan curi ragut dalam Kanun Keseksaan;

iii) Pindaan terhadap takrif ‘terrorisme’ dalam Kanun Keseksaan untuk menjadikan takrif ‘terrorisme” lebih spesifik dan mengelakkan ia disalahgunakan;

iv) Pindaan terhadap seksyen 117 dalam Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan tempoh penahanan saspek di lokap polis yang selalu disalah-gunakan oleh pihak polis;

v) Pindaan terhadap seksyen 112 dan 113 dalam Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan pemeriksaan saksi dan saspek demi mengelakkan pengakuan saspek secara paksaan dan keganasan oleh pegawai polis terhadap saspek;

vi) Pemansuhan terhadap seksyen 115 dalam Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan rakaman pengakuan oleh majiestret;

vii) Pindaan terhadap seksyen 13 dalam Kanun Tatacara Jenayah yang mewajibkan kesalahan jenayah seksual dilaporkan kepada polis;

viii) Pindaan terhadap seksyen 20A dalam Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan pemeriksan orang yang ditangkap oleh polis di lokap polis;

ix) Pindaan terhadap seksyen 51A dalam Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan pemberian dokumen oleh pihak pendakwa raya kepada pembelaan sebelum perbicaraan;

x) Mewujudkan perintah khidmat masyarakat dalam seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah;

xi) Pindaan terhadap seksyen 295 Kanun Tatacara Jenayah yang menghendaki pesalah seksual melalui kaunselling pemulihan.

Memandangkan pindaan yang disebutkan di atas adalah pindaan yang menyempurnakan kedua-dua undang-undang tersebut dan yang mempertahankan hak asasi manusia, jadi saya ingin minta YB Dato’ Seri untuk menguatkuasakan kedua-dua undang-undang yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas kami dengan secepat mungkin, kerana kesemua pindaan tersebut adalah merupakan pindaan yang telah dinanti-nantikan oleh banyak pihak.

Saya berpendapat adalah penting bagi Kerajaan untuk mengembalikan peranan Parlimen sebagai institusi penggubalan undang-undang. Kesemua keputusan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen kita haruslah dihormati dan diikuti oleh semua agensi kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara.

Dengan itu saya berharap YB Dato’ Seri boleh menggunakan kuasa YB untuk menguatkuasakan kedua-dua akta tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

______________________

YB Teresa Kok

Ahli Parlimen Seputeh

Bekas Anggota Jawatankuasa Pilihan Khas

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme