Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Jabatan Perdana Menteri Membuktikan Dakwaan Saya Bahawa PM Bercuti di Milan adalah Benar

Posted on Friday, 29-06-2012Friday, 29-06-2012 by Teresa Kok's Office

Saya tidak puas hati terhadap jawapan Jabatan Perdana Menteri terhadap soalan lisan saya bertarikh 12 Jun 2012, jadi saya pun buat satu ucapan penangguhan pada hari ini demi mendesakan jawapan daripada Perdana Menteri berkenaan dengan lawatan YAB ke London, Washington dan Milan.

Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada saya membuktikan Perdana Menteri dan pegawainya memang ada pergi ke Milan, dan kapal terbangnya kemudian bersinggah di Dubai, kemudian baru balik ke Malaysia.

Jawapan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri kepada Ucapan Penangguhan saya adalah berikut:-

Usul Menangguhan Mesyuarat Akhir Persidangan Dewan Rakyat

Usul Penangguhan: Isu-isu Berkenaan Dengan Lawatan PM ke Eropah dan Amerika Syarikat

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Majlis Resepsi yang dihoskan oleh Putera Charles di Oxford, United Kingdom adalah bersempena dengan penganugerahan Piagam Diraja oleh Baginda Ratu Elizabeth II kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS). Jemputan ini merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan tertinggi kepada YAB Perdana Menteri yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi OCIS dan juga Malaysia yang telah memberikan sumbangan aktif kepada perkembangan dan kemajuan Pusat tersebut. Secara tidak langsung ia telah menonjolkan imej sebenar Islam dan kejayaan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang progresif dan moden.

Lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke New York pula adalah bagi mempengerusikan Mesyuarat Kedua Majilis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSAIC) yang dianggotai oleh 64 wakil daripada kerajaan Malaysia, pemain industry global, pemenang anugerah Nobel dan pakar saintis antarabangsa. Mesyuarat tersebut telah menyaksikan sebanyak 5 Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani yang secara langsung akan dapat meningkat kerjasama pintar dan pelaburan di Malaysia. YAB Perdana Menteri juga telah berjumpa dengan para pelabur melalui mesyuarat meja bulat dan menerima kunjungan hormat oleh tokoh-tokoh korporat ke atas YAB Perdana Menteri semasa lawatan kerja berkenaan.

Sehubungan itu, tidak timbul soal pembaziran bagi YAB Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke negara-negara yang disebutkan.

 

Tuan Yang di-Pertua,

Di dalam usaha kepimpinan Kerajaan melaksanakan pelbagai transformasi bagi meningkatkan pertumbuhan dan membawa Malaysia ke tahap Negara Berpendapatan Tinggi menjelang tahun 2020, tidak dapat tidak ia menuntut komitmen yang tinggi dan YAB Perdana Menteri telah bekerja tanpa mengira waktu. Sehubungan itu, sebagaimana kelayakan beliau, YAB Perdana Menteri telah mengambil bercuti ke luar negara setelah lawatan kerja rasmi beliau berakhir.

Bagi tujuan ini YAB Perdana Menteri telah memilih untuk mengadakan lawatan peribadi ke Washington. Rancangan asal adalah bagi lawatan peribadi berkenaan diadakan bermula 18 – 25 Mei 2012. Untuk tujuan itu, Jabatan Perdana Menteri telah membuat anggaran sebanyak RM452,985.75 bagi menampung kos para pegawai Kerajaan yang diarahkan mengiringi YAB Perdana Menteri sebagaimana jawapan kepada soalan lisan YB Seputeh pada 12 Jun 2012.

Walau bagaimanapun, YAB Perdana Menteri telah memutuskan untuk membuat lawatan peribadi ke Milan bermula 20 – 24 Mei 2012. Perubahan ini telah menyebabkan berlaku isu penyelarasan laporan lawatan YAB Perdana Menteri di peringkat pentadbiran dan kewangan yang mana ia telah tidak dimasukkan semasa menjawab soalan yang dikemukakan.

 

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah RM452,985.75 adalah merupakan anggaran yang dibuat oleh Jabatan Perdana Menteri bagi menampung lawatan YAB Perdana Menteri ke Washington memandangkan semasa jawapan disediakan, para pegawai Kerajaan yang ditugaskan mengiringi dan pihak Kedutaan Malaysia di Washington masih belum mengemukakan tuntutan sebenar. Pecahan anggaran perbelanjaan RM452,985.75 yang dibuat adalah meliuputi kos tambang karpal terbang, elaun makan, bayaran hotel, sewa kenderaan, kemudahan telekomunikasi, dobi, tips, kerugian tukaran asing dan keraian.

Walau bagaimanapun, jumlah perbelanjaan sebenar terkini bagi Lawatan Peribadi YAB Perdana Menteri ke Washington adalah RM273,799.57. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat. Walaupun lawatan ke Washington merupakan lawatan peribadi, YAB Perdana Menteri secara tidak rasmi telah mengadakan perjumpaan dengan pegawai tertinggi Jabatan Negara dan tokoh-tokoh politik Amerika Syarikat. YAB Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan para pelabur yang berpotensi untuk melabur negara ini.

Sebagaimana aturan biasa yang diamalkan sebelum ini, pegawai Kerajaan yang diarahkan bagi mengiringi Lawatan Peribadi YAB Perdana Menteri ditetapkan pada jumlah yang paling minima yang bersesuaian meliputi juruiring polis, pegawai peribadi, doktor dan pegawai keselamatan yang mana segala perbelanjaan mereka ditanggung oleh Kerajaan kerana bertugas rasmi. Peruntukan bagi menampung perbelanjaan ini adalah seperti yang ditetapkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003.

Berhubung pertanyaan YB Seputeh tentang lawatan di Dubai, adalah dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak membuat lawatan rasmi mahupun lawatan peribadi ke Dubai kerana pesawat Eksekutif Kerajaan yang membawa YAB Perdana Menteri sebenarnya singgah di Dubai untuk tujuan transit dan refueling.

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini terdapat 8 buah pesawat yang disediakan oleh Kerajaan sebagai pesawat-pesawat Eksekutif Kerajaan untuk kegunaan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri. Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, walaupun YAB Perdana Menteri sedang bercuti, ia tidak memutuskan tugas dan tanggungjawab jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Sehubungan dengan itu, adalah tidak wajar sekiranya ada pihak yang berpandangan isu keselamatan YAB Perdana Menteri harus diketepikan semata-mata kerana beliau sedang bercuti. Atas dasar keselamtan dan kepentingan negara, maka persoalan kelulusan Kerajaan bagi YAB Perdana Menteri menggunakan pesawat Eksekutif Kerajaan semasa mengadakan lawatan peribadi yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat tidak seharusnay timbul.

Sekian, terima kasih.

 

2 thoughts on “Jawapan Jabatan Perdana Menteri Membuktikan Dakwaan Saya Bahawa PM Bercuti di Milan adalah Benar”

  1. SD says:
    Friday, 29-06-2012 at 21: 36.35

    Please do not forget to make these public when campaigning for GE13. We need those small town folks who do not use internet to know what BN thinks of our taxpayer contributions ( dia punya bapak punya duit).

  2. alex says:
    Saturday, 30-06-2012 at 10: 57.57

    Kenapa YB tak puas hati ? Itu keistimewaan PM, kalau tak percaya tanyalah Dato’ Sri Anwar yang saya percaya juga pernah gunakan kemudahan itu. Kenapa nak besar-besarkan satu perkara kecil. Keselamatan PM perlu dijaga sepanjang masa. Kalau YB jadi PM pun kami pun setuju bagi kemudahan itu. Asalkan YB buat kerja untuk membawa pembangunan negara

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme