Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Kementerian Kesihatan Digesa Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan ataupun Retirement Village Act di Malaysia

Posted on Wednesday, 27-06-2012 by Teresa Kok's Office

Ucapan  Penangguhan YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh

pada 27 Jun 2012

======================================================

Mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat 2.7 juta warga emas di Malaysia pada tahun 2010, angka ini dijangka akan mencecah 3.4 juta orang pada tahun 2020.

Sejajar dengan aliran negara maju yang lain, hayat warga Malaysia menjadi semakin panjang manakala kadar kelahiran semakin menurun. Keadaan ini bermaksud kebajikan warga emas akan menjadi satu isu yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan pada tahun-tahun yang akan datang dan kerajaan seharusnya membuat perancangan pada waktu sekarang.

Malaysia mempunyai cuaca dan kualiti hidup yang memuaskan. Tetapi kesalnya, setakat ini hanya terdapat 17,000 warga asing menyertai program “Malaysia My second Home” (MM2H) walaupun kerajaan gigih mempromosinya. Sekiranya kita ingin menjayakan program MM2H, kita sepatutnya menjadikan Malaysia sebagai  destinasi bersara bagi warga asing yang kaya di negara maju dengan membina lebih “perkampungan persaraan” ataupun “retirement village”, supaya kita boleh menarik lebih pelaburan asing terus (FDI) melalui bidang ini.

Banyak syarikat asing dan pemaju tempatan berminat untuk membina perkampungan persaraan, tetapi mereka mendapati negara kita tiada garispanduan dan undang-undang yang memudahkan mereka membina perkampungan persaraan yang mencapai piawaian perkampungan persaraan di negara maju seperti Australia, Taiwan dan sebagainya.

Komponen yang penting dalam perkampungan persaraan ialah unit penjagaan warga uzur ataupun “aged care unit” bagi orang tua yang sakit dan perlu bantuan perubatan. Mengikut undang-undang Malaysia, klinik hanya boleh memberi rawatan bermalaman kepada pesakit sekiranya ia mendapat lesen hospital daripada Kementerian Kesihatan di Putrajaya yang mana memerlukan prosedur  yang rumit.

Kini, undang-undang yang sedia ada di Malaysia yang berkaitan dengan Perkampungan Persaraan adalah Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Hospital Persendirian 1971 dan Akta Kebajikan/ Orang Kurang Upaya 2008. Kesemua undang-undang ini memang tidak kondusif untuk mewujudkan Perkampungan Persaraan yang mempunyai “aged care unit”.

Demi memudahkan usaha untuk menjaga warga emas oleh organisasi tertentu, dan demi memudahkan pemaju yang ingin menubuhkan lebih Perkampungan Persaraan di Malaysia, saya ingin menyeru Kementerian Kesihatan menjalankan kajian terhadap sistem dan undang-undang “retirement homes” di Australia, dan menggubal undang-undang yang mencontohi Retirement Village Act 1999 di Australia, demi memudahkan pembangunan Perkampungan Persaraan dan usaha untuk menjalankan penjagaan dan kebajikan warga emas.

Saya merasa kesal Kementerian Kesihatan tidak memandang serius tentang isu ini. Ini boleh dibuktikan bahawa Kementerian Kesihatan enggan menjawab ucapan penangguhan saya dan juga jawapan kepada soalan lisan Parlimen di sidang yang lepas. Sikap ini memang menjejaskan usaha penubuhan perkampungan persaaraan di Malaysia.

-Teresa Kok –

1 thought on “Kementerian Kesihatan Digesa Menggubal Undang-undang Kampung Persaraan ataupun Retirement Village Act di Malaysia”

  1. lee wee tak says:
    Monday, 02-07-2012 at 21: 58.36

    mungkin tak minat kerana aliran pulangan tidak memuaskan daripada inisiatif ini

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme