Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan di Parlimen berkenaan dengan peguam Perancis SUARAM dilarang masuk ke Malaysia

Posted on Friday, 15-06-2012Tuesday, 19-06-2012 by Teresa Kok's Office

NO. SOALAN: 35

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

TARIKH : 14 JUN 2012 (SELASA)

DARIPADA : PUAN TERESA KOK SUH SIM
[SEPUTEH]

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan alasan Jabatan Imigresen enggan mengeluarkan visa kemasukan kepada beberapa peguam Perancis SUARAM seperti William Bourdon dan Joseph Brehem yang membawa kes Scorpene ke Mahkamah Perancis untuk masuk ke Malaysia.

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Seputeh yang mengemukakan pertanyaan.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat dan dewan yang mulia ini, kemasukan dan keberadaan warganegara asing di Malaysia adalah tertakluk kepada keperluan-keperluan yang telah ditetapkan dalam Akta Imigresen 1956/63, Akta Paspot 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 seperti memiliki dokumen perjalanan yang sah, memiliki visa bagi negara-negara yang memerlukannya, memiliki Pas imigresen yang sah dan tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dilarang masuk (prohibited immigrant). Jabatan Imigresen Malaysia juga mempunyai kuasa untuk menolak kemasukan mana-mana warganegara asing selaras dengan Seksyen 24 dan 26 Akta Imigresen 1959/63.

Warganegara Perancis tidak perlu memohon visa sebelum memasuki negara ini. Walau bagaimanapun, Wiliam Bourdon telah ditahan di KLIA dan dihantar pulang ke negara asal kerana beliau telah melanggar syarat-syarat Pas Lawatan Social seperti yang termaktub di dalam Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang menyatakan bahawa:

“Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mamatuhi mana-mana syarat yang dikenakan berkaitan dengan, atau arahan yang diendorskan di atas mana-mana Pas, Permit atau Pas Sempadan, adalah melakukan kesalahan terhadap Peraturan-Peraturan ini dan hendaklah dikenakan apabila disabitkan, hukuman penjara kepada tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-dua penjara dan denda tersebut.”

Manakala semakan dengan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berpandukan nama individu Joseph Brehem pula menunjukkan tiada sebarang maklumat individu berkenaan mengenai penolakan kemasukan ke Malaysia. Walau bagaimanapun, semakan lanjut boleh dilakukan oleh Jabatan sekiranya terdapat buturan terperinci bagi individu berkenaan seperti nombor paspot, tarikh lahir dan tarikh kejadian berkenaan.

1 thought on “Jawapan di Parlimen berkenaan dengan peguam Perancis SUARAM dilarang masuk ke Malaysia”

  1. lee wee tak says:
    Saturday, 16-06-2012 at 17: 58.56

    there was no reason recorded for Mr Bourdon being rudely, threatening ejected from 1Malaysia? is it too embarrassing to record or no reason at all?

    Then Mr Bourdon has every reason to ask for damages and apology; and every Malaysians have valid reason to demand some little napoleon’s hide to be hanged for this. Malaysia’s name is disgraced in international arena. For what reason? From Mongolia to France, the answer is very obvious

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme