Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pertanyaan Atas Pekerja Asing

Posted on Tuesday, 27-03-2007Tuesday, 27-03-2007 by -ec-

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : Puan Teresa Kok Suh Sim

Tarikh : 27 MAC 2007

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI menyatakan jumlah pekerja asing yang telah ditangkap, ditahan atau dihantar balik ke negara asal mereka mengikut pecahan kewarganegaraan mereka pada tahun 2005,2006 dan suku pertama 2007. Sila nyatakan jumlah perbelanjaan atas penangkapan, penahanan dan deportasi perkerja asing yang tidak mempunyai dokumen.

JAWAPAN:

Tuan Yang Di-Pertua,

Tiada sesiapa yang boleh tinggal di negara ini dengan melanggar Akta Pasport, Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan yang ada. Mana-mana warga asing yang melanggar Akta Pasport, Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan sedia ada mereka akan diambil tindakan undang-undang.

Perangkaan terkini mengenai jumlah pekerja asing di Malaysia adalah 1,869,208 juta orang sehingga Disember 2006, Bagi tahun 2005 seramai 28,079 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Bagi tahun semasa iaitu 1 Januari 2007 sehingga 31 Januari 2007, jumlah tangkapan PATI adalah 5,999 orang. Dari 1 Januari 2006 sehingga 31 Disember 2006 sebanyak 56,315 orang PATI telah ditangkap. 69 % (38,225) dari mereka melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah 17 % ( 9,723) melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa dan 9 % (4,980) melakukan kesalahan kerana melanggar syarat Pas dan Permit.

Bakinya adalah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pasport, Akta Imigresen dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Bagi tahun berakhir 2005, jumlah PATI yang ditangkap adalah 28,079 orang. 68 % (19,146) dari mereka melakukan kesalahan kerana tinggal lebih masa dan 11 % (3,358) melukakan kesalahan kerana melanggar syarat Pas dan Permit. ( Perangkaan Tangkapan bagi tahun 2005, 2006 dan 2007 adalah seperti di lampiran)

Sebanyak 55% (29,106) adalah merupakan warganegara Indonesia 16 % ( 8,820 ) merupakan warganegara Filipina 9 % (4,434) merupakan warganegara Thailand. 4 % (2,331) merupakan warganegara India, 3.7 % ( 2,103 ) merupakan warganegara Bangladesh.

Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan menguruskan PATI di pusat tahanan sementara (PTS) imigresen dan kos-kos pengusiran PATI ke negara asal mereka. Pada tahun 2005, sebanyak RM 1,979,670.00 digunakan sebagai kos pengusiran PATI
manakala kos perbelanjaan pengurusan PTS adalah dibawah Jabatan Penjara Malaysia.

Bagi tahun 2006, Kerajaan membelanjakan keseluruhan sebanyak RM 3,184,540.00 untuk kos penghantaran pulang atau pengusiran PATI. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tersebut bagi mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung sekiranya mereka ditahan di depot-depot tahanan imigresen.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme