Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan soalan Parlimen mengenai program MM2H

Posted on Tuesday, 13-03-2012Friday, 16-03-2012 by Teresa

Soalan No. 22

 PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN      :        LISAN

DARIPADA           :       YB PUAN TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH               :        13 MAC 2012

SOALAN               :        Meminta MENTERI PELANCONGAN menyatakan :

Pecahan peserta “Malaysia My Second Home” (MM2H) mengikut negara dan jantina. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menarik permohonan orang asing untuk menjadi peserta MM2H dan apakah halangan yang dihadapi oleh Kementerian dalam usaha ini?

JAWAPAN :

Tuan Yang Di Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat Seputeh, sejak 2002 hingga 2011, seramai 17,203 orang warganegara asing daripada 119 buah negara telah menyertai program “Malaysia Rumah Kedia Ku” (MM2H). Penyertaan warganegara asing yang tertinggi adalah daripada 10 buah negara seperti berikut ;

 

Bil

Negara

Jumlah

(2002 -2011)

1.

China

2857

2.

Bangladesh

2082

3.

United Kingdom

1789

4.

Jepun

1629

5.

Iran

1037

6.

Singapura

804

7.

Taiwan

724

8.

Pakistan

698

9.

India

631

10.

Korea

613

Berdasarkan kepada profil peserta yang diwujudkan sejak tahun 2007 yang meliputi seramai 8,479 peserta, 90.6% adalah merupakan peserta lelaki, manakala selebihnya iaitu 9.4% adalah peserta wanita.

Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu disenaraikan sebagai Negara yang ke-4 terbaik dalam senarai Global Retirement Index : The World’s Top 10 Retirement Havens oleh International Living.com dan terbaik di Asia. Ini aalah merupakan hasil yang diperoleh daripada pelbagai usaha yang telah diambil oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia dalam mempromosikan Program MM2H yang merangkumi langkah-langkah seperti yang berikut ;

i)               Memasukkan Program MM2H dalam ucapan Menteri Pelancongan sewaktu beliau berucap di persidangan antarabangsa ataupun tempatan bagi mempromosikan program ini;

ii)             Mempromosikan Program MM2H melalui programpengiklanan Tourism Malaysia di mana program MM2H juga diselitkan dalam “global buy” Tourism Malaysia;

iii)           Menggalakkan pengusaha-pengusaha pelancongan Negara luar untuk menawarkan “MM2H Inspection Tours” kepada para pelancong yang berminat untuk menginap secara jangka panjang atau “long-stay’ di Malaysia.

iv)            Bekerjasama dengan akhbar-akhbar tempatan di pasaran sasaran bagi menjemput warganegara asing yang berpotensi untuk menghadiri seminar MM2H;

v)              Menyertai pameran “inap jangka panjang, persaraan serta gaya hidup” di Negara luar bagi meningkatkan kesedaran earganegara asing terhadap program MM2H;

vi)            Bekerjasama dengan institusi kewangan tempatan di pasaran sasaran bagi menganjurkan seminar MM2H kepada pelanggan yang ebrminat dalam ‘relocation programme’ atau bersara di Negara luar seperti Malaysia;

vii)          Memberi taklimat MM2H kepada kumpulan / tetamu asing yang berminat mengetahui program MM2H sewaktu lawatan mereka ke Malaysia, etrmasuk peserta persidangan dan pameran;

viii)        Menerima temubual media akhbar, majalah dan stesen televisyen asing mengenai program MM2H;

ix)           Membangunkan laman web MM2H dalam pelbagai bahasa asing bagi memudahkan wrganegara asing memahami Program MM2H;

x)             Bekerjasama dengan peserta-peserta MM2H utnuk menyediakan bahan promosi yang bersifat “testimonial”  dalam bentuk DVD serta risalah dan buku yang menggambarkan pengalaman hidup mereka di Malaysia bagi tujuan penegdaran kepada para warganegara asing yang berminat terhadap program ini;

xi)           Mengedarkan risalah MM2H kepada para peserta MICE di persidangan-persidangan yang dianjurkan di Malaysia, dan;

xii)         Menggalakkan syarikat-syaraikat MM2H yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan untuk bekerjasama dengan syarikat pelancongan ataupun agen-agen negara luar untuk memasarkan program MM2H.

Antara halangan utama yang dihadapi oleh Kementerian Pelancpngan dalam meyakinkan warganegara asing bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan stabil bago mereka menginap dalam jangka masa yang panjang adalah seperti apabila berlakunya sebarang demonstrasi jalanan, maka ia akan memberi kesan yang negative ke atas usaha yang dijalankan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme