Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan parlimen: Mengapa FDI jatuh sebanyak 81% dalam 2009 dan bagaimana Kerajaan menarik pelaburan ke Malaysia?

Posted on Tuesday, 12-10-2010 by -ec-

PEMBERITAHU PERTANYAAN DEWAN RAKYAT, MALAYSIA

Pertayaan    : Lisan
Daripada    : Puan Teresa Kok Suh Sim
Kawasan:    : Seputeh
Tarikh    : 11.10.2010 (Isnin)
No. Soalan    : 14

PUAN TERESA KOK SUH SIM minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARAGABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan pecahan pelaburan langsung (FDI) mengikut negara pada tahun 2007, 2008, 2009 dan penggal ketiga 2010; Apakah sebab kejatuhan FDI sebanyak 81% dalam 2009 dan strategi Kerajaan menarik pelabur langsung ke Malaysia.

JAWAPAN

Tuan Yang DiPertua,

Menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan di Malaysia dalam sector perkilangan dan perkhidmatan berkaitan perkilangan pada tahun 2007 adalah sebanyak RM33.4 bilion dan telah meningkat kepada RM46.1 bilion pada tahun 2008. Pada tahun 2009 pula disebabkan oleh kemelesetan ekonomi global serta pemberhentian perluasan syarikat multi-nasional di seluruh dunia, FDI telah menurun kepada RM22.1 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Julai 2010, FDI yang diluluskan dalam sektor perkilangan serta perkhidmatan berkaitan perkilangan adalah berjumlah RM9.6 bilion.

Dari segi negara sumber pelaburan, lima negara yang telah membuat pelaburan yang tertinggi dari tahun 2007 hingga 2009 adalah:

  • Jepun sebanyak RM20.0 bilion;
  • Australia sebanyak RM15.4 bilion;
  • Amerika Syarikat sebanyak RM14.1 bilion;
  • Jerman sebanyak RM8.6 bilion; dan
  • Singapura sebanyak RM7.0 bilion.

Bagi tempoh Januari hingga Julai 2010 pula, lima negara sumber pelaburan tertinggi adalah :

  • Singapura sebanyak RM3 bilion;
  • Jepun sebanyak RM1.3 bilion;
  • Amerika Syarikat sebanyak RM917.8 juta;
  • Taiwan sebanyak RM539.7 juta; dan
  • Switzerland sebanyak RM537.8 juta.

Tuan Yang DiPertua,

Menurut Laporan World Investment Report 2010 yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOTAD), FDI yang masuk ke Malaysia telah mengalami penurunan sebanyak 81% iaitu daripada US$8.1 bilion pada tahun 2008 kepada US$1.4 bilion pada tahun 2009.

Penurunan FDI ini adalah disebabkan oleh

  • Krisis ekonomi global yang bermula pada tahun 2008 dan berpanjangan sehingga tahun 2009. Ini telah mengakibatkan FDI dunia mengalami penurunan ketara sebanyak 37%. Selain itu, pihak pelabur juga telah mengamalkan sikap berhati-hati dalam membuat keputusan pelaburan yang melibatkan modal yang tinggi;
  • Situasi peralihan ekonomi negara daripada berintensifkan modal kepada industry yang berasaskan pengetahuan;
  • Perningkatan persaingan bagi FDI daripada ekonomi besar yang sedang meningkat naik seperti India, China dan negara-negara ASEAN; dan
  • Beberapa cadangan projek pelbaruan yang diluluskan oleh Kerajaan telah ditangguhkan pelaksanaan berikutan keadaan ekonomi yang tidak stabil tersebut.

Tuan Yang DiPertua

Menyedari kepentingan meningkatkan pelaburan masuk ke Malaysia, kerajaan telah mengambil pelbagai langkah proaktif termasuk:

  • Memperkenalkan beberapa program bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara termasuk Program Tansformasi Kerajaan (GTP), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mengandungi system pemantauan pertumbuhan ekonomi yang kukuh;
  • Memperkenalkan 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui makmal yang diperkenalkan oleh Unit Perngurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU). Bidang tersebut dijangka akan menarik pelaburan yang tinggi ke Malaysia;
  • Memfokus kepada sektor-sektor yang bernilai ditambah tinggi, berintensifkan modal dan pengetahuan serta teknologi baru muncul;
  • Menjadikan MIDA sebagai agensi penggalakan pelaburan utama bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan. MIDA juga telah dikorporatkan dan diberi kuasa untuk membuat keputusan secara “real time” ketika berunding dengan para pelabur yang berpotensi;
  • Menjalankan aktiviti promosi penggalakan pelaburan dan perdagangan yang lebih agresif bagi menarik lebih banyak pelaburan tempatan dan asing;
  • Melaksanakan inisiatif penambahbaikan ke atas system penyampaian perkhidmatan secara berterusan melalui pemantauan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH); dan
  • Menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru dan terus meliberalisasikan sektor perkhidmatan sejajar dengan hasrat Kerajaan unutk meningkatkan lebih sebanyak pelaburan langsung asing ke Malaysia.

1 thought on “Jawapan parlimen: Mengapa FDI jatuh sebanyak 81% dalam 2009 dan bagaimana Kerajaan menarik pelaburan ke Malaysia?”

  1. najib says:
    Wednesday, 13-10-2010 at 15: 04.08

    YB, Kejatuhan FDI perlu dilihat secara kolektif. Tanpa hanya menyalahkan Kerajaan Persekutuan, YB perlu ingat antara negeri penyumbang kepada kejatuhan FDI juga termasuklah Selangor dan Pulau Pinang yang ditakbir oleh pakatan rakyat. Kejatuhan FDI secara tak lansung menunjukkan pelaburan asing ke negeri-negeri tersebut juga merudum. Track record sebelum ini menunjukkan jumlah pelabur di negeri tersebut lebih tinggi sebelum ini.
    Kita juga tidak boleh hanya mengharapkaan FDI untuk memacu ekonomi Negara. Sektor swasta tempatan juga perlu seiring melabur dalam negara demi meningkatkan jumlah pelaburan.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme