Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Mengenai G-Gold, Proton & Arahan Kerajaan Untuk Membeli Lampu Daripada 3 Syarikat Pembuatan Lampu

Posted on Monday, 12-11-2007Monday, 12-11-2007 by -ec-

Ucapan YB Teresa Kok Dalam Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Kementerian Kewangan Pada 12-11-2007

020200 Pasaran kewangan

Serbuan Ke atas G-Gold Gallery Sdn Bhd

Bank Negara pernah melancarkan satu serbuan terhadap sebuah syarikat yang bernama G-Gold Gallery Sdn. Bhd pada 10 Mei 2006, kerana pihak Bank Negara mengesyaki syarikat itu menerima deposit orang ramai tanpa satu lesen sah daripada Banking and Financial Institutions Act (BAFIA) 1989.. Saya diberitahu bahawa pegawai Bank Negara telah mengambil semua dokumen dan emas, dan telah membeku semua akaun bank yang dipegang oleh G-Gold Gallery Sdn. Bhd dan pihak berkenaan, menyebabkan G-Gold Gallery Sdn. Bhd tidak dapat meneruskan operasi perniagaannya dan gagal untuk membayar kadar bunga kepada para pelabur sebagaimana apa yang disetujui oleh syarikat tersebut dengan pihak terlibat.

Saya difahamkan bahawa modus operandi G-Gold Gallery Sdn Bhd mengandungi pengusaha yang menjual emas pada kadar 70% mengikut nilai pasaran kepada pelabur dengan pertukaran kepulangan bulanan 3% daripada amaun yang dilaburkan selama 6 bulan, dan kadar bunga ini boleh diperbaharui pada akhir tempoh ini. Pelabur boleh membeli ‘gold finished jewellery’ atau ‘wafers in multiples’ sebanyak RM10 ribu sahaja.

Saya juga difahamkan bahawa pelabur yang terlibat termasuk pegawai kerajaan tinggi, professional dan anggota DiRaja dan malah tabung badan-badan berkanun.

Para pelabur merasa kesal kerana Bank Negara kelihatan tidak mengambil apa-apa tindakan selepas serbuan tersebut. Bank Negara juga tidak mendakwa pengusaha syarikat tersebut ke mahkamah, mereka juga tidak memulangkan dokumen dan emas yang diserbu kepada syarikat tersebut. Dengan itu, pengusaha syarikat tidak dapat menjalankan perniagaan membeli dan menjual emas, dan mereka juga gagal membuat pelaburan dengan mengambil kesempatan kenaikan harga emas pada masa ini, dengan itu, mereka juga gagal membayar kadar bunga kepada para pelabur.

Saya difahamkan bahawa perniagaan seperti ini juga dijalankan di Singapura dan Hong Kong, tetapi kerajaan mereka tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap syarikat seperti ini.

Apa yang para pelabur dapat tahu daripada tindakan Bank Negara sejak ia mula menjalankan siasatan terhadap syarikat ini ialah melalui maklumat yang diletakkan dalam laman web Bank Negara yang berbunyi:

Latest on G-Gold Gallery Sdn Bhd and its Related Companies
Bank Negara Malaysia has received a number of inquiries regarding G-Gold Gallery Sdn Bhd and its related companies. Currently, Bank Negara Malaysia is working closely with the relevant authorities in investigating G-Gold Gallery Sdn Bhd and its related companies. Any update will be published on Bank Negara Malaysia’s website.

Tetapi kesalnya, Bank Negara tidak membaharui maklumat ini lebih daripada setahun. Jadi saya berharap YB Menteri Kewangan boleh memberi satu penjelasan kepada dewan yang mulia ini tentang sebab-musebab tindakan diambil terhadap syarikat ini. Sekiranya Bank Negara mendapati syarikat itu tidak bersalah, maka saya berharap aset dan akaun syarikat tersebut haruslah dipulangkan kepada pengusaha syarikat tersebut.

Butiran 080000 Lembaga Hasil Dalam Negeri

Ramai orang amat tidak puas hati dengan cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri yang datang ke kedai dan rumah mereka untuk menjalankan siasatan pembayaran cukai. Selalunya pegawai tersebut ingin menyiasat akaun mereka malah dalam 7 tahun yang lepas, cara ini amat menyusahkan mereka kerana mereka terpaksa mencungkil dokumen-dokumen dan akaun pada 7 tahun yang lepas dan mereka berkata mereka telah membayar cukai secara tetap. Saya berharap Menteri Kewangan boleh mengarahkan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya jangan begitu kasar dari segi cara penyiasatan mereka.

030200 penswastaan perusahaan awam

Proton:

Proton telah rugi RM591 juta dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2007.

Saya difahamkan bahawa kerajaan akan memberi excise duty concession selama 6 bulan kepada Proton, ia bernilai dalam lingkungan RM200 juta, dan yang mana tidak akan dibayar balik oleh Proton.

Selain itu, kerajaan juga memberi RM30 juta sebagai ‘pampasan’ untuk dealer yang berhenti urusniaga.

Sekiranya kita tambah kesemua peruntukan kerajaan kerajaan kepada Proton, maka jumlah kerugian Proton sebenarnya ialah lebih kurang RM900 juta.

Saya difahamkan bahawa kerajaan akan memberi grant sebanyak RM200 juta kepada Proton untuk menjalankan R&D, apakah ini benar? Apakah rancangan atau projek yang akan dilakukan oleh Proton melalui grant RM200 juta ini?

Kenapakah Kementerian Kewangan Menghadkan Agensi Kerajaan Membeli Lampu Daripada 3 Syarikat Pembuatan Lampu Sahaja?

Saya ingin tanya tentang arahan Kementerian Kewangan dalam surat pekelilingnya yang bertarikh 1 September 2005 yang bertajuk: Perolehan Lampu Jalan, Lampu Hiasan dan Lampu Luar Bangunan Bagi Projek-Projek Kerajaan kepada semua agensi kerajaan. Surat Pekeliling ini menghadkan semua agensi kerajaan di mana mereka hanya boleh membeli lampu daripada 3 syarikat yang membuat lampu, iaitu: Amat Sinar Sdn Bhd, Permintex Electronic Sdn Bhd dan Muarlite Industries Sdn Bhd.

Arahan Kementerian Kewangan ini telah mendatangkan bantahan daripada Persatuan Elektrikal dan Elektronik kerana arahan tersebut menjejaskan banyak syarikat yang membuat lampu dalam industri ini, tetapi kesalnya pihak Kementerian Kewangan tidak memberi apa-apa penjelasan berkenaan dengan arahan ini sehingga ini.

Saya ingin minta Menteri Kewangan untuk memberi penjelasan tentang rasional menghadkan agensi kerajaan untuk membeli lampu daripada 3 syarikat tersebut. Sekiranya kita lihat latar-belakang ketiga-tiga syarikat ini, mereka juga tidak pakar dari segi pembuatan semua bentuk lampu. Apakah Kementerian Kewangan akan melonggarkan arahan ini pada tahun-tahun yang akan datang

2 thoughts on “Ucapan Mengenai G-Gold, Proton & Arahan Kerajaan Untuk Membeli Lampu Daripada 3 Syarikat Pembuatan Lampu”

  1. lee wee tak says:
    Tuesday, 13-11-2007 at 17: 38.12

    Proton is around for too long and while the petrol subsidy is said to be the burden on “gomen” and should be reviewed and revised next year, so should Proton as it burden the people and now even the gomen as well.

    I YB should also ask the Ministry of Finance to divulge who are the real owners of these 3 companies.

  2. leongwk15 says:
    Friday, 30-11-2007 at 01: 25.04

    I am a G-Gold Gallery investor. Why still no further action or response from Bank Negara on G-Gold Gallery Sdn Bhd? Who suffers most? Not G-Gold Gallery, not Bank Negara, its the investors suffer the most. There was no specific amount of money or gold being frozen by Bank Negara. I did called up BNM, as according to the officer, BNM is waiting for AG to press charges and also BNM did not frozen all G-Gold Gallery bank accounts. But G-Gold Gallery claims that all their accounts has been frozen. I don’t care who is giving the right statement. All I want is to reclaim back my investment. I suspect that there is some collaboration between G-Gold Gallery and BNM. I am sure G-Gold Gallery directors have left the country with the money. I as a ‘Victim’ investor, what can I do? How will BNM dealt with the money and gold in the frozen accounts? Will it be returned to the investors? Or this issue will just be quietly forgotten and all the investors will not be able to reclaim any money back. This makes Bank Negara biggest culprit. For the rest of the investors, hopefully with the help of DAP, we should step forward and voice our disatisfaction. Only then I believe the government will dealt with it.

    YB, I hope you could help and lead us to reclaim back our hard earned money.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme