Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Bukan Lisan Parlimen berkenaan program-program yang memupuk semangat perpaduan di Malaysia

Posted on Tuesday, 18-07-2023 by Editorial Team

NO. SOALAN: 561

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PERPADUAN NEGARA menyatakan senarai program-program yang memupuk semangat perpaduan di seluruh negara. Apakah strategi Kementerian untuk mengatasi masalah ketegangan perkauman dan agama dalam kalangan masyarakat kita.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk membangun Malaysia MADANI, Kementerian Perpaduan Negara telah mengambil inisiatif menghasilkan Kerangka Membangun Malaysia MADANI melalui konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian (Unity in Diversity) bagi menyusun agenda perpaduan dengan lebih inklusif dan bersepadu berpandukan Dasar Perpaduan Negara (DPN).

2. Flagship program yang diperkenalkan adalah Kembara Perpaduan Malaysia MADANI melibatkan tiga (3) kluster program seperti berikut:

i. Semarak Kenegaraan
Program kenegaraan yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan penghayatan tentang cita-cita dan prinsip Rukun Negara serta sejarah ketamadunan negara bagi mengukuhkan jati dir dan semangat cintakan negara dalam kalangan semua lapisan masyarakat.

ii. Semarak Perpaduan
Program untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya bersesuaian dengan konse perpaduan dalam kepelbagaian.

iii. Komuniti Rahmah
Program yang dirangka bagi membina komuniti yang mampan dan rahmah khususnya dalam Kawasan Rukun Tetangga yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan dengan saling menghormati, mengasihi dan menghargai melalui penggemblengan tenaga semua pihak KPN, agensi Kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaa (NGO) dan komuniti.

3. Melalui kerangka yang dibangunkan, pelbagai program disusun meliputi peringkat persekutuan sehingga ke akar umbi yang turut melibatkan pemimpin, agensi Kerajaan, pihak swasta, NGO, CSO dan masyarakat secara keseluruhannya bertujuan untuk mempromosi serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

4. Antara program-program tersebut adalah seperti berikut:

Kementerian Perpaduan Negara
i. Sambutan Minggu Perpaduan di seluruh negara
ii. Galeri UNITI
iii. Semarak Perpaduan
iv. Kejohanan Liga Sukan UNITI
v. Sumbangan Bakul RAHMAH kepada rumah kebajikan
vi. Gotong – Royong di rumah kebajikan
vii. Program RAHMAH Mesa bersama penghuni warga emas dan
anak yatim

Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional (JPNIN)
i. Kembara Perpaduan: Gerak Kerja Pasca Banjir
ii.Program Gerak RAHMAH – Jom Sihat melibatkan lebih 4,800 Komuniti Rukun Tetangga (KRT)
iii. Program Gerak RAHMAH – Jom Ronda melibatkan 3,085 Skim Rondaan Sukarela (SRS)
iv. Program Gerak RAHMAH – Jom Masak Bubur Lambuk;
v. Pertandingan Koir Perpaduan
vi. UNITI SISWA: Pertandingan Seni Warisan dan Silang Budaya
Sekretariat Rukun Negara (SRN)
iv. Kayuhan MAIPS Peduli Menyantuni Asnaf bersama Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamaluddin dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perlis

JABATAN MUZIUM MALAYSIA
i. Nostalgia Anak Kampung
ii. Festival Kebudayaan Kelantan
ili. Pameran “Seniman Perak Sepanjang Zaman

ARKIB NEGARA MALAYSIA
i. Pameran Ekslusif Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee
ii. Pameran Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Tanah Melayu
iii. Program Bicara Negarawan: Bapa Perpaduan Negara

PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
i. Riang Ria Cuti Sekolah di semua perpustakaan
ii. Bicara Eksekutif

5. Di samping pelaksanaan program-program bagi memupuk semangat perpaduan, Kementerian Perpaduan Negara juga mempunyai mekanisme untuk mencari penelesaian terhadap is yang menggugat perpaduan dengan membawa is ini ke jawatankuasa-jawatankuasa seperti:

i. Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) yang melibatkan perbincangan antara pemimpin-pemimpin agama dari Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Tao, Sikh dan Baha’l; dan

ii. Majlis Penasihat Perpaduan Negara yang melibatkan tokoh-tokoh dari pelbagai latar belakang (Akademik, Korporat,
NGO, Swasta, Belia)

6. Di peringkat komuniti pula, isu-isu perpaduan diuruskan oleh Mediator Komuniti (yang telah ditauliah ole Kementerian), melalui langkah-langkah intervensi sosial berdasarkan is atau insiden. Bagi kes-kes yang memerlukan tindakan bersepadu antara agensi, isu atau insiden akan dirujuk kepada agensi-agensi yang berkaitan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

7. Dengan penghasilan dokumen dasar, pelan tindakan dan inisiatif program yang dirancang, agenda perpaduan dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tersusun melalui kerjasama dan kesepakatan daripada semua golongan masyarakat tanpa mengira fahaman dan ideologi bag memastikan keamanan, keharmonian dan perpaduan dapat dicapai.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme