Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan Teresa Kok dalam Laporan Suhakam 2020

Posted on Wednesday, 14-06-2023Wednesday, 14-06-2023 by Editorial Team

Saya ingin menyatakan penghargaan dan pujian kepada Kerajaan kerana membenarkan LAPORAN TAHUNAN 2020 SUHAKAM dibuka untuk perbahasan.

Saya difahamkan Laporan SUHAKAM pernah dibuka untuk perbahasan pada kali pertama pada tahun 2019 di bawah Kerajaan Harapan.
Selepas itu, Kerajaan Perikatan Nasional tidak membenarkan laporan ini dibahas di Dewan Rakyat, dan ini adalah kali Kedua laporan SUHAKAM dibuka untuk perbahasan oleh kerajaan.

Syabas kepada Kerajaan Perpaduan.

Sebagai permulaan, saya ingin bertanya apakah garis panduan pelantikan Pesuruhjaya SUHAKAM, dan siapakah diberi kuasa untuk melantik anggota SUHAKAM? Apakah kerajaan mengadakan libat urus dengan NGO atau CSO yang memperjuangkan hak asasi manusia di negara kita, untuk memastikan orang yang sesuai dilantik dalam SUHAKAM?

Saya menghargai sumbangan staf dan pesuruhjaya SUHAKAM atas perkhidmatan mereka. Pada pandangan saya, SUHAKAM hari ini kelihatan lebih diam berbanding dengan SUHAKAM yang lepas.

Dulu, kami selalu lihat pesuruhjaya turun padang dan mengadakan pelbagai aktiviti, seperti menjadi pemantau dalam perhimpunan Bersih, mengadakan pendengaran terbuka terhadap mangsa yang mengadu tentang penyalahgunaan kuasa pegawai penguatkuasa dan sebagainya, tetapi pada hari ini, kami jarang baca kenyataan dan aktiviti SUHAKAM, dan kebanyakan kita tidak mengenali pesuruhjaya SUHAKAM.

Saya tidak pasti samada pihak kerajaan telah melantik pesuruhjaya yang baru, saya ingin menyeru kerajaan mengadakan libat-urus dengan CSO dari segi pelantikan pesuruhjaya SUHAKAM, kerana orang yang betul boleh menjadikan SUHAKAM lebih aktif. Saya berharap mereka yang ada latar-belakang perjuangan hak asasi manusia dilantik untuk menjadi pesuruhjaya SUHAKAM.

Saya juga menyeru SUHAKAM diberi lebih peruntukan untuk menjalankan aktiviti hak asasi. Saya juga berharap SUHAKAM mengadakan libat-urus dengan Ahli Parlimen dan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan.

Malaysia adalah anggota dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Human Rights Council) dan keanggotaan kita akan berakhir pada tahun hadapan. Adalah penting bagi kita untuk melantik orang yang berkaliber dalam badan hak asasi antarabangsa ini, demi mencapai objektif “the right person sits in the right position for human rights for all”.

SUHAKAM DIMINTA MEMANTAU KEADAAN HAK ASASI PELARIAN DI NEGARA KITA

Tuan yang diPertua, mengikut laman web UNHCR, Malaysia mempunyai 181,000 pelarian dan pencari perlindungan (asylum-seekers). Di antaranya, 85% dari Myanmar, termasuk 103,000 Rohingyas. Pelarian yang lain adalah dari 50 negara yang lain, termasuk Pakistan, Yemen, Syria, and Somalia.

67% pelarian adalah lelaki dan 33% adalah wanita. Di antaranya 45,650 adalah kanak-kanak di bawah umur 18. Mereka kebanyakannya duduk di Semenanjung Malaysia, khususnya di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Malaysia terima pelarian-pelarian asing ini bila mereka menghadapi masalah dan penindasan di negara asal mereka atas peri kemanusiaan. Ramai pelarian ini telah beramstautin di negara kita berpuluh-puluh tahun dan generasi kedua dan malah ketiga telahpun dilahirkan. Dasar yang membenarkan mereka duduk di Malaysia tetapi melarang mereka bekerja secara sah dan terima Pendidikan formal adalah amat tidak adil dan tidak masuk akal. Dasar ini hanya membuka peluang bagi mereka untuk dieksploitasi dan hidup dalam keadaan yang papa-miskin.

Saya faham kerajaan berada dalam keadaan yang serba-salah atas isu pengendalian pelarian di negara kita, kerana ia telah menjadi isu yang rumit, dan kita juga tidak mahu buka pintu kepada lebih pelarian datang ke negara kita dengan saluran yang haram. Tetapi penafian pekerjaan dan Pendidikan formal terhadap pelarian juga akan membawa masalah yang lebih besar bagi kita pada masa akan datang.

Untuk makluman dewan ini, Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM) atau All-Party Parliamentary Group Malaysia (APPGM) telah menubuhkan focus group bagi Polisi Pelarian. Saya menyeru SUHAKAM juga akan prihatin terhadap pencabulan hak asasi pelarian di negara kita. Saya juga mencadangkan SUHAKAM akan bekerjasama dengan KRPPM dan CSO untuk mengkaji isu pelarian dan membentangkan cadangan kepada kerajaan.

KENAPAKAH KERAJAAN MEMOHON MENGGANTUNG PERINTAH MAHKAMAH LAPORAN AMRI CHE MAT?

Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin memuji SUHAKAM kerana telah mengadakan pendengaran terhadap kes kehilangan 4 individu dari bumi Malaysia, iaitu Amri Che Mat yang hilang sejak 24 November 2016, Joshua Hilmy dan isteri beliau Ruth Sitepu yang dilaporkan hilang pada bulan November 2016 dan Raymond Koh pada 13 Februari 2017.

Sehingga kini, selepas lebih 6 tahun, keluarga keempat-empat individu tersebut belum mendapat keadilan dan keluarga mereka masih menunggu siasatan dan jawapan daripada pihak berkenaan.

Pada 9 Mei yang lalu, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Kerajaan Malaysia mendedahkan secara terhad Laporan Pasukan Petugas Khas yang diklasifikasi sebagai rahsia rasmi berhubung kehilangan aktivis sosial Amri Che Mat kepada isteri Amri dalam tempoh 7 hari.
Saya ingin tanya, kenapakah kerajaan memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menggantung perintah mahkamah tersebut? Isteri Amri memang berhak untuk mengetahui apa yang berlaku kepada suaminya yang telah hilang 7 tahun. Ini adalah bercanggah dengan hak asasi manusia, dan SUHAKAM sepatutnya menyatakan pendiriannya dalam isu ini.

Isu Orang Asli

Tuan yang diPertua, saya merujuk kepada halaman 164 Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 berkenaan dengan Orang Asli atau Orang Asal.
Saya ingin tahu tentang status berkenaan dengan Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Tanah Orang Asli yang telah diterbitkan oleh SUHAKAM pada 2013? Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan syor-syor yang diberikan oleh SUHAKAM bagi menangani masalah tanah adat di kalangan masyarakat Orang Asli?

Seksyen 21 (3) Akta SUHAKAM 1999 menyatakan bahawa SUHAKAM boleh pada bila-bila masa mengemukakan laporan khas kepada Parlimen berkenaan dengan apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya. Saya berharap agar Laporan ini dibentangkan di Parlimen dan dibahaskan memandangkan masalah tanah adat sering menjadi masalah utama bagi masyarakat Orang Asli.

Di antara syor-syor yang diberikan oleh SUHAKAM adalah: Pertama, pengiktirafan tanah Orang Asli di kawasan yang dilindungi. Kedua, membuat perbincangan tetap dan berterusan di antara masyarakat Orang Asli, kerajaan, ahli-ahli Parlimen serta pihak-pihak berkepentingan untuk mendapatkan persefahaman tentang tanah adat Orang Asli, dan membincangkan dasar-dasar dan undang-undang yang melindungi hak Orang Asli, agar undang-undang kita akan membayangkan United Nation Declaration on Indigenious Rights.

PERNIAGAAN DAN HAK ASASI MANUSIA

Tuan Yang DiPertua, seterusnya saya merujuk kepada halaman 185 Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 berkenaan dengan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (Business & Human Rights). Tuan Yang DiPertua, komuniti antarabangsa sekarang telah memperkenalkan pelbagai pendekatan baru bagi memastikan komuniti business menjalankan amalan-amalan terbaik atau best practices berkenaan di dalam perniagaan.

Sekarang kita juga telah diperkenalkan dengan ESG (Environment, Sosial & Governance) Due Diligence, sebagai tambahan kepada Traditional Due Diligence sedia ada. Namun, Tuan Yang DiPertua, saya bimbang bahawa ESG ini hanya superficial sekiranya tidak disertai dengan penguatkuasaan oleh Kerajaan, seperti apa yang dilaksanakan di negara-negara lain.

Tanpa penguatkuasaan yang berkesan dan pindaan kepada undang-undang sedia ada seperti Akta Syarikat 2016, ESG ini tidak lebih dari sekadar kerja-kerja Corporat Social Responsibilities (CSR).

Saya juga meminta Suruhanjaya Syarikat mempertimbangkan untuk mewajibkan Human Rights Auditing sebelum syarikat-syarikat ini memperbaharui lesen perniagaannya, untuk menunjukkan komitmen Kerajaan kepada hak asasi manusia.

Saya juga ingin tanya kerajaan tentang pekerja GIG Ekonomi, apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk menjaga kebajikan dan melindungi hak asasi mereka?

Alam Sekitar

Di Malaysia selain dari pencemaran sungai yang menjadi sumber air bersih bagi rakyat, kita juga menghadapi trans-boundry haze. Mungkin sudah tiba masanya kita meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan perlindungan alam sekitar di dalam Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan sebagaimana yang telah dicadangkan oleh SUHAKAM sebelum ini, demi menunjukkan komitmen kita kepada kelestarian alam sekitar.

Saya dengan ini menyokong penuh Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2020.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme