Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023

Posted on Monday, 03-04-2023 by Editorial Team

1. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Menteri dan Timbalan Menteri dan kesemua agensi kerajaan yang berkaitan atas usaha mereka untuk menyempurnakan RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang merangkumi pemansuhan hukuman mati mandatori dalam beberapa undang-undang di negara kita.

2. Ini adalah penerusan usaha yang bermula pada tahun 2019 oleh kerajaan Pakatan Harapan. Tetapi pada waktu itu, kerajaan menghadapi banyak halangan dan kesalahfahaman oleh khalayak ramai yang menganggap pelaksanaan hukuman mati adalah cara yang terbaik untuk menangani jenayah. Tetapi statistik telah menunjukkan bahawa anggapan ini adalah salah, khususnya dalam kes pengedaran dadah.

3. Mengikut jawapan Parlimen yang saya terima pada 21 Februari 2023, rekod Jabatan Penjara Malaysia bermula tahun 2000 sehingga 31 Januari 2023 menunjukkan bahawa terdapat seramai 2,350 kemasukan banduan yang telah dituduh di bawah kesalahan yang membawa kepada hukuman mati. Di antaranya, seramai 1,589 (67.62%) orang banduan yang telah disabitkan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (pengedaran dadah), manakala 29.36% banduan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).

4. Mengikut laporan Amnesty International dalam tahun 2019, kebanyakan orang yang dijatuhkan hukuman mati di Malaysia adalah golongan yang terlibat dalam pengedaran dadah, dan kebanyakan mereka yang dijatuhkan hukuman mati adalah wanita dan warga asing yang miskin, mereka dijadikan “keldai dadah” (drug mule) yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati, tetapi penjenayah utama dalam sindiket pengedaran dadah turut bebas. Mengikut perangkaan, kes penyeludupan dadah tidak berkurangan tetapi sebaliknya meningkat bila berbanding dengan bilangan kes pengedaran dadah sebelum wujudnya hukuman mati mandatori dalam undang-undang kita.

5. Keadaan tersebut menunjukkan hukuman mati mandatori dalam beberapa undang-undang telah merampaskan budibicara hakim, di mana dalam banyak keadaan, hakim terpaksa menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh kerana tiada pilihan dalam undang-undang kita.

6. Saya berharap pihak kerajaan, para ahli parlimen dan jabatan peguam negara akan belajar daripada RUU pemansuhan hukuman mati mandatori 2023 hari ini, di mana pelaksanaan hukuman berat ataupun penalti berat tidak dapat menegah sesuatu jenayah ataupun kesalahan daripada berlaku, tetapi sebaliknya hukuman berat dalam sesetengah undang-undang sebenarnya menggalakkan berlakunya rasuah dan ketidakadilan di kalangan masyarakat kita. Kita haruslah menggunakan saluran lain, khususnya media ataupun media sosial untuk menjalankan pendidikan dan kesedaran terhadap sesuatu jenayah.

7. Reformasi Penjara – Semasa kita membahas RUU hari ini, saya berharap pihak kerajaan akan menjalankan kajian terhadap keadaan penjara sekarang dan membawa reformasi dalam penjara kita. Memandangkan semakin ramai hakim suka menjatuhkan hukuman berat termasuk perpenjaraan dalam tempoh yang panjang, ia menjadikan penjara kita telah menjadi semakin penuh-sesak. Kesesakan dalam penjara menyebabkan penjangkitan penyakit disebarkan secara meluas dengan cepat, seperti apa yang berlaku dalam pandemik Covid.
Saya menyeru kerajaan untuk menambahkan bangunan penjara dan mempertingkatkan fasiliti di dalam penjara, termasuk Pendidikan dan perubatan. Selain itu, saya juga minta kerajaan mencontohi cara sesetengah penjara di negara lain yang menangani banduan dengan cara yang lebih perikemanusiaan (humane) dalam penjara, dan menjadikan penjara sebagai tempat pengajaran dan membantu mereka bertaubat dan balik ke pangkuan asal.

8. Saya juga ingin menyeru pihak penjara membuka pintu yang lebih luas kepada pekerja sosial, ahli kaunselor, pegawai persatuan agama dan malah ahli keluarga dan sahabat-handai para banduan, khususnya bagi banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati, supaya mereka boleh merasai kasih-sayang ahli keluarga mereka.

9. Berikutan dengan kelulusan RUU di Dewan Rakyat ini, saya ingin minta Kementerian Dalam Negeri dan pihak penjara untuk terus memberi kesedaran kepada orang awam tentang isu yang berkaitan dengan hukuman mati mandatori dalam media dan media sosial, demi menyakinkan golongan masyarakat yang kurang sedar dan faham berkenaan dengan isu pemenjaraan dan hukuman mati.

YB Ipoh Barat dan saya pernah minta bantuan daripada beberapa rakan professional dalam pengfileman untuk mewawancara banduan hukuman mati dalam penjara, tetapi kesemua klip-klip video ini masih ditahan oleh pihak KDN sehingga hari ini. Saya menyeru pihak KDN membenarkan klip-klip video tentang hukuman mati ini disebarkan dalam media sosial sebagai pendidikan kepada orang ramai, memandangkan RUU ini kini dibahaskan dan akan diluluskan oleh parlimen.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme