Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023

Posted on Wednesday, 29-03-2023 by Editorial Team

Ucapan Teresa Kok dalam perbahasan RUU Pindaan Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak pada 29 Mac 2023.

1. Saya mengucapkan tahniah kepada YB Menteri, Timbalan Menteri dan team mereka atas usaha untuk menambahbaikkan beberapa undang-undang, termasuk Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. Pindaan ini juga mendapat sambutan daripada CSO- CSO wanita dan kanak-kanak.

2. Kanak-kanak adalah harapan kepada masyarakat dan negara. Sebarang kejahatan yang dilakukan ke atas kanak-kanak memang akan merosakkan masa hadapan mangsa kanak-kanak tersebut.

Mengikut laporan akhbar The Straits Times yang bertarikh 29 November 2019, satu daripada 10 orang kanak-kanak di Malaysia, ataupun 750,000 orang dianiyai secara seksual (sexually abused), mengikut kajian terhadap 3 komuniti. (https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/one-in-10-malaysian-children-are-sexually-abused-usually-by-those-they-trust)

Kajian-kajian terse but mendedahkan 95% daripada kes-kes penganiayaan seksual ini, orang yang menganiayai kanak-kanak ini adalah orang yang dikenali oleh mangsa, khususnya ayah ataupun bapa tiri mereka.

Mengikut seorang konsultan pakar pediatrik, Datuk Amar Singh yang telah menangani kanak-kanak yang dianiayai secara seksual selama 30 tahun, beliau berkata di Malaysia, penganiaya yang utama (primary abuser), penganiaya yang kedua utama (second primary abuser) dan pengiaya yang ketiga utama (third primary abuser) adalah bapa kepada mangsa kanak-kanak.

(“In Malaysia, the primary abuser is the father. The second primary abuser is the father and the third primary abuser is also the father, ” says Datuk Amar Singh, a consultant paediatrician who has worked with sexually abused children for over three decades.)

Mengikut Dr Amar, kajian terhadap tiga komuniti tempatan atas isu penganiayaan seksual kanak-kanak di Malaysia juga menunjukkan penganiayaan seksual mempengaruhi 8% – 26% kanak-kanak. Peratusan yang biasa dirujuk adalah 10% kanak-kanak di Malaysia mengalami penganiayaan seksual.

Walau bagaimanapun, statistik daripada pihak polis dan Jabatan Kebajikan adalah jauh lebih rendah.

Mengikut laporan The Straits Times, pada tahun 2017, 80% daripada 1,582 kes rogol yang dilaporkan kepada polis, iaitu 1,257 mangsa wanita dan gadis adalah di bawah umur 18 tahun.

Dalam jumlah 1,290 kes pencabulan (molestation) yang dirakamkan menglibatkan kanak-kanak di bawah umur 18, of which dan di antaranya 3% adalah kanak-kanak lelaki.

Laporan dan kajian-kajian terhadap kesalahan seksual terhadap kanak-kanak Malaysia yang tersiar dalam The Straits Times memang membimbangkan.

3. Datuk yang diPertua, saya ingin menyampaikan beberapa pandangan daripada beberapa CSO wanita terhadap RUU ini. RUU ini menggantikan perkatan “pornografi kanak-kanak” dengan perkataan “bahan penganiayaan seksual kanak-kanak” dalam akta ibu. CSO wanita mencadangkan kepada kerajaan untuk memperkenalkan kesalahan baru (to introduce new offences) yang berkaitan “pertunjukan seksual” (sexual performances) dan “ugutan seksual” (sexual extortion) kerana kesalahan-kesalahan tersebut adalah jauh lebih dahsyat dan kejam.

4. CSO mencadangkan seksyen baru 15B dalam RUU ini berbunyi: “Mana-mana orang yang – (a) mengugut seseorang kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang bersifat seksual;” adalah kurang jelas. Mengugut seseorang kanak-kanak dalam aktiviti seks telah menjadi kesalahan dalam Kanun keseksaan, iaitu “rogol” (rape) dan serangan seks secara fizikal ataupun komunikasi seksual/grooming….

5. Cadangan CSO adalah memasukkan perkataan “to cause” dalam seksyen 15(B) (b), iaitu “threatens to cause a child to share any representation in a whole or in part whether visual, audio or written or the combination of visual, audio or written ……”

6. Bagi seksyen baru 26A(4) Perintah bagi pembayaran pampasan kepada mangsa kanak-kanak, cadang untuk tambahkan perkataan “ibubapa ataupun penjaga mangsa kanak-kanak”, kerana mangsa adalah kanak-kanak, tetapi segala perbelanjaan yang melibatkan representasi undang-undang, perbelanjaan pengangkutan, kehilangan pendapatan dan sebagainya dibayar oleh ibubapa ataupun penjaga mangsa kanak-kanak.

7. Datuk yang diPertua, saya ingin merujuk kepada seksyen 11 dalam akta ibu Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Seksyen 11(1) berbunyi: Tertakluk kepada subseksyen (3), mana-mana orang yang – (a) berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak; atau (b) menggalakkan seseorang kanak-kanak untuk berkomunikasi secara seksual, melalaui apa-apa cara, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

8. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menarik perhatian terhadap kes gangguan seksual yang berlaku di satu sekolah di Selangor yang dibongkarkan oleh seorang pelajar tingkatan 5, iaitu Ain Husniza dalam April 2021.

Mengikut huraian Ain Husniza, guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Kesihatan dan Jasmani di sekolah menengahnya membuat jenaka di dalam kelas yang dihadiri oleh pelajar lelaki dan perempuan, iaitu “so nanti korang nak rogol, janganlah rogol yang bawah 18, rogol lah yang atas 18”. Selepas itu, guru lelaki ini juga tanya pelajar dalam kelasnya, “budak lelaki kena rogol tak?….ada, tapi dorang tak report sebab sedap” dan dia ketawa selepas bercakap. Selain itu, guru lelaki ini teruskan jenakanya dengan berkata “sekiranya perempuan dirogol, apa yang perlu dia buat? Perempuan kena jeritlah sebab tu je dia tahu buat dan redha….”

Ain Husniza dan para pelajar perempuan dalam kelas itu rasa terkejut dan marah, Ain kemudian mendedahkannya dalam media sosial tik-tok, dan isu ini menjadi isu yang hangat dalam media dan media sosial.

Kenyataan guru lelaki tersebut juga telah mempengaruhi fikiran budak sekolah lelaki yang lain. Dalam satu perbincangan kumpulan di whatsapp, seorang pelajar lelaki malah berkata “kalau aku dapat budak tu, aku rogol dia, sagat dia, lepas tu, hantar dia pergi Thailand.”

Dalam kes ini, Ain Husniza pernah membuat aduan kepada kaunselor sekolah dan guru darjahnya, tetapi mereka tidak buat apa-apa dan kaunselor sekolah malah berkata bahawa memang biasa bagi lelaki untuk berjenaka demikian.

Ain Husniza dan ayahnya kemudian membuat laporan polis atas kenyataan gangguan seksual yang dikeluarkan oleh guru lelaki dan pelajar sekolah yang kata ingin rogol Ain tersebut, tetapi laporan polis mereka tidak diambil serius oleh pihak polis. Polis berkata budak sekolah lelaki itu adalah remaja dan tidak boleh diambil tindakan.

Saya difahamkan, bila Ain dan bapanya memberi keterangan kepada polis, mereka juga dikelilingi oleh beberapa anggota polis Cawangan Khas. Pegawai polis menegur Ain kerana membuat tik-tok yang mendedahkan isu ini.

Selain itu, bekas gurubesar sekolah Ain Husniza menyelar Ain Husniza sebagai “hipokrit” dan “anak setan” dalam media sosialnya.

Datuk yang diPertua, guru lelaki yang membuat jenaka seksual tersebut memang telah mencabuli seksyen 11 (a) dalam Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, kerana cikgu lelaki itu “berkomunikasi secara seksual dengan seseorang kanak-kanak” di dalam bilik darjah. Guru lelaki ini sepatutnya didakwa ke mahkamah, dan sepatutnya dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun.

Secara rumusan, walaupun Parlimen meluluskan RUU ini, kesedaran terhadap gangguan seksual dan RUU ini haruslah dimasukkan ke dalam semua latihan penjawat awam, institut latihan guru, latihan pegawai penguatkuasa di jabatan imigresen, polis, tentera dan sebagainya. Segala aduan tentang gangguan seksual dan kesalahan seksual haruslah ditangani dengan serius oleh kesemua agensi-agensi kerajaan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme