Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Environmental Issues, KLIA & SUHAKAM

Posted on Thursday, 25-10-2007Saturday, 27-10-2007 by -ec-

Ucapan Perbahasan Bajet 2008 Oleh YB Teresa Kok Pada 24 Oktober 2007

Pemeliharaan Alam Sekitar

Datuk yang diPertua, pemeliharaan alam sekitar telah menjadi satu trend politik dunia dan isu yang amat penting kerana kegagalan menjaga alam sekitar bukan sahaja akan menjejaskan kehidupan penduduk, tetapi ia juga akan menjejaskan kesihatan dan nyawa orang ramai. Di sini saya ingin menyampaikan penghargaan saya kepada Jabatan Alam Sekitar yang memberi peruntukan kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN untuk menjalankan Kempen Kesedaran Alam Sekitar dan Pemulihan Sungai. Walaupun peruntukan yang diberi itu tidak begitu banyak, iaitu RM15,000 sahaja, tetapi usaha ini adalah penting bagi wakil rakyat untuk menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pemeliharaan Alam Sekitar.

Sehubungan dengan ini, saya ingin membangkitkan masalah alam sekitar yang akan disebabkan oleh plan TNB arang batu di Danum Valley dekat Lahat Datu, Sabah. Projek Coal Fired Power Plant ini merupakan satu projek bersama di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan Yayasan Sabah. Laporan EIA projek ini telah dihantar kepada Jabatan Alam Sekitar pada 17 Oktober 2005, tetapi EIA projek ini masih belum diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Walau bagaimanapun, SESB telah membuat banyak pengumuman mengenai projek ini, seolah-olah projek ini tentu akan dilaksanakan. Walaupun arang batu merupakan bahan api yang paling murah tetapi adalah terbukti bahawa arang batu adalah penyumbang utama terhadap pencemaran alam sekitar dan ‘global warming’.

Di bawah seksyen 5 dalam Laporan EIA kilang janak kuasa ini, ia menyatakan bahawa arangbatu diperlukan untuk mengurangkan pergantungan pada minyak dan terdapat banyak arang batu di seluruh dunia dan harganya adalah tetap, dan juga terdapatnya teknologi untuk menjana eletrik daripada arangbatu dengan kesan alam sekitar yang berkesan..

Tetapi kita haruslah ingat, arang batu bukannya sumber yang boleh didapati di Sabah tetapi ia haruslah diimport dari Kalimatan dan Indonesia. Selain itu, tiada apa-apa teknologi yang boleh menghapuskan pollutant daripada udara dan alam sekitar, ia malah tidak terdapat di negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat dan Negara German.

Apa yang penduduk di sekitar Lahat Datu tidak puas hati ialah, projek ini adakan didirikan di tempat yang berdekatan dengan hutan persimpanan Danum Valley, Tanah Persimpanan Tabin Wildlife dan Davey Bay yang mempunyai kehidupan coral dan marine yang amat sensitif dan indah pemandangannya, penubuhan kilang penjanaan eletrik arang batu di Lahat Datu ini sudah tentu akan merosakkan alam sekitar dan pemandangan yang indah di tanah-tanah persimpanan tersebut selama-lamanya.

Mengikut satu pengiraan, coal fired power plant yang akan membakar lebih kurang 750,000 ton arang batu setahun, pollutants yang akan dihasilkan setiap tahun adalah seperti berikut:

i) 2 ribu 700 juta (2, 700, 000, 000) kg carbon dioxide setahun, dan carbon dioxide akan menyumbang kepada kesan greenhouse, global warming dan perubahan cuaca (climate change).

ii) 11 juta 6 ratus 50 ribu (11,650,000) kg sulphur dioxide setahun. Gas kimia jenis ini akan menjejaskan organ jantung dan pernafasan manusia, selain itu, ia juga akan membentuk hujan asid, merosakkan hutan rimba, menjadikan tanah dan aliran air berasid.

iii) 4.1 juta (4,100,000) kg nitrogen oxide setahun yang mana akan mencemarkan air dan kuala sungai, ia juga menyumbang kepada hujan asid, merosakan hutan rimba dan mengasidkan tanah dan aliran air.

iv) 400 kg Mercury per plant. Bahan kimia ini akan mencemarkan air laut dan menyebabkan kerosakan neurological terhadap fetus dalam kandungan ibu.

v) 110 juta (110, 000, 000) kg sludge dan toxic waste setahun. Ia akan mencemarkan air minuman dan ecosystem di sekitar tempat.

vi) Pembaziran dari segi kepanasan. Memandangkan hanya lebih kurang 1/3 daripada kepanasan arang batu digunakan untuk mengeluarkan aliran eletrik, jadi kepanasan yang dihasilkan oleh coal fired power plant ini pun akan menyumbang kepada global warming dan ketidakseimbangan sistem ekologi di tanah dan laut.

vii) Pengeluaran Soot yang akan menyebabkan asthma dan penyakit jantung manusia, dan juga akan membentuk hujan asid dan membentuk SMOG.

Datuk yang diPertua, Lahat Datu Coal Fired Power Plant ditempatkan di kawasan hanya 2 km dari Empangan Lahat Datu. Empangan ini merupakan pembekalan air yang utama ke Danum Valley Conservation Reserve dan Tabin Wildlife Reserve dan Davey Bay.

Selain itu, Danum Valley yang terletak lebih kurang 66 km dari barat Lahat Datu merupakan salah satu pristine lowland forest yang terpenting yang tertinggal di Asia Tenggara.. Ia dikenali sebagai salah satu tempat ecosystem yang paling kompleks di dunia. Kawasan Danum mempunyai pelbagai jenis tanaman dan lowland fauna di Sabah, termasuk spesis yang terancam seperti orang utan dan sebagainya.

Cynaide di Kilang Raub

Datuk yang diPertua, dalam lawatan saya ke Raub Pahang pada bulan lepas, beribu-ribu penduduk di Bukit Koman di Kawasan Raub, Negeri Pahang merasa amat risau terhadap perlombongan dan proses pemisahan emas yang dijalankan oleh Raub Australian Gold Mining Sendiran Berhad yang menggunakan cyanide.

Tapak perlombongan tersebut hanyalah 300 meter dari kawasan kediaman mereka di Bukit Koman. Para penduduk di tempat itu amat bimbang tentang penerapan bahan tosik cynaide dalam tanah, aliran air bawah tanah dan udara di kawasan tersebut.

Walaupun pihak kerajaan telah memberi banyak kata-kata yang cuba melegakan hati para penduduk di Raub, tetapi dalam lawatan saya ke Bukit Koman, tetapi wakil jawatankuasa penduduk yang menentang cynaide tersebut boleh menjawap balik semua alasan yang diberi oleh pihak kerajaan dan mereka tidak menerima alasan yang diberi oleh pihak kerajaan langsung.

Saya juga ingin menyeru pihak kementerian boleh menjalankan kajian yang terperinci terhadap sekitar kawasan Raub dan Bukit Koman, untuk mengkaji samada cynaide boleh diresap masuk ke air bawah tanah dan impaknya terhadap kesihatan penduduk di sekitar kawasan itu, supaya insiden pencemaran radioaktif di Bukit Merah tidak akan berlaku di Bukit Koman.

Di sini, saya ingin merayu kepada pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar supaya menghendaki syarikat berkenaan untuk membentangkan EIAnya semula, kerana EIA yang dibentangkan oleh Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd kerana laporan EIA yang dibentangkan oleh syarikat tersebut pada 10 tahun yang lepas telahpun ‘out-dated’.

Cukai Khas (Cess) Terhadap Penanam Kelapa Sawit di Sabah

Datuk yang diPertua, dalam lawatan saya ke Sabah pada awal Oktober yang lepas, saya berpeluang untuk bertemu dengan penanam kelapa sawit di kawasan Tawau dan Lahat Datu. Mereka amat kecewa dan marah terhadap arahan baru Kementerian Perladangan Industri dan Kommoditi yang menghendaki penanam kelapa sawit yang mempunyai keluasan ladang lebih daripada 100 ekar untuk membayar cukai khas ataupun cess atas pengeluaran minyak kelapa sawit.

Saya faham tujuan kementerian mengenakan cess terhadap para penanam kelapa sawit di bawah Cooking Oil Stabilization Scheme (COSS) demi mensubsidise kenaikan harga minyak masakan.. Walau bagaimanapun, apa yang diperlukan oleh kementerian untuk mensubsidi kos pengeluaran 60,000 tonnes minyak masakan sebulan ialah RM390 juta sahaja, manakala jumlah kutipan daripada para penanam kelapa sawit ialah RM 1,790 juta, jadi, apakah kerajaan akan memulangkan lebihan RM1.4 billion daripada kutipan mereka kepada penanam kelapa sawit?

Saya ingin menyeru Kementerian Perladangan Industri dan Komoditi untuk mengecualikan cess yang dikenakan ke atas peladang kelapa sawit di Sabah kerana para peladang ini telahpun dipaksa untuk membayar 7.5% cukai pendapatan kepada kerajaan Negeri Sabah, ini adalah bersamaan dengan RM37 daripada setiap tonne hasilan biji kelapa sawit. Sekiranya kita tambah RM20 kos pengangkutan udara yang dikenakan oleh pihak kilang pemerosesan kelapa sawit terhadap mereka, maka ia pun akan menyebabkan peladang kelapa sawit di Sabah mengalami kerugian sebanyak RM57 setiap tonne bijian kelapa sawit.

Di sini, saya ingin menyeru pihak Kementerian Perladangan Industri dan Komoditi untuk mengecualikan peladang kelapa sawit di Sabah daripada dikenakan cukai khas ataupun cess, supaya peladang kelapa sawit di Sabah tidak dikenakan ‘double tax”.

Pencerobohan di KLIA

Datuk yang diPertua, isu orang Palestine Osama Shublaq berjaya merentasi pagar Lapangan Terbang KLIA dan menyembunyikan diri dalam kotak simpan roda kapal terbang Boeing777 Singapura sehingga tiba di Singapura telahpun mengejutkan kita semua. Isu ini membangkitkan keprihatinan kita semua ke atas keselamatan di Lapangan Terbang KLIA kita.

Kita masih ingat bahawa KLIA telah mendapat hadiah Airports Council International’s Airport Service Quality Awards pada Mac tahun lepas, di mana KLIA digelar sebagai lapangan terbang terbaik dalam kategori lapangan terbang yang mempunyai 15-25 juta pelanggan setahun. KLIA dikatakan lebih baik daripada San Diego International Airport, Zurich dan sebagainya.

Apa yang aneh ialah, imigration kita tiada rekod tentang orang Palestin ini, ini bermaksud beliau besar kemungkinan telah bersembunyi di KLIA selepas beliau tiba ke KLIA melalui kapal terbang yang lain.

Pada bulan Januari, KLIA mula mengenakan caj keselamatan sebanyak RM6 ke atas penumpang kapal terbang dalam negeri dan RM9 terhadap penumpang kapal terbang antarabangsa. Dengan berlakunya kes ‘stowaway’ ini, hadiah antarabangsa yang diperolehi oleh Malaysia Airport Holdings Berhad ini pun menjadi bahan ketawa orang ramai. Kita juga ingin tanya apakah rasional KLIA untuk mengenakan caj keselamatan ini memandangkan KLIA malah telah gagal mengesan orang Palestine yang merentasi pagar KLIA dan menyembunyikan diri dalam kotak simpan roda kapal terbang.

Saya ingin minta Menteri Pengangkutan memberi satu penerangan tentang isu ‘stowaway’ di KLIA ini.

Masalah RELA

Datuk yang diPertua, saya ingin menyuarakan ketidakpuasan saya terhadap jawapan yang diberi oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri kepada saya pada 10 September tahun ini.

Soalan lisan saya ialah untuk meminta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri untuk menyatakan bilangan aduan yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi pengusiran Pendatang Tanpa Izin. Berapakah di antara mereka telah pun didakwa di mahkamah dan berapakah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah.

Hairannya, saya terima jawapan yang berbunyi di bawah:

“Untuk makluman Ahli yang Berhormat, setakat ini tidak ada aduan rasmi yang diterima berkenaan dengan anggota RELA yang melakukan kesalahan semasa menjalankan operasi. Walaubagaimanapun aduan-aduan yang diterima hanyalah dibuat secara umum melalui akhbar-akhbar yang mendakwa bahawa anggota-anggota RELA bertindak secara kasar, mengambil harta milek Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan sebagainya semasa operasi.

Setakat ini tiada seorang pun anggota RELA yang didakwa di mahkamah atas kes-kes kesalahan semasa menjalankan operasi.”

Datuk yang diPertua, jawapan ini memangnya satu jawapan yang memesongkan dewan daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Kita telah puas membaca siri kes jenayah yang dilakukan oleh anggota RELA. Keganasan RELA terhadap pendatang asing tanpa izin dan pekerja asing malah telah memburukkan masalah hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Indonesia.

Di sini saya ingin menggunakan kes-kes jenayah yang telah disiarkan dalam akhbar untuk menjawab penafian Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri:

1. Pada 30 Disember 2006, anggota RELA M Suresh dan Norirwanshah Mat Nor merogol seorang gadis berusia 14 tahun di tandas awam di Taman Tasik, seksen 14, Shah Alam. Kedua-dua anggota RELA ini didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 28 Feb, 2007. (Utusan Malaysia, Feb 28, 2007)

2. Pada 17 April 2007, 10 anggota RELA yang berpakaian seragam telah pecah masuk ke rumah asrama pekerja asing di Taman Botani dan Taman Soon Choon. Mereka telah merompak barangan bernilai RM 1,800 dengan senjata api. Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Jalaluddin Ibrahim kemudian mendakwa anggota RELA ke Mahkamah di bawah Kanun Keseksaan 395 atas kesalahan samun berkumpulan.

Polis juga mendapati dua daripada 10 anggota RELA berkenaan mempunyai kes jenayah dan pernah didakwa di bawah Kanun Keseksaan 379 (kecurian) sebelum ini. (Utusan Malaysia April 17, 2007)

Saya boleh teruskan dengan senarai jenayah yang dilakukan oleh anggota RELA ini. Saya merasa kesal di mana pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri memberi jawapan yang salah dan bohong di dewan yang mulia ini.

Datuk yang diPertua, saya telah menghantar satu usul untuk merujuk Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Saya berharap Speaker Dewan Rakyat boleh membenarkan usul saya ini dibahas demi menunjukkan dewan kita ini mematuhi Peraturan Mesyuarat kita dan demi memelihara keadilan dan kesaksamaan semua Ahli Parlimen.

Peranan SUHAKAM

Datuk yang diPertua, dalam bajet 2008, SUHAKAM diberi peruntukan sebanyak RM11 juta. Saya ingin tahu macam manakah SUHAKAM menggunakan peruntukan yang diberi kepadanya.

Dalam penyata pendapatan SUHAKAM yang berakhir pada tahun 31 Disember 2005, saya mendapati bahawa item “Perkhidmatan ikhtisas dan hospitaliti” adalah sebanyak RM3,579,999. Saya ingin tanya apakah maksud perbelanjaan ini dan saya ingin pihak kementerian untuk memberi satu penjelasan terhadap item ini.

Kita mempunyai 18 anggota SUHAKAM dan gaji mereka adalah RM13K sebulan, yang mana lebih tinggi daripada kita Ahli Parlimen, tetapi kesalnya para anggota SUHAKAM ini tidak bekerja secara sepenuh masa, tetapi mereka hanya merupakan anggota “part-time” sahaja. Saya difahamkan SUHAKAM di Negeri Filipina hanya 5 orang sahaja tetapi mereka berkhidmat sebagai “full-time” dan mereka memang diberi kuasa penuh untuk menjalankan tugas mereka.

Tibalah masanya bagi kesemua anggota SUHAKAM kita untuk memainkan peranan yang lebih gigih dan berkhidmat sepenuh masa di SUHAKAM. Pada waktu ini, saya mendapati hanya beberapa anggota SUHAKAM memainkan peranan yang aktif, iaitu Siva Subramaniam, Professor Chiam, Simon Sipaun dan satu dua orang lagi, tetapi kita jarang lihat dan dengar komen daripada anggota SUHAKAM yang lain dalam isu yang mencabuli hak asasi manusia. Rakyat Malaysia kelihatan telah lupa siapanya pengerusi SUHAKAM kita. Keadaan SUHAKAM kita ini memang tidak menyumbang kepada perkembangan dan promosi hak asasi manusia di Malaysia.

Memandangkan ASEAN akan mengadakan ASEAN Charter pada bulan hadapan, dan Malaysia merupakan negara yang kuat menyokong mekenisme hak asasi manusia dimasukkan dalam ASEAN Charter ini, saya ingin menyeru kerajaan supaya memberi lebih kuasa kepada SUHAKAM dan mengambil cadangan mereka secara serius, untuk menjadi teladan kepada negara-negara ASEAN yang lain.

Saya juga ingin menyeru anggota SUHAKAM juga sanggup memainkan peranan mereka dengan lebih gigih untuk mempromosi hak asasi manusia di negara kita.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme