Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan peringkat jawatankuasa MPIC di Dewan Rakyat (1 Disember 2020)

Posted on Tuesday, 01-12-2020Tuesday, 01-12-2020 by Editorial Team

Saya bangkitkan isu-isu berkenaan dengan minyak sawit dalam perbahasan peringkat jawatankuasa MPIC di Dewan Rakyat pada petang ini.

Datuk yang diPertua, saya ingin tanya berkenaan cadangan tambahan RM5 ses bagi setiap ton minyak sawit mentah (CPO) dan crude palm kernal oil (CPKO) kepada MPOB mulai 1 Januari 2021 bagi tujuan mekanasi dan automasi (M&A) untuk industri minyak sawit. Di bawah cadangan ini, kerajaan akan memberi “matching grant” dengan kadar 1:1 bagi initiatif mekanisasi ini.

Tetapi dalam bajet 2021, kerajaan mengumumkan ia hanya akan memperuntukkan RM30 juta “matching grant” bagi menggalakkan pelaburan dalam M&A, ini bermaksud nisbah “matching grant” hanya 0.27: 1, dan bukannya 1:1 seperti yang dicadangkan.

Cadangan peningkatan RM5 ses ini mendatangkan ketidakpuasan di kalangan pengusaha industri sawit. Saya terbaca kenyataan akhbar daripada Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) bertarikh 29 November 2020. Persatuan ini minta dialog di antara Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan pengusaha industri minyak sawit

Negara kita mengeluarkan lebih kurang 20 juta ton minyak sawit setahun. Tambahan ses baru RM5 ini bermaksud tambahan RM100 juta kepada MPOB. Saya ingin minta Menteri menjelaskan secara terperinci macam mana MPOB menggunakan tambahan RM100 juta ses ini, apakah struktur pengurusan ses untuk M & A ini, apakah projek yang akan diberi keutamaan dan sebagainya.

Selama ini, industri minyak sawit negara dikenakan banyak cukai, selain daripada cukai syarikat yang dibayar kepada LHDN, pengusaha industri kena bayar ses RM14 setiap ton produk minyak sawit kepada MPOB, selain itu, industri juga dikehendaki bayar cukai keuntungan luar biasa (windfall levy) bila harga CPO mencapai RM2,500 setiap ton di semenanjung Malaysia dan RM3,000 bagi Sabah dan Sarawak. Selain itu, syarikat yang mengeksport CPO juga perlu bayar duti eksport.

Bagi syarikat di Sabah dan Sarawak, mereka malah dikehendaki membayar cukai jualan 7.5% dan 5% kepada kerajaan negeri masing-masing.

Memandangkan industri minyak sawit telah terlalu banyak dikenakan cukai, saya ingin cadangkan Kementerian menghentikan pengenaan tambahan RM5 ses untuk tujuan Mekanisasi & Automasi tersebut, dan mengadakan lebih dialog dengan pelbagai pihak dalam industri sawit. Memandangkan Kerajaan telah mengutip banyak “windfall levy” kerana harga minyak sawit telah melebihi RM2,500 setiap ton, maka “windfall levy” ini haruslah disalurkan untuk tujuan kajian M&A bagi industri sawit tersebut.

Program Biodiesel B20

Dalam bajet 2020 yang diumumkan pada tahun lepas, kita sepatutnya melaksanakan biodiesel B20 secara peringkat di seluruh negara pada tahun ini, dan Kementerian sepatutnya menaiktaraf kesemua depot di negara kita untuk menampung biodisel B30.

Pada setengah tahun yang lepas, saya terbaca kementerian keluarkan kenyataan untuk menangguhkan perlaksanaan B20 kerana harga minyak sawit telahpun naik.

Di sini, saya ingin tanya YB Menteri, macam mana dengan peruntukan RM300 juta bagi MPOB untuk menaiktaraf perlengkapan depot simpanan biodiesel ke B30 di seluruh negara? Berapa depot telah dinaiktaraf untuk menampung B20? Sekiranya harga minyak sawit jatuh pada tahun depan dan perlu melaksanakan biodiesel B20, apakah semua depot di negara kita telah dinaiktaraf untuk menampung biodiesel B20?

Penanaman Satu Juta Pokok Jenis Hutan di Sabah

Kementerian MPIC telah mengumumkan penanaman satu juta pokok jenis hutan di hutan simpanan kekal di Lower Gawag dekat Lahad Datu di Sabah, dan dana penanaman pokok diperolehi daripada tambahan RM1 ses yang dikutip daripada industri sawit. Projek tanam satu juta pokok ini adalah untuk menangani kempen anti sawit yang negatif di masyarakat antarabangsa. Kita ingin memberi gambaran baik kepada masyarakat antarabangsa bahawa industri sawit Malaysia menyumbang kepada penanaman pokok dan pemeliharaan binatang liar, dan penanaman sawit dan pemuliharaan hutan rimba boleh wujud bersama.

Pada akhir tahun lepas, saya difahamkan MPOC telah menanam 4 ribu pohon pokok jenis hutan. Saya ingin tahu berapa pokok jenis hutan telah ditanam di Lower Gawa di Sabah sehingga hari ini?

 

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme