Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Majlis Perasmian Persidangan Ekonomi Getah Kebangsaan

Posted on Tuesday, 28-08-2018Tuesday, 20-10-2020 by Teresa

  

KUALA LUMPUR (28 Ogos 2018): Menteri Industri Utama YB Teresa Kok telah menyarankan agar pihak Kerajaan, melalui agensi-agensinya mengutamakan penggunaan produk tempatan, terutamanya produk getah tempatan, dalam proses dan dasar perolehannya.

Ini termasuk bagi projek-projek infrastruktur Kerajaan yang dilaksanakan oleh para kontraktor, kata beliau ketika berucap di majlis perasmian Persidangan Ekonomi Getah Kebangsaan (NREC) yang bertemakan “Disruptive Trends: Innovate & Evolve” pagi tadi.

YB Teresa berkata Malaysia merupakan antara negara pengeluar getah utama dunia. Di samping itu, para pengusaha industri ini juga telah menghasilkan banyak produk berasaskan getah yang inovatif dan diiktiraf di peringkat global.

“Kejayaan industri getah negara sebahagian besarnya adalah hasil aktiviti-aktiviti R & D yang intensif untuk meningkatkan produktiviti dan membangunkan teknologi baru, demi memperbaiki proses dan pembangunan produk.

“Malaysia sangat berbangga dengan produk getahnya yang berkualiti tinggi dan maju, termasuk sarung tangan perubatan getah, ‘catherers’ dan ‘latex thread’ yang digunakan secara meluas di dunia. Setelah 140 tahun, industri getah Malaysia telah mengubah tumpuannya kepada aktiviti hiliran, terutamanya pembuatan produk inovatif bernilai tinggi,” katanya.

Namun, tambah beliau lagi, walaupun syarikat-syarikat produk getah Malaysia telah menghasilkan produk yang diiktiraf dan digunakan di luar negara, produk-produk ini masih tidak diguna dengan meluas dalam negara.

“Maka, langkah untuk memastikan penggunaan produk getah tempatan dalam proses perolehan Kerajaan adalah satu perkara yang perlu dilaksanakan. Ini kerana adalah tidak wajar sekiranya produk kita yang diiktiraf dan diguna di luar negara tidak diterima pakai di negara kita sendiri,” katanya.

YB Teresa juga berkata langkah ini dapat membantu keadaan semasa yang mana kejatuhan harga getah telah memberi kesan kepada pendapatan para pekebun kecil.

Persidangan Ekonomi Getah Kebangsaan, yang dianjur oleh Lembaga Getah Malaysia, dihadiri oleh kira-kira 200 peserta dari kalangan pemproses, pengilang, usahawan getah, wakil kementerian dan agensi, para akademik serta mereka yang terlibat secara langsung dalam industri getah.

Persidangan ini adalah satu platform perkongsian maklumat terkini dan pengetahuan dalam industri getah, tren serta cabaran semasa yang dihadapi oleh industri ini di Malaysia.

       

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme