Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Rasional Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Mengeluarkan EOT Kepada Pemaju Yang Lewat Menyerah Rumah Kepada Pembeli Rumah

Posted on Wednesday, 12-04-2017 by -ec-

Rasional Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Mengeluarkan EOT Kepada Pemaju Yang Lewat Menyerah Rumah Kepada Pembeli Rumah

Datuk Yang Di-Pertua, di bawah terma Perjanjian Jual Beli (SPA), pemaju mempunyai tanggungjawab untuk menyiapkan pembinaan projek dalam tempoh yang ditetapkan dalam SPA, di mana pemaju hendaklah menyiapkan harta tanah (landed property) dalam 24 bulan, 36 bulan untuk pangsapuri atau rumah berstrata, dan serahkan milikan kosong (vacant possession) kepada pembeli rumah.

Sekiranya pemaju gagal menyiapkan dan menyerahkan dalam tempoh ini, pemaju perlu bayar pampasan ataupun LAD kepada pembeli rumah atas kelewatannya. Begitu juga, jika pembeli rumah lewat membayar wang ansuran kepada pemaju, pembeli rumah juga hendak bayar pampasan kelewatan pada kadar 10% setahun kepada pemaju juga.

Ini adalah apa yang termaktub dalam undang-undang Housing Development (Control and Licensing) Act.

Di sini, saya ingin tanya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tentang pengeluaran kebenaran kelebihan masa ataupun EOT (Extention of Time) kepada pihak pemaju dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang mana telah mencetuskan ketidakpuasan ramai pembeli rumah yang menunggu LAD daripada pihak pemaju, sehingga mereka mengambil tindakan mahkamah untuk mencabar keputusan Menteri yang meluluskan EOT kepada pemaju.

 

Datuk Yang Di-Pertua, sebagai wakil rakyat yang menghadapi banyak soalan daripada pembeli rumah, saya ingin tanya YB Menteri: Berapa permohonan EOT diluluskan oleh Menteri dalam 4 tahun yang lepas. Apakah nama projek, nama pemaju yang terima kelulusan EOT daripada kementerian , apakah alasan dan keadaan setiap pemohon EOT, dan juga tempoh dan syarat yang dikenakan oleh Kementerian terhadap setiap permohonan EOT ini.

 

Datuk Yang Di-Pertua, saya juga ingin tanya berapakah permohonan EOT ditolak oleh Kementerian. Apakah mekenisme yang menentukan samada suatu permohonan harus dilulus ataupun ditolak?

 

Memandangkan isu kelulusan EOT oleh YB Menteri telah menjadi isu yang kontroversial pada kebelakangan ini, saya berharap YB Menteri boleh memberi penerangan terhadap soalan-soalan yang saya bangkitkan.

 

Sekian, terima kasih.

Teresa Kok

Jawapan:-

Tuan Yang Di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, permohonan dan kelulusan-kelulusan pindaan Perjanjian Jual Beli bagi melanjutkan tempoh serahan milikan kosong dipertimbangkan berdasarkan kepada kuasa yang diberikan kepada Pengawal Perumahan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, Akta 118.

 

Dalam mempertimbangkan permohonan di bawah peruntukkan ini, Kementerian menilai kesusahan atau keadaan khasberdasarkan kepada perkara-perkara berikut:

a) kejadian bencana alam;

b) sekatan/halangan pemajuan;

c) skala projek yang dimajukan;

d) ketinggian bangunan yang dibina;

e) ciri-ciri binaan;

f) saiz tapak pemajuan;

g) lokasi tapak projek;

h) pembinaan infrastruktur mengikut kehendak kebenaran merancang (KM); dan

i) lain-lain alasan teknikal yang berkaitan dengan pemajuan projek.

 

Walau bagaimanapun, mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan Pengawal Perumahan di bawah Perenggan 11(3) ini boleh mengemukakan rayuan kepada YB Menteri KPKT dalam tempoh empat belas (14) hari selepas ia diberitahu mengenai keputusan Pengawal itu di bawah Peraturan 12, Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989, Akta 118.

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Untuk makluman Ahli yang berhormat, Kementerian telah menerima sebanyak 361 permohonan di bawah Peruntukan 11(3), Peraturan 1989, Akta 118 dari Jun 2014 hingga Februari 2017. Daripada jumlah tersebut 291 permohonan telah diluluskantermasuklah 11 permohonan yang diluluskan bagi unit yang belum dijual sahaja, 1 permohonan diluluskan dengan syaratmenandatangani perjanjian tambahan, 6 kelulusan dengan syarat mendapat persetujuan pembeli dan 1 kelulusan bersyarat memaklumkan pembeli. Selain daripada itu, baki 70 permohonan telah ditolak oleh Pengawal / Timbalan Pengawal Perumahan.

 

Selain daripada itu, bagi tempoh yang sama pihak Kementerian turut menerima 19 permohonan rayuan yang difailkan kepada YB Menteri KPKT di bawah Peraturan 12 bagi mempertimbangkan semula keputusan yang telah dibuat oleh Pengawal Perumahan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 permohonan telah diluluskan termasuklah 3 kelulusan bersyarat mendapatkan persetujuan pembeli dan 7 kelulusan dengan syarat memaklumkan pembeli dan baki 6 permohonan lagi telah ditolak YB Menteri KPKT.

 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian tidak pernah mengabaikan kepentingan pembeli dalam mempertimbangkan permohonan bagi pemajuan yang telah dijual malah Kementerian mendahulukan pembeli dengan menetapkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi kepada pemaju. Syarat-syarat yang dikemukakan adalah bagi memastikan pemaju mengambil tindakan sewajarnya dengan mencari jalan terbaik untuk pembeli bagi memastikan projek dapat disempurnakan tanpa terbengkalai dan akhirnya dapat diserahkan kepada pembeli.

 

Tuan Yang Di-Pertua,

 

Untuk makluman Ahli yang berhormat juga, kriteria-kriteria yang diberikan adalah sebagai panduan untuk mempertimbangkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak pemaju. Walau bagaimanapun, pelaksanaan sesebuah pemajuan perumahan adalah lebih kompleks dan berbeza-berbeza di antara satu permajuan dengan satu permajuan yang lain. Oleh yang demikian, justifikasi berkaitan dengan kesusahan dan keadaan-keadaan khas yang dihadapi oleh pihak pemaju akan dijadikan sebagai mekanisma pertimbangan bagi sesuatu permohonan tersebut ditolak atau diluluskan, sama ada bersyarat atau tanpa syarat.

 

Dalam pada itu juga, tempoh pemajuan projek di dalam Perjanjian Jual Beli seragam tidak pernah dipinda sejak tahun 1989, di mana projek-projek yang dijalankan pada tahun ini hanya melibatkan bangunan kurang daripada 20 tingkat yang mana ianya adalah berbeza dengan pemajuan pada masa sekarang yang melibatkan pembangunan melebihi 40 tingkat disamping mempunyai berbagai kemudahan serta keperluan untuk mematuhi banyak syarat-syarat oleh pihak authority lain.

 

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

April 2017

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme