Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen – Energy Security ~Langkah Kerajaan Memperkenalkan Bahan Api Ke-5

Posted on Friday, 07-11-2008Tuesday, 11-11-2008 by DAP Seputeh

 

TARIKH           : 6 NOVEMBER 2008

PERTANYAAN : LISAN

Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta MENTERI TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI menyatakan sejauh manakah berjayanya Kerajaan melaksanakan Dasar Bahan Api Ke-5 (5th. Fuel Policy) yang diperkenalkan pada tahun 1998 dan termaktub dalam RMK-8 dan RMK-9. Apakah langkah Kerajaan untuk memperkenalkan Bahan Api Ke-5 untuk mencapai keselamatan tenaga (energy security).

 JAWAPAN :

 Tuan Yang Di-Pertua,

 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Dasar Lima Bahan Api (Five-Fuel Policy) yang telah diperkenalkan pada tahun 2000 adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan tenaga di Negara ini melalui usaha mempelbagaikan sumber bahan api untuk penjanaan tenaga elektrik dan mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga sedia ada ( di bawah Dasar Empat Bahan Api) iaitu minyak, gas, hidro dan arang batu. Sumber Tenaga Boleh diPerbaharui atau Renewable Energy (RE) yang telah dikenalpasti termasuklah biomass, biogas, sisa buangan pepejal (solid waste) tenaga suria dan mini hidro.

Program Small Renewable Energy Programme (SREP) telah dilancarkan pada tahun 2001 sebagai salah satu langkah strategik untuk menggalakkan pembangunan projek-projek RE. Sejak dilancarkan, Kerajaan telah meluluskan sejumlah 49 cadangan untuk melaksanakan aktiviti penjagaan tenaga di bawah program SREP dengan kapasiti berjumlah 266.9 mw. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 19 pemaju telah menandatangani Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA) dengan pihak itiliti berkaitan, iaitu TNB dan SESB dengan kapasiti berjumlah sebanyak 104.75 MW.

Dua projek SREP yang telah Berjaya dilaksanakan dan disambungkan ke sstem grid setakat ini adalah projek penjanaan elektrik berasaskan sisa sawit atai biomass dengan kapasiti sebanyak 10MW di Sabah dan projek penjanaan elektrik berasaskan landfill gas dengan kapasiti sebanyak 2MW di Puchong, Selangor. Selain itu, suka saya memaklumkan bahawa pada akhir tahun ini adalah dijangkakan 4 projek RE berasaskan sisa sawit dengan jumlah kapasiti 30.5MW akan dilaksanakan di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Di samping penjanaan elektrik yang di sambung ke grid, terdapat sejumlah kapasiti sebanyak 700Mw tenaga elektrik yang dijana melalui sumber RE oleh syarikat-syarikat pemprosesan minyak sawit dan pemprosesan kayu balak untuk kegunaan persendirian.

Berhubung dengan tenaga suria, saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan dengan kerjasama United Nations Development Program (UNDP) juga sedang melaksanakan Projek Malaysian Building Integrated Photovoltaic (MBIPV) yang bertujuan untuk menggalakkan penggunaan tenaga suria dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia. Projek ini telah dilancarkan pada tahun 2005 dan dilaksanakan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010) dan menyasarkan penjanaan elektrik dari sumber tenaga solar berjumlah 1,500kW sepanjang tempoh ini. Di bawah projek ini terdapat Program SURIA 1000 yang telah dilaksanakan untuk menjana pertumbuhan pasaran BIPV di samping menyediakan peluang secara langsung kepada lebih ramai pihak termasuk orang awam bagi melibatkan diri dalam usaha penggunaan sumber tenaga alternative melalui tenaga suria. Setakat ini, 50 permohonan dengan kapasiti berjumlah 261kW yang merangkumi bangunan kediaman dan bangunan komersil di seluruh Malaysia telah pun diluluskan.

Saya suka memaklumkan bahawa semenjak Program Suria 1000 dilancarkan, harga kos seunit (unit cost) system BIPV telah menurun sebanyak 14% daripada RM31 per kW kepada RM 27 per kW.

Tuan Yang DiPertua,

Bagi menggalakkan lagi pembangunan RE sebagai bahan api kelima, Kementerian saya telah mengambil bebrapa langkah seperti berikut ;

 i)             Menaikkan harga jualan elektrik bagi projek-projek SREP berasakkan sumber biomass dan biogas daripada 19 sen/Wjam kepada 21 sen/kWjam bermula pada Ogos 2007;

ii)           Mempermudahkan beberapa syarat dalam Perjanjian Jual Beli Tenaga RE (Renewable Energy Power Purchase Agreement, REPPA) untuk projek-projek RE dengan kapasiti kurang dari 2MW; dan

iii)          Memperolehi kelulusan insentif-insentif fisikal projek-projek RE seperti pemberian Status Perintis (Pioneer Status) dengan 100% Penegcualian Cukai Pendapatan Tetap kepada syarikat yang menggunakan sumber RE untuk kegunaan sendiri ; atau Pengecualian Cukai Pelaburan sebanyak 100% (Investment Tax Allowance) ditolak daripada 100% pendapatan tetap dalam tempoh 5 tahun. 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

Kementerian saya pada masa kini sedang merangka Pelan Tindakan Tenaga Boleh DiPerbaharu sebagai usaha Kerajaan untuk mempastikan penggunaan sumber tenaga RE dapat menyumbang kepada campuran bahan api Negara. Pelan Tindakan Negara boleh diperbaharu ini merangkumi aspek polisi, Renewable Energy Power Purchase Agreement (REPPA), kewangan dan lain-lain isu penting bagi menjamin pembangunan pesat RE di Negara ini secara tidak langsung dapat membantu menjamin keselamatan bekalan tenaga elektrik negara di samping menjaga ekonomi. Berdasarkan unjuran yang telah dibuat, permintaan tenaga elektrik pada tahun 2030 ialah sebanyak 32,000MW dan adalah dijangkakan bahawa RE akan menyumbangkan lebih kurang 8% atau 2,500MW tenaga elektrik kepada campuran tenaga elektrik menjelang tahun tersebut. Dengan pencapaian sasaran ini, adalah diharapkan Tenaga Boleh DiPerbaharu dapat membantu menangani cabaran-cabaran yang dihadapi dalam sector tenaga di Negara ini seperti masalah bekalan dan kenaikan harga bahan apo fosil seperti minyak, gas dan arang batu serta perubahan iklim.

  • Parliament
  • 3 thoughts on “Soalan Parlimen – Energy Security ~Langkah Kerajaan Memperkenalkan Bahan Api Ke-5”

    1. Hasbullah Pit says:
      Friday, 07-11-2008 at 18: 54.11

      Hairan Juga kenapa sumber tenaga angin tidak diperkatakan oleh BN mahupun PR.

      cuba cerita sikit.

    2. eagle says:
      Friday, 07-11-2008 at 21: 41.09

      Reading through the answer provided, no wonder Malaysia is so ‘Kelam kabut”. No depth, no strategic vision. As I see it, the answer provided is “Melepaskan batuk di tangga”.
      There are many experts out there, but our government likes to keep thing to themselves, thinking that they have the best brain.
      I bet you YB, if the country is facing real threat- natural or man made disaster, we will be in turmoil with the whole nation in the state of confusion.
      If I may suggest that you pick one strategic issue on the interest of the nation now and future, form up any volunteer group to conduct an in-depth study, with some research, push it at state and federal level for follow up action and implementation. Just thinking aloud, but the real issue who are really hands on, over the issue you brought up and who really monitor them, not just talk as everything ok but the truth is situation normal but all fuck up. Don’t believe me next year ask the same question, you get the same answer.

    3. ventura says:
      Sunday, 09-11-2008 at 17: 40.15

      It is good that the government has explored various mean of energy to increase the capacity and ever usage of rising cost vis as vis to the demand that required.

      Our main consent is the operating cost that is presented here. The cost of 14% reduction is it base on total production cost includes primary cost of investment or just a mere total operating cost excluding the investment cost expanded. So there is a part of question that needs to be clarified and understand. This must be produce with a substantial report and verification or else this report may just be a report to show what generally any shareholders want to see and expect. This will be include in the part of effectiveness of the operation via input verses output.

      Apart from the costing aspect what is the capacity that the total fuel base on the various resources are functioning? We believe various resources of energy generated will have difference type of capacity in comparison to the maintenance and operating cost rendered. This is expressing in term of efficiency. In percentages to the variable assigned to view the general probability of effectiveness.

      Since we have only a single monopolistic non competitor in the allocation of energy by TNB. The mean of counter-check and balance is just a mere book-keeping and statement recording. Therefore constant verification and monitoring is to ensure the efficiency and effectiveness is the truth as proclaimed and reported.

    Comments are closed.

    About

    Teresa Kok

    About Teresa

    Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

    Learn More

    Recent Articles

    • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
    • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
    • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
    • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
    • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
    • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
    • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
    • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
    • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
    • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
    • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
    • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
    • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
    • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
    • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

    Article Archives

    © 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme