Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: OPS CATUT Harus dikaji semula

Posted on Monday, 23-11-2015Tuesday, 24-11-2015 by -ec-

Saya buat ucapan di Dewan Rakyat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di hadapan YB Senator Dato’ Seri Ahmad Bashah

OPS CATUT Harus dikaji semula
============================
Anti-profiteering operations /Ops Catut telah dilancarkan pada awal tahun ini.

Control and anti-profiteering (mechanism for determining unreasonably high profits) (net profit margin) regulations 2014 yang menghendaki peniaga tidak meningkatkan harga di antara 2 Januari 2016 sehingga 30 Jun 2016 hanya diwartakan pada 26 Disember 2014 dan berkuatkuasa pada 1 Jan 2015.

Fasa pertama Ops Catut diadakan di antara 15 Januari dan 11 Mac, dan fasa kedua dilancarkan pada 2 April selepas GST dilaksanakan pada 1 April.

Saya mendapat banyak aduan daripada peniaga yang diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan kerana kerajaan memang tidak membuat publisiti yang cukup tentang Ops Catut dan tentang peraturan ini, jadi ramai peniaga diambil tindakan kerana tidak mempunyai pengetahuan tentang Peraturan ini.

Soalan saya tentang Ops Catut: Berapa banyak syarikat telah diambil tindakan dan didenda? Apa yang jumlah denda yang dikutip oleh Kementerian? Berapa orang peniaga yang masih tidak bayar denda?

Ramai peniaga amat tidak puas hati terhadap asas Kementerian mengambil tindakan kerana Kementerian menggunakan cara pengiraan margin keuntungan mutlak (absolute margin) dan bukan peratusan margin bersih (net margin percentage). Cara ini adalah tidak adil terhadap peniaga kerana margin keuntungan biasanya ditetapkan dengan menggunakan peratusan (percentage) kos sesuatu produk.

Misalnya: Sebuah syarikat eletrik yang menjual peti televisyen, kos pada 20 Dis 2014, adalah sebanyak RM400 dan syarikat itu menjualnya dengan harga RM500 se set. Syarikat itu membuat keuntungan sebanyak RM100 atau margin 20% keuntungan. Selain daripada kos asal peti TV, di antara keuntungan peti TV itu syarikat itu perlu membayar 10% daripada harga produk itu (RM50) kepada pemilik pusat beli-belah sebagai sewa kedai, dan 2% daripada harga produk (RM10) sebagai bayaran faedah kad kredit. Oleh itu, keuntungan bersih syarikat sebelum perbelanjaan yang lain hanyalah RM40.

Pada 20 Julai, kos peti televisyen yang sama telah naik harga kepada RM500 kerana penurunan matawang Ringgit, dan syarikat itu terpaksa jual peti TV dengan harga RM600 dan membuat keuntungan kasar RM100 yang sama. Syarikat itu masih menggunakan 10% daripada harga jualan peti TV (RM60) itu untuk bayar sewa kedai dan 2% daripada harga jualan (RM12) untuk bayaran kad kredit. Jadi keuntungan bersih bagi syarikat itu sebelum perbelanjaan lain kini hanya RM28. Kalau dibandingkan dengan scenario di mana harga jualan ialah RM500 yang saya sebutkan tadi, keuntungan telah dikurangkan sebanyak RM12.

Pemilik syarikat yang menghadapi penurunan keuntungan dengan nyata pun akan mengurangkan kos operasi syarikat untuk kekalkan perniagaannya, seperti menamatkan perkhidmatan pekerjanya atau mengurangkan gaji gaji atau komisen pekedai. Ini adalah apa yang berlaku di kalangan perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia sejak 10 bulan yang lalu.

Pada pelanggan pula, mereka telahpun menghadapi kenaikan kos sara hidup termasuk belanja harian, harga petrol, kadar tol pun akan kurangkan perbelanjaan mereka. Oleh itu, banyak syarikat pun merasai perniagaan dan jualan syarikat mereka menurun. Dengan itu, banyak syarikat pun akan memperlahankan perkembangan syarikat mereka ataupun memberhentikan pekerja mereka.

Ini adalah punca utama kepada kemelesetan ekonomi, khususnya di kalangan IKS.

Sehubungan dengan itu, saya ingin tanya, kenapakah Kementerian tidak mengambil tindakan terhadap syarikat “scratch and win”? Sekarang semakin ramai orang tertipu dan terperangkap dalam syarikat jenis ini dan ramai di antara mereka adalah orang miskin. Saya terima banyak aduan daripada ramai orang yang kena tipu dan pejabat saya terpaksa berunding dengan syarikat-syarikat tersebut. Ramai rakan-rakan di Dewan Rakyat pernah bangkitkan isu ini, kenapakah Kementerian tidak ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat ini?

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme