Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Penggulungan DUN YB Teresa Kok – Pertumbuhan Ekonomi di Selangor

Posted on Thursday, 22-11-2012Thursday, 22-11-2012 by Teresa Kok's Office

Ahli-ahli Yang Berhormat Dewan Negeri Selangor,


PERTUMBUHAN SEKTOR EKONOMI

 

Negeri Selangor kekal dan terus menjadi penyumbang terbesar kepada KDNK Malaysia melebihi 20% Sumbangan yang besar berbanding negeri-negeri lain di Malaysia membuktikan status Negeri Maju yang dicapai Selangor sebelum ini akan diteruskan dengan prestasi ekonomi yang lebih baik untuk tahun 2012

 

Pertumbuhan KDNK bagi negeri Selangor dalam keseluruhan tahun 2012 adalah diunjurkan pada 6.1% berbanding pertumbuhan 6.0% pada tahun 2011

SEKTOR PERKHIDMATAN


Sektor perkhidmatan dianggarkan  menyumbang 58.3% kepada KDNK negeri pada tahun 2012  dan mengalami pertumbuhan sebanyak 4.5%.

 

Sektor kecil Utiliti, Pengangkutan, Penyimpanan & Komunikasi merupakan penyumbang terbesar daripada segi nilai ditambah, dengan mengalami pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 5.2%

 

Sektor kecil Kewangan & Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan merupakan penyumbang kedua terbesar daripada segi nilai ditambah dan sektor kecil ini dianggarkan mengalami pertumbuhan 4.2% pada tahun 2012.

 

Sektor kecil Perkhidmatan lain dianggarkan mengalami pertumbuhan 4.3%

 

 

SEKTOR PEMBUATAN

 

Secara keseluruhan nilai ditambah Sektor Perindustrian dianggarkan menyumbang sebanyak 39.9%  kepada KDNK negeri Selangor pada tahun 2012 dan merupakan penyumbang kedua terbesar terhadap pecahan pendapatan negeri.

 

Sektor ini  diunjurkan  mengalami peningkatan nilai ditambah sebanyak 5.6% yang disumbangkan oleh peningkatan  4.1% nilai ditambah sektor pembuatan.

 

Industri pembuatan berorientasikan domestik dijangka berkembang seiring sentimen pengguna dan perniagaan yang baik dengan subsektor elektronik dan elektrik dijangka meningkat dengan peningkatan permintaan bagi kelengkapan elektronik dan semikonduktor.

 

Peningkatan permintaan barangan sumber seperti produk petroleum, kimia, getah dan plastik serta peningkatan pendapatan boleh guna terutama industri kelengkapan pengangkutan dijangka menyokong pertumbuhan sektor pembuatan terus meningkat.

 

PRESTASI SEKTOR PELABURAN BAGI TAHUN 2008 HINGGA OGOS 2012

 

Sejak Kerajaan Pakatan Rakyat menerajui negeri Selangor, prestasi pelaburan Negeri Selangor bagi tempoh 2008 hingga Ogos 2012 adalah amat cemerlang dimana Selangor mencatatkan jumlah nilai pelaburan tertinggi iaitu sebanyak RM 44.917 bilion daripada 1,338 projek perkilangan yang diluluskan iaitu sebanyak 20% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan di seluruh negeri di Malaysia.

 

Sebanyak RM 20.856 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 24.061 bilion adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 114,978 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

Ini diikuti negeri Sarawak dengan RM 40.653 bilion dengan 170 projek dan Pulau Pinang sebanyak RM 35.383 daripada 564 projek.

Sila rujuk kepada Jadual-1

 

Dari segi status projek, sebanyak 863 adalah projek baru dengan nilai pelaburan sebanyak RM 22.386 bilion dan sebanyak RM 22.531 bilion adalah daripada projek pembesaran dan pengembangan pelaburan.

Sila rujuk kepada Jadual-2 & Jadual-3

 

PRESTASI SEKTOR PELABURAN BAGI TAHUN 2012

 

Bagi tempoh Januari hingga Ogos 2012, sebanyak 170 projek perkilangan telah diluluskan di negeri Selangor dengan nilai pelaburan bernilai RM 6.903 bilion.

 

Daripada jumlah keseluruhan modal pelaburan yang diluluskan di Malaysia iaitu sebanyak RM 29.786 bilion, sebanyak RM 6.903 bilion (23.18%) daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan oleh MITI/MIDA di Malaysia adalah di Negeri Selangor.

 

Selangor mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi antara negeri-negeri lain, dengan RM 6.903 bilion diikuti Sabah yang mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 4.840 bilion daripada 22 projek dan Sarawak sebanyak 4.635 bilion daripada 20 projek yang diluluskan.

 

Daripada jumlah modal pelaburan yang diluluskan di Selangor, sebanyak RM 5.237 bilion adalah daripada pelabur tempatan dan sebanyak RM 1.665 bilion adalah daripada pelaburan asing. Sebanyak 14,630 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

Dari segi status projek yang diluluskan, sebanyak 101 projek merupakan projek baru dengan nilai pelaburan berjumlah RM 4.112 bilion (60%). Sebanyak 69 projek merupakan projek penambahan/pengembangan pelaburan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.792 bilion (40%). Daripada jumlah ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi pelaburan di negeri Selangor dan masih berkeyakinan dengan senario pelaburan semasa dan dasar pelaburan yang berkonsepkan Mesra Pelabur yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Industri.

 

Industri Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan RM 2.762 bilion daripada 29 projek. Ini diikuti Industri Pembuatan Pembuatan Makanan sebanyak RM 1.002 bilion daripada 14 projek dan Industri Pembuatan Barangan Logam Asas sebanyak RM 729 juta daripada 12 projek yang diluluskan.

 

Dari segi peluang pekerjaan yang diwujudkan, Pembuatan Barangan Kelengkapan Kenderaan mencatatkan potensi peluang pekerjaan yang tinggi sebanyak 4,049 peluang pekerjaan, diikuti Industri Pembuatan Pembuatan Mesin dan Peralatan sebanyak 1,603 potensi peluang pekerjaan dan industri pembuatan makanan sebanyak 1,136 potensi peluang pekerjaan.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Penyertaan Pelabur Asing.

 

Pelabur daripada Switzerland merupakan pelabur utama dengan nilai pelaburan berjumlah RM 257 juta dengan 2 projek, diikuti pelabur daripada Singapura sebanyak RM 237 juta dengan 13 projek dan pelabur daripada Thailand sebanyak 226 juta dengan 5 projek.

 

Prestasi Pelaburan Mengikut Daerah

 

Daerah Hulu Selangor mencatat jumlah pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan RM 2.129 bilion dengan 3 projek. Ini diikuti Daerah Petaling dengan RM 952 juta dengan 38 projek dan diikuti Daerah Klang dengan RM 834 juta daripada 19 projek.

 

Permohonan Kelulusan Penempatan Projek

 

Bagi tempoh Januari hingga November 2012, sebanyak 119 projek telah diluluskan dengan nilai pelaburan berjumlah RM 2.984 bilion.

 

Daripada jumlah ini sebanyak RM 2.309 bilion adalah daripada pelaburan tempatan dan sebanyak RM 674 juta daripada pelaburan asing. Sebanyak 11,188 potensi peluang pekerjaan telah diwujudkan.

 

 

LANGKAH MENINGKATKAN PERTUMBUHAN SEKTOR PELABURAN TERUTAMA DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN.

 

Usaha bagi meningkatkan pertumbuhan sektor pelaburan akan diteruskan bagi tahun 2013 dengan penekanan kepada usaha-usaha untuk menggalakkan penambahan pelaburan sedia ada disamping menarik pelabur-pelabur baru.

 

Tiga (3) matlamat utama yang telah digariskan untuk dicapai iaitu;-

  • meningkatkan nilai pelaburan Negeri Selangor di samping menjadikan Selangor sebagai pusat pelaburan, perindustrian dan perdagangan yang kondusif dan strategik,
  • kedua untuk menggalakkan pertumbuhan industri baru dan berteknologi tinggi seperti Green Technology Industry seperti solar  dan renewable energy,  aviation dan
  • menggalakkan pertumbuhan sektor perkhidmatan seperti:-
  • Regional Establishment
    • Operational Headquarters (OHQs)
    • International Procurement Centres (IPCs)
    • Regional Distribution Centres (RDCs)
    • Regional/Representatives Offices (ROs/REs)
    • Global Operations Hub

 

  • Support Services
    • Renewable Energy
    • Integrated Logistics Services (ILS)
    • International Integrated Logistic Services (IILS)
    • Research and Development (R&D)
    • Integrated Market Support Services (IMS)

 

  • MSC Status Companies
  • Real Estate (Housing)
  • Financial Services
  • Hotels & Tourism
  • Education Services
  • Health Services

 

DASAR-DASAR UNTUK MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN INDUSTRI BERASASKAN TEKNOLOGI HIJAU.

Kerajaan Pusat telah memperkenalkan pelbagai insentif fiskal bagi syarikat-syarikat yang menjana elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Diperbaharu atau Renewable Energy (RE) dan syarikat-syarikat mengamalkan aktiviti-aktiviti penjimatan tenaga Energy Efficiency (EE) dimana mereka layak diberi Pengecualian Cukai Pelaburan (Investment Tax Allowance) dan Status Perintis (Pioneer Status)

 

Syarikat-syarikat ini juga boleh memohon untuk mendapatkan pengecualian duti import dan cukai jualan untuk tempoh setahun bagi mesin, peralatan, material dan alat ganti import yang digunakan secara terus dalam penjanaan tenaga elektrik daripada sumber RE dan dan aktiviti EE. Insentif-insentif ini telah ditambah baik di bawah Bajet 2009 dimana pengecualian boleh diberikan bagi:

i.             Duti import dan cukai jualan untuk peralatan sistem solar untuk kegunaan pihak ketiga diberi kepada pengimport termasuk penyedia perkhidmatan photovoltaic yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST);

 

ii.             Pengecualian cukai jualan untuk pembelian peralatan sistem pemanas solar daripada pengilang tempatan;

 

iii.             Pengecualian duti import dan cukai jualan diberi ke atas peralatan EE seperti motor cekap tenaga (high efficiency motors) dan bahan penebat (insulation material) diberi kepada pengimport termasuk agen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga.

 

iv.             Pengecualian cukai jualan diberi kepada pembelian Electrical & Electronic consumer goods (dengan izin) yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga seperti bahan penebat, peti sejuk domestik, Ballast untuk lampu fluorescent, kipas domestic, lampu dan penyaman udara

Pengelasan industri teknologi hijau adalah seperti berikut;-

i)     Sektor Tenaga

  • Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

 

  • Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.

 

ii) Sektor Bangunan

  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan

 

iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

  • Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

 

iv) Sektor Pengangkutan

  • Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan   kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

 

Sumber:  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

 

Bagi tahun 2008 sehingga 2012 sebanyak 11 projek perkilangan yang melibatkan prrojek dalam industri hijau telah diluluskan oleh MIDA di Negeri Selangor.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme