Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen Kementerian Luar Negeri Terhadap Perbahasan Parlimen Saya Pada 24 Okt 2012

Posted on Friday, 02-11-2012Friday, 02-11-2012 by Teresa Kok's Office

PERBAHASAN BAJET 2013

PERINGKAT KAWATANKUASA

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

—————————————————————————————-

 JAWAPAN BERTULIS KEPADA YB SEPUTEH

Kementerian Luar Negeri mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih kepada kenyataan dan cadangan yang diberikan.

 

Isu Tindakan Wisma Putra Memanggil Duta Asing

Pejabat-pejabat Kedutaan Asing di Malaysia mempunyai peranan yang amat penting dalam menjalinkan hubungan baik antara negara masing-masing dengan kerajaan Malaysia.

Dalam hubungan ini, adalah penting bagi Kedutaan-Kedutaan asing ini menghormati sensitiviti negara hos dan tidak melakukan perbuatan yang boleh disalah tafsir sebagai mencampuri urusan dalaman Negara.

Tindakan memanggil duta asing adalah tindakan diplomatik yang lazim diamalkan bagi mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara atau isu.

 

Isu Penyertaan Diplomat Singapuri Dalam Bersih 3.0

Isu penyertaan tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi Singapura dalam perhimpunan bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 38 April 2012 telah menarik perhatian umum, baik di Malaysia mahupun di Singapura. Namun demikian, dengan terjalinnya hubungan dua-hala yang kian berkembang hasil dripada pelbagai inisiaif yang diterajui oleh kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Perdana Menteri Singapura, isu tersebut telah berjaya ditangani dengan baik menerusi perbincangan-perbincangan yang telah diadakan di antara YB Menteri Luar Negeri dengan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura.

Tindakan yang diambil oleh Malaysia pula telah mengambil kira pelbagai factor termasuklah tahap penglibatan mereka, samada mereka hanya hadir sebagai pemerhati setempat sahaja ataupun telah turut serta dalam perarakan.

Sebagai sebuah Negara yang amat menghargai hubungan baik dengan Negara-negara jiran, kerajaan telah mengambil pendekatan terbaik dalam menangani isu ini. Dalam komunikasi antara YB Menteri Luar Negeri dengan Menteri Hal Ehwal Luar Singapura, mereka telah bersetuju untuk terus menggerakkan usaha-usaha konstruktif bagi mempereratkan lagi hubungan dan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura yang semakin rancak terjalin.

 

Isu Peranan ASEAN Dalam Konflik Di Myanmar

ASEAN sentiasa memantau dan memandang berat situasi di Myanmar. Dalam hal ini, Menteri-Menteri Luar ASEAN pada 17 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan bersama berhubung dengan perkembangan terkini di negeri tersebut.

Dalam kenyataan tersebut, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah menyambut baik langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan Myanmar untuk menyelesaikan isu domestik tersebut termasuk kerjasama kerajaan Myanmar dengan agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan bukan kerajaan dalam memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian 28 Mei 2012 dan 2 Jun 2012.

Menteri-Menteri Luar ASEAN juga menyuarakan kesediaan mereka untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan sewajarnya di negeri Rakhine sekiranya menerima permohonan daripada kerajaan Myanmar.

Menteri-Menteri Luar ASEAN juga telah menegaskan betapa pentingnya untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian di antara pelbagai komuniti di Myanmar dalam meneruskan proses pendemokrasian dan reformasi yang sedang dijalankan di Myanmar. Dalam hal ini, Menteri-Menteri Luar ASEAN telah menzahirkan keyakinan dan harapan bahawa Myanmar akan terus konsisten dengan iltizamnya dalam mengekalkan proses pendemokrasian dan reformasi di Myanmar. ASEAN akan berterusan memantau perkembangan di negeri Rakhine, Myanmar dan akan bertindakan dengan sewajarnya.

Malaysia serta Negara-negara anggota ASEAN lain, telah secara berterusan menzahirkan iltizam untuk membantu kerajaan Myanmar dalam menghadapi cabaran-cabaran di Negara tersebut. Malaysia turut memaklumkan kesediaan untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada masyarakat yang terlibat di negeri Rakhine, sekiranya dipohon oleh kerajaan Myanmar.

 

Pendatang Tanpa Izin (PATI) Pemegang Kad UNHCR Khususnya Dari Myanmar

Mengikut UNHCR, sehingga 31 September 2012, terdfapat seramai 98,620 pendatang tanpa izin yang memegang kad UNHCR yang kini berada di Malaysia. Daripada jumlah ini, seramai 90,929 datang daripada Myanmar, dan dari jumlah ini, terdapat seramai 24,655 orang kaum Rohingya yang diberi status pelarian oleh badan UNHCR.

Polisi mengenai ‘pelarian’ adalah digariskan melalui Arahan Majlis Keselamatan No. 23 – mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad UNHCR yang ditandatangani oleg YAB Perdana Menteri pada Oktober 2009.

Ingin dijelaskan di sini bahawa anak-anak pelarian UNHCR tidak disekat untuk mendapat kemudahan pelajaran di sekolah-sekolah komuniti yang dikendalikan oleh UNHCR dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan.

Berkenaan akses kepada pekerjaan pula, sememangnya pemegang kad UNHCR adalah tidak dibenarkan untuk bekerja. Ini adalah untuk mengelakkan ia daripada menjadi ‘faktor penarik’ dan dianggap sebagai lessen mudah untuk mencari pekerjaan di Malaysia; dibandingkan dengan mereka yang perlu melalui prosedur ketat bagi mendapat permit kerja. Di samping itu, peraturan ini adalah bagi mempastikan pemegang kad UNHCR tidak mengambil kesempatan daripada kemudahan ini untuk terus menetap di Malaysia yang boleh mendedahkan Negara keapda ancaman risiko keselamatan dan masalah social.

Seterusnya mengenai tiadanya tindakan yang diambil ke atas pemegang kad UNHCR dari afrika atau mana-mana Negara yang membuat kacau dan melanggar undang-undang Negara ini, dakwaan tersebut adalah tidak tepat. Sesiapan sahaja di Negara ini, samada rakyat Malaysia sendiri ataupun pendatang asing pemegang kad UNHCR yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan dan hukuman sewajarnya menurut undang-undang Negar

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme