Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Peguam Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Diminta Mengambil Pandangan Pelbagai Pihak Dalam Pindaan Undang-undang Berkenaan Rogol Statutori

Posted on Tuesday, 23-10-2012 by Teresa Kok's Office

Kenyataan Akbar Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh di Kuala Lumpur Pada 22 Oktober 2012

Saya merasa kesal tentang kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Padang Renggas yang disiarkan di Sin Chew Jit Poh pada 22 Oktober 2012 yang menyatakan bahawa Pejabat Peguam Negara akan meminda undang-undang berkenaan dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya kesemua orang yang mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun akan dikenakan hukuman penjara minima 5 tahun.

Di sini, saya ingin mempertahankan fasal berkenaan dengan rogol dan rogol statutori di dalam Kanun Keseksaan, kerana pindaan yang dibuat dalam Kanun Keseksaan berkenaan dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan selepas rundingan dengan banyak pihak oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Yang Mengkaji Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah sebelum ia diluluskan pada tahun 2007 di Parlimen. Asas pindaan ini dibuat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas ingin memberi ruang kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman mengikut kebijaksanaan dan mengikut keadaan kes tertentu.

Di sini, saya tidak bersetuju dengan hubungan seks diadakan sebelum perkahwinan dan dengan gadis bawah umur 16 tahun, tetapi apabila kita menggubal undang-undang, kita harus melihat kes-kes rogol statutori daripada sudut yang lebih menyeluruh.

Saya mengalu-alukan pengumuman YB Dato’ Seri Nazri, Menteri di JPM yang bercadang ingin meminda undang-undang supaya Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dilarang daripada digunapakai dalam kes yang berkaitan dengan kes rogol statutori. Sehubungan dengan itu, saya juga bersetuju dengan pandangan YB Menteri untuk mengadakan majlis penyelarasan hukuman (sentencing council) sebagaimana dicadangkan oleh YB Nurul lzzah dan Majlis Peguam Negara.

Walau bagaimanapun, cadangan YB Menteri untuk mengembalikan hukuman penjara minima 5 tahun ke atas kes rogol statutori tanpa mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak adalah terlalu tergesa-gesa dan tidak munasabah, kerana ia hanya menunjukkan Peguam Negara dan kerajaan menggubal atau meminda undang-undang tanpa penelitian yang terperinci.

Saya menyeru YB Dato’ Seri Nazri boleh merujuk kepada pandangan yang diluahkan oleh Majlis Peguam Malaysia dan bekas Ketua Hakim Negara Tan Sri Zaki Azmi yang menyeru pihak kerajaan supaya memberi kuasa lebih luas kepada hakim untuk memutuskan kes yang melibatkan rogol statutori, kerana setiap kes rogol statutori adalah berbeza keadaannya.

Mengikut laporan The Malaysian Insider pada 16 Oktober 2012,  Tan Sri Zaki berkata, “In a case of an old man raping an underage girl, he deserves to be given a heavy sentence,  which is imprisonment and whipping. There is no question about that. But in a case involving young couples, is the girl not at fault at all? I say that both of them are guilty, and is it fair if only the man is penalized?”

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin meminta pihak Peguam Negara merujuk kepada laporan Perbincangan Meja Bulat Berkenaan Dengan Hak Kanak-kanak (mukasurat 4, Roundtable Discussion: Convention on the Rights of the Child pada 19-20 Januari 2004). Ia mencadangkan memasukkan peruntukan yang sama dengan Seksyen 16(1) Akta Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak ke dalam Akta Kanak-kanak dalam kes berkaitan dengan rogol statutori (to include in the Child Act 2001, a provision similar to section 16(1) of the Women and Girls Protection Act 1973 in relation to child prostitution).

Dalam mukasurat 92 dalam laporan ini, ia berbunyi: dalam kes rogol statutori, adalah dicadangkan memasukkan semula seksyen 16(1) dalam Akta Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak 1973  (for cases of statutory rape, it is recommended that section 16(1) of the Women and Girls Protection Act 1973 be re-inserted into the Child Act).

Seksyen 16 (1) dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang dimansuhkan menyatakan sesiapa yang mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun, ia haruslah dipenjarakan tidak melebihi 5 tahun ataupun dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 ataupun kedua-dua sekali.

Akta yang dimansuhkan tersebut juga mempunyai fasal yang berbunyi “it shall be a sufficient defence to any charge under subsection (1) (l) that the person charged had reasonable cause to believe that the female person was of or above the age of sixteen years.”

Dengan kata lain, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 yang dimansuhkan itu membezakan darjat kesalahan seksual yang merupakan “suka sama suka” ataupun “consensual sex” dengan rogol yang menggunakan paksaan dan menggunakan keganasan.  Akta ini memberi lebih ruang kepada hakim untuk membuat keputusan yang munasabah.

Saya berharap pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara boleh mempertimbangkan  cadangan yang dibentangkan dalam Laporan Suhakam tersebut dan juga pendirian Majlis Peguam Negara dan bekas Ketua Hakim Negara semasa membuat pindaan terhadap seksyen berkenaan dengan rogol dalam Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin minta pihak Kementerian Pelajaran untuk mengadakan pendidikan seks dalam kurikulum sekolah, supaya anak-anak muda kita diberi pendidikan tentang pengetahuan seks dan pengajaran moral selepas mereka masuk ke sekolah menengah, sebagai langkah untuk mengatasi masalah hubungan sulit di antara belia di sekolah yang semakin meningkat.

Tresa Kok

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme