Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Lisan Parlimen Berkenaan Rogol Statutori Pada 25 Sept 2012

Posted on Monday, 01-10-2012Wednesday, 10-10-2012 by Teresa Kok's Office

PERTANYAAN       :           JAWAB LISAN

DARIPADA              :           YB TUAN LIANG TECK MENG [SIMPANG RENGGAM]

TARIKH                    :           24 SEPTEMBER 2012 (ISNIN)

 

SOALAN :

YB Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam] minta Perdana Menteri menyatakan berapa orangkah yang terlibat di dalam kes rogol gadis bawah umur yang telah dihukum penjara bagi sepuluh tahun yang lalu.

 

 

JAWAPAN :

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]:

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

saya mohon menjawab soalan ini bersekali dengan dua lagi soalan iaitu soalan nombor 27 oleh Yang Berhormat Rasah pada hari ini dan soalan nombor 17 oleh Yang Berhormat Bukit Gelugor pada 16 Oktober 2012. Memandangkan soalan-soalan ini adalah berkaitan dengan isu yang sama iaitu isu kesalahan merogol gadis di bawah umur 16 tahun.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, menurut rekod Jabatan Peguam Negara sejak tahun 2007 hingga Ogos 2012, terdapat 5,976 kes yang telah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di bawah kesalahan rogol yang melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun atau rogol statutori dengan izin statutory rape. Bagi tempoh yang sama iaitu sejak tahun 2007 hingga Ogos 2012 terdapat seramai 5,119 orang yang telah dipertuduh dengan kesalahan rogol yang melibatkan gadis di bawah umur 16 tahun.

 

Sebahagian daripada 5,119 orang yang dipertuduh itu, dipertuduh di atas lebih daripada satu kesalahan menjadi jumlah kes sebanyak 5,976. Manakala daripada 5,119 orang yang dipertuduh tersebut, sejumlah 1,631 orang telah disabitkan di atas kesalahan berkenaan. Manakala sebanyak 327 orang telah dilepaskan dan dibebaskan selepas tamat perbicaraan. Sejumlah 446 orang telah dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

 

Tuan Liang Teck Meng [Simpang Renggam]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tanya soalan ini adalah kerana rakyat merasa marah terhadap keputusan mahkamah yang membebaskan dua orang pesalah atas tuduhan rogol gadis bawah umur baru-baru ini. Seorang merupakan pemain bola boling kebangsaan dan seorang adalah juruelektrik. Jadi soalan tambahan saya, apakah tindakan selepas ini yang akan diambil oleh kerajaan terhadap dua orang pesalah ini? Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula akta kes rogol gadis bawah umur supaya dihukum penjara secara mandatory dan tanpa mengira faktor mitigasi. Sekian terima kasih.

 

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz:

Tuan Yang di-Pertua, pertama saya hendak memperbetulkan sedikit iaitu yang kedua-dua orang yang dimaksudkan itu tidak dibebaskan. Mereka sebenarnya dihukum dan diberikan bon for good behavior. Bermakna tetap bersalah. Soal sama ada kita mahu mengkaji semula untuk menjadikan kesalahan ini mandatori. Saya ingin menyatakan di sini bahawa kesalahan itu memang mandatori. Tidak perlu menjadikan lagi kesalahan ini sebagai hukuman iaitu mandatori, dipenjarakan di antara lima dan 20 tahun. Paling kurang lima tahun, paling lama 20 tahun. Jadi sudah tentu kita merasakan iaitu bahawa dalam kes yang pertama Noor Afizal ini sudah pun sampai kepada tahap yang tidak boleh lagi dirayu kerana dia bermula daripada Mahkamah Sesyen, rayu kepada Mahkamah Tinggi. Then, Mahkamah Tinggi rayu kepada Mahkamah Rayuan. Mahkamah Rayuan telah pun membuat keputusan seperti yang kita semua sedia maklum. Akan tetapi dalam kes yang lagi satu itu, ia bermula daripada Mahkamah Sesyen. Sekarang ini pihak Jabatan Peguam Negara merayu kepada Mahkamah Tinggi. Kita sedang tunggu tarikh perbicaraan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi. Dalam hal ini kita tidak boleh buat apa-apa komen kerana kes masih lagi berjalan. Kita sebenarnya dari segi kesalahan ini sememangnya daripada segi undangundangnya sudah pun ketat. Oleh itu, kesalahan ini adalah mandatori. Bermakna tidak boleh tidak. Sesiapa yang didapati bersalah mesti dihukum sekurang-kurangnya lima tahun. Akan tetapi apa yang berlaku di sini ialah mahkamah telah menggunakan seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah iaitu Akta 593 di mana mahkamah telah menggunakan ini dan mahkamah rayuan dalam kes bowler itu sebenarnya Mahkamah Rayuan telah mengenakan bound over dengan bon.

 

Akan tetapi sebenarnya hukuman itu sekurang-kurangnya lima tahun. Bermakna kalau dalam masa lima tahun kalau sekiranya bowler itu melakukan apaapa kesalahan dari segi undang-undang, maka dia secara automatik akan dibicarakan.

 

Puan Nurul Izzah Anwar [Lembah Pantai]:

Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri atas jawapan. Saya menyokong penuh apa yang disebut oleh Yang Berhormat Simpang Renggam tadi. Saya fikir ramai rakyat Malaysia terkejut ya walaupun tidak dibebaskan seperti yang dikatakan Yang

Berhormat Menteri tetapi apa pun jaminan bon selama lima tahun itu tidak mencukupi. Saya ingin bertanya di sini. Yang Berhormat Menteri sebut seksyen 294 dan saya kira tidak perlu untuk mengubah undang-undang tetapi adakah kerajaan bersedia sekurang-kurangnya untuk mewujudkan satu Jawatankuasa Jatuh Hukum, Sentencing Council seperti yang ada di United Kingdom di mana semua hukuman-hukuman ini dapat diselaraskan secara lebih konsisten. Misalan untuk rogol bawah umur 13 tahun, bagi anak gadis 13 tahun, di bawah Sexual Offences Act 2003 di UK itu penalti maksimumnya adalah hukuman penjara sampai mati. Jadi, pada saya adalah usaha utama atau objektif utama kita perkenalkan, memperketat undang-undang ini untuk memastikan gadis-gadis bawah umur akan terselamat, dilindungi. Saya mohon jawapan daripada Menteri.

 

Terima kasih.

 

Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz:

Tuan Yang di-Pertua, beberapa NGO dan juga Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berjumpa dengan saya dan telah menyampaikan beberapa memorandum bantahan terhadap keputusan dalam kes Noor Afizal Azizan ini. Saya telah pun menyampaikan segala memorandum bantahan itu kepada Ketua Hakim Malaysia iaitu Tun Arifin Zakaria. Dalam perjumpaan saya dengan beliau sepertimana Yang Berhormat sebut itu, kita sedang berbincang. Keputusan ini sudah tentu mesti datangnya daripada pihak mahkamah kerana kita

tidak mahu mencampuri urusan mereka. Separation of powers. Dalam peringkat awal, Ketua Hakim telah memberikan pandangan iaitu kemungkinan jawatankuasa seperti yang disebut oleh Yang Berhormat Lembah Pantai itu boleh ditubuhkan kalau sekiranya pihak Eksekutif Kerajaan bersetuju tetapi dia cuma boleh menyelaraskan sentencing. Namun pada kes seperti kes Noor Afizal yang telah pun terlepas, kita tidak boleh revisit hukuman itu dan ia tidak boleh diperbetulkan lagi. It’s beyond us. Ini kerana dalam mahkamah ini dalam soal legal system kita

dengan izin, there must be a finality. Bahayanya kalau kita mempunyai satu jawatankuasa untuk review balik semua hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah-mahkamah, maka ini akan merupakan lagi satu tier diwujudkan dalam soal kehakiman ini di mana ada pula satu jawatankuasa yang dianggap lebih tinggi daripada mahkamah untuk mengkaji semula segala

hukuman yang telah dijatuhkan oleh mana-mana mahkamah. Jadi, bahayanya di situ kita tidak mahu ada lagi satu, another tier of appeal kerana itu akan menjadikan system rayuan kita daripada tiga menjadi empat. Jadi, sebab itu jawatankuasa untuk review keputusan yang telah diturunkan oleh mahkamah, ia tidak boleh diwujudkan tetapi kalau jawatankuasa untuk menyelaras seperti mana Yang Berhormat sebut tadi, itu mungkin kita boleh laksanakan.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme