Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Berkenaan Dengan Isu Pembinaan Perkampungan Pesaraan

Posted on Wednesday, 27-06-2012Wednesday, 27-06-2012 by Teresa Kok's Office

JAWAPAN:

Tuan Yang di-Pertua,

Sumbangan dan hasil titik peluh generasi terdahulu yang kini menjadi warga emas di Negara ini adalah tidak ternilai harganya. Hasil sumbangan dan titik peluh merekalah membolehkan rakyat Malaysia menikmati kesejahteraan hidup dan pembangunan mampan pada masa ini. Justeru, Kerajaan sentiasa memperjuangkan supaya warga emas di Negara ini hidup sihat sejahtera, bermaruah dan mempunyai martabat diri yang tinggi, mengoptimumkan potensi diri, menikmati semua peluang dalam bidang-bidang tertentu yang sesuai seperti golongan lain serta mendapat penjaggan dan perlindungan daripada ahli keluarga dan anggota masyarkat.

Komitmen Kerajaan ini diizinkan melalui Darsa Warga Emas Negara (DWEN) yang telah diluluskan oleh Kerajaan pada 5 Januari 2011 dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara yang merupakan hasil kajian semula Dasar Warga Tua Negara yang digubal pada tahun 1995 dan Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang diguna pakai sejak tahun 1998. DWEN diasaskan kepada pendekatan pembangunan modal insan sepanjang hayat dengan tumpuan kepada aspek persediaan, pencegahan dan pengukuhan selain mengambil kira keperluan mendayaupayakan golongan warga emas. DWEN menggariskan 6 strategi bagi mencapai objektifnya. Salah satu daripada strategi tersebut ialah keselamatan dan perlindungan bagi menyediakan persekitaran yang selamat, kondusif dan mesra warga emas untuk memastikan keselamatan mereka. Antara cadangan program jangka panjang di bawah strategi ini adalah menggalakkan pembinaan perumahan alternatif mesra warga emas yang lengkap dengan perkhidmatan penjagaan berterusan seperti perkampungan pesara (retirement village), system pondok moden dan granny flat.

 

Tuan Yang di-Pertua,

Pada masa kini, telah ada cadangan pembinaan retirement village di Negara ini melalui inisiatif pihak swasta misalnya di Sepang, Selangor dan Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor bagi menggalakkan golongan warga emas hidup di persekitaran yang kondusif dan mesra warga emas di samping memastikan kemudahan penjagaan dan kesihatan diperolehi dengan mudah. Di samping itu, pelbagai kemudahan rekreasi dan juga aktiviti riadah bakal disediakan bagi warga emas yang tinggal di perkampungan pesara tersebut.

Melihat kepada perkembangan ini dan juga bagi memastikan hak golongan warga emas yang menyertai skim sebegini diperlihara, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berpandangan sudah tiba masanya bagi Kerajaan untuk mengkaji kemungkinan mewujudkan akta seumpama Retirement Village Act. Walau bagaimanapun, akta ini akan melibatkan pelbagai kementerian/ agensi Kerajaan seperti Kementerian Tempatan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan. Justeru, KPWKM akan mengadakan sesi konsultasi yang melibatkan kementerian /agensi yang terlibat, pihak swasta, ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili warga emas serta golongan warga emas sendiri dalam mengkaji dan meneliti kemungkinan mewujudkan akta atau peraturan seumpama Retirement Village Act tersebut.

Bagi pihak KPWKM, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Seputeh atas saranan yang dikemukakan kepada pihak Kementerian.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme