Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Terhadap Pertanyaan Lisan Berkenaan Dengan Masalah Kekurangan Pekerja Kilang

Posted on Wednesday, 20-06-2012Wednesday, 20-06-2012 by Teresa Kok's Office

SOALAN NO. 83

 

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN :           LISAN

DARIPADA      :           Y.B. PUAN TERESA KOK SUH SIM

TARIKH            :           20 JUN 2012

 

SOALAN:

Puan Teresa Kok Suh Sim [Seputeh] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan macam mana Kerajaan menangani masalah kekurangan pekerja kilang yang serius yang dihadapi oleh pelabur dan pekilang yang serius yang dihadapi oleh pelabur dan pekilang di Malaysia. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengatasi kekurangan pekerja dalam sektor perkilangan dan sektor perladangan. [PR-1252-L50467]

 

JAWAPAN:

 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pihak Kementerian Sumber Manusia mengambil maklum mengenai masalah kekurangan guna tenaga yang dihadapi oleh pelabur dan majikan-majikan di sektor perkilangan dan perladangan. Justeru itu, pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan untuk memastikan masalah ini dapat diatasi.

2. Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan adalah seperti berikut:-

(i) Menggalakkan majikan meningkatkan penggunaan teknologi dalam proses pengeluaran produk syarikat menggunakan kaedah automasi/ mekanisasi dan mengurangkan penggunaan sistem yang berintensifkan buruh serta member insentif kepada majikan yang ingin menggunakan kaedah-kaedah ini terutamanya di sektor perkilangan;

(ii) Kerajaan turut komited untuk meningkatkan kepakaran pekerja tempatan sedia ada dan memberi latihan kemahiran kepada pelajar-pelajar di institusi kemahiran.  Lepasan institusi ini akan diserap ke dalam industri mengikut sektor-sektor yang berkaitan. Secara tidak langsung ini juga dapat membantu mengurangkan masalah kekurangan gunatenaga di dalam industri di samping meningkatkan jumlah pekerja berkemahiran di dalam industri;

(iii) Mengadakan polisi pembangunan pekerja dengan menyediakan latihan kemahiran dan peluang pembangunan kerjaya kepada pekerja sebagai contoh memberi bantuan pendidikan kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran (Diploma, Ijazah, Sarjana atau Kedoktoran) secara sambilan agar mereka kelak diterima bekerja di sektor-sektor yang memerlukan. Dengan kemahiran baru yang diperolehi melalui latihan berbentuk re-skilling dan up-skilling, ianya akan meningkatkan penawaran tenaga kerja mahir yang diperlukan di dalam bidang-bidang kritikal antaranya bidang biotechnology, renewable energy dan green technology;

(iv) Menganjurkan Skim Perantisan dengan menyediakan latihan kemahiran kepada lepasan sekolah yang tercicir (drop out) di dalam industri-industri kritikal yang memerlukan tenaga kerja yang sekaligus akan meningkatkan penawaran tenaga kerja berkemahiran negara serta menjimatkan kos operasi majikan untuk melatih pekerja baru yang diambil bekerja. Antara Skim Perantisan yang ditawarkan adalah Skim Perantisan Mekatronik, Industri Perhotelan dan Plastic Injection Moulding;

(v) Menggalakkan pelaburan dalam teknologi tinggi (high technology) dan berintensifkan modal;

(vi) Di sektor perladangan, Kerajaan menggalakkan penggunaan teknologi automosi seperti mesin cantas, mesin pelbagai fungsi seperti mesin beluga yang boleh dikendalikan di tanah gambut, alat pembungkusan secara mekanikal dan struktur jaring kalis seranggan untuk aktiviti pembungkusan buah di lading kelapa sawit;

(vii) Kerajaan menggalakkan syarikat-syarikat perladangan memberi kenaikkan pendapatan kepada pekerja lading mereka melalui pemberian insentif tambahan sebanyak RM200.00 sebulan mulai 1 Julai 2011;

(viii) Melaksanakan gaji minima bagi setiap sektor iaitu RM900 bagi Semanjung Malaysia dan RM800 bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bertujuan meningkatkan pendapatan rakyat dan menarik minat pekerja tempatan untuk bekerja di sektor-sektor utama seperti perkilangan dan perladangan;

(ix) Menggalakkan pengambilan gunatenaga daripada golongan suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang boleh bekerja secara separa masa dan memperbanyakkan program homeworking;

(x) Menggalakkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) di tempat-tempat di mana ramai tenaga kerja yang boleh didaftar dan ditemuduga oleh majikan-majikan yang menyertai program 3P. Majikan juga diminta untuk sentiasa melaporkan kekosongan jawatan kepada Jabatan Tenaga Kerja bagi membolehkan pencari-pencari kerja tempatan yang berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja mengisi kekosongan tersebut;

(xi) Penubuhan Pusat Asuhan Kanak-Kanak (PAKK) bagi memberi peluang kepada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil keluar bekerja di sektor perkilangan dan perladangan dan anak diletakkan untuk dijaga di PAKK;

(xii) Bagi mengekalkan kualiti dan produktiviti selaras dengan pelaksanaan automasi, syarikat digalakkan memperkenal dan melaksanakan skim latihan bagi meningkatkan tahap kecekapan dan melahirkan pekerja yang mempunyai kepakaran seterusnya menjadi aset penting kepada syarikat; dan

(xiii) Menempatkan industri pembuatan dan perkilangan di kawasan-kawasan luar bandar bagi memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan berhampiran untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan;

Tuan Yang di-Pertua,

3. Melalui usaha dan pelbagai program beterusan ini, Kerajaan berharap masalah kekurangan gunatenaga yang dihadapi oleh majikan di sektor perkilangan dan perladangan dapat diatasi terutamanya dengan penyertaan rakyat tempatan mengisi kekosongan pekerjaan di negara ini.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme