PERTAYAAN: LISAN
DARIPADA: Y.B.DATO’ KAMARUDIN BIN JAAFAR
KAWASAN: TUMPAT
TARIKH: 20.03.2007(SELASA)
SOALAN:
YB DATO’ KAMARUDIN BIN JAAFAR (TUMPAT) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan apakah keduduk perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dengan Amerika Syarikat sekarang.
JAWAPAN:
Tan Sri Yang Di pertua,
1. Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, persetujuan untuk mengadakan rundingan FTA dengan pihak Amerika Syarikat, telah diputuskan oleh Jemaah Menteri, pada 30 November 2005. Keputusan ini memberi mandat kepada semua Kementerian, dan agensi, yang terlibat, untuk merundingi isu-isu yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing. Jemaah Menteri juga memutuskan supaya Kementerian Perdagangan Atarabangsa dan Industri, bertindak sebagai agensi pernyelaras, kepada proses rundingan ini.
2. Perjanjian yang dirundingi mengandungi 3 aaspek iaitu:
i) liberallsasi atau pembukaan pasara di Amerika Syarikat, dan di Malaysia, untuk perdagangan barangan dan perkhimatan;
ii) fasilitasi perdagangan dan pelaburan;
iii) kerjasama ekonomi dan bina upaya.
3. Dalam liberalisaasi perdagangan barangan dan perkhidmatan, Malaysia dan
Amerika Syarikat menyenaraikan produk-produk dan perkhimatan, yang masing-masing ingin dibukakan kepada syarikat-syarikat domestic.
4. Malaysia telah mengemukakan senarai 600 produk yang hendak dirundingkan,
bagi memasuki pasaran Amerika Syarikat, dengan diberi layanan istimewa, seperti tanpa apa-apa tarif, atau cukai import, di Amerika Syarikat.
5. Kategori-kategori produk yang dikemukakan oleh Malaysiaialah:
• Tekstil dan pakaian;
• Kimia dan barangan kimia,;
• Barangan getah;
• Barangan perkayuan (termasuk papan lapis dan veneer);
• Seramik (termasuk perkakas meja);
• Besi dan keluli;
• Elektrik dan elektronik.
6. Dalam sector perkhimatan pula, Malaysia telah memgemukakan senarai untuk pembukaan pasaran di Amerika Syarikat yang meliputi sector:
i) perakaunan;
ii) pengajian tinggi;
iii) pelancongan.
Malaysia juga telah mngemukakan rangkakerja bagi, dengan izin, Metual Recognition Agreement, Yang meliputi:
• pengiktirafan kelayakan dan pengalaman;
• aktreditasi institusi pendidikan serta program akademik.
Ini akan memudakan para professional Malaysia, untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat.
7. Bagi fasilitasi perdagangan dan pelaburan, perkara-perkara yang disenaraikan, untuk dirundingkan, adalah termasuk:
i) proses dan prosidur eksport;
ii) proses dan amalan dan peraturan kastam;
iii) penentuan standard;
iv) unsurunsur sanitari dan firtosanitari seperti:
– pengiktirafan system sanitari dan fitosanitari.
– pengimportan daging lembu dari Amerika Syarikat;
– pelabelan produk-produk Genetically Modified Food.
8. Untuk Aspek kerjasama ekonomi dan bina upaya, Malaysia telah mengemukakan senaral untuk dipertimbangkan oleh Amerika Syarikat, yang meliputi, antara lain:-
• Binaupaya dalam bidang sanitari dan fitosanitari
• Latihan dalam hal paten dan penguatkuasaan hak harta intelek
• Pengawasan regulatori bagi barang-barang bioteknologi.
• Latihan dalam pengurusan risiko kastam (risk management)
• Kerjasama teknikal dalam keselamatan rangkaian telekomunikasi;
• Pembangunan industri kecil dan sederhana.
• Prosedur dan kelulusan dan piawaian Food and Drug Authority Amerika Syarikat.
Tan Sri Yang Di Pertua,
9. Proses rundingan melibatkan 10 buah Kementerian dan agensi, yang bertanggungjawab untuk merundingkan sendiri, semua isu-isu di bawah bidangkuasa masing-masing, iaitu seperti berikut:-
ISU KEMENTERIAN
i) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
-Perlindungan Hak Harta Intelek
-Keahlian antarabangsa
-Pemberian lessen wajib
-pelanjutan masa hak cipta
-paten tumbuhan dan haiwan
-Cakera optic Penguatkuasaan hak harta intelek
-Dasar Persaingan
ii) Kementerian Kewangan
-Perolehan kerajaan
-perkhimatan Kewangan
-Kastam
iii) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
-Pertanian
• Pengecualian beras dan penurunan duti
• Pelaksanaan kuota kadar tariff
• Halangan bukan tariff
-Sanitari dan Faitosanitari
• Pensijilan Halal
• Pengiktirafan system sanitari dan faitosanitari
• Pelabelan Genetically
• Modified Foods
iv) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri
-Akses Pasaran Barangan Industri
-Perkhimatan
-Pelaburan
-Peraturan Tempasal
-Tekstil
-Trade Remedies
-Bina Upaya
v) Kementerian Sumber Manusia
-isu buruh khususnya penubuhan kesatuan sekerja elektronik di peringkat kebangsaan
vi) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
-Alam Sekitar
•Mekanisma Penyelesaian pertikainan dan tindakan bersama menangani isu-isu global
vii) Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi
-Telekomunikasi & E-Dagang
-Badan kawalsella
-Pelupusan ekuiti kerjasama
Dalam sysrikat telekomunikasi
-Morotarium tetap ke atas e-dagang
-Penghapusan duti import produk digital
viii) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
-Halangan Teknikal ke atas Perdagangan
ix)Kementerian Kesihatan
-Data Ekslusiviti
-Paten bagi prosedur diagnostik dan pembedahan
iix) Jabatan Peguam Negara
-Isu-isu Perudangan
-Penyertaan awam dalam penetapan peraturan-peraturan teknikal
-Pengiktirafan standard Malaysia oleh Amerika Syarikat
10. Rudingan dijalankan dalam 19 kumpulan rundingan yang diketuai oleh kementerian, dan agensi, yang berkaitan. Setakat ini, sebanyak lima pusingan rudingan telah diadaka. 5 laporan hasil rundingan telah dibentangkan untuk mekluman, dan pertimbangan, Jemaah Menteri. Satu sesi taklimat dan perbincangan khas yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, juga telah diadakan, untuk menghalusi pendirian Malaysia, tentang setiap isu, dan untuk memberi arahan, dan panduan, kepada setiap kementerian, dan agensi, tentang pendirian negara tentang mana-mana isu. Sesi ini telah dihadiri oleh Menteri-Menteri Kabinet, Timbalan-Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian.
Tan Sri Yang Dipertua,
11. Dalam Proses rudingan mana-mana FTA duahala, ada beberapa perkara asas, yang tidak boleh ditolak ansur, atau dengan izin “Non Negotiable”bagi Malaysia Perkara-perkara tersebut ialah: –
•Dasar dan peraturan yang melibatkan Dasar Ekonomi Baru dan agenda Bumiputera
.
• Kuasa Kerajaan atau dengan izin “Sovereign right” untuk merumus dan melaksanakan dasar-dasar tertentu Negara, untuk kepentingan rakyat dan Negara.
• Apa juga perkara-perkara yang Kerajaan berhak untuk melaksanakan, yang selaras dengan peraturan pelbagaihala, seperti dalam WTO, untuk tujuan-tujuan tertentu, seperti objektif sosio ekonomi.
12. Berasaskan kepada perkara-perkara asas yang tidak akan ditolak ansur ini, maka, setiap kementerian dan agensi diberi mandat, untuk merundingkan isu-isu di bawah kawalan mereka, sehingga tercapao persetujuan dua belah pihak, yang akan memberi faedah kepada negara.
13. Seperti juga rundingan mana-mana FTA duahala, dengan Negara-negara lain, Malaysia akan sentiasa memastikan, FTA dengan Amerika Syarikat, akan memberi faedah kepada Negara, terutama kepada syarikat-syarikat di Malaysia, yang mahu mendapatkan lebih pasaran di Amerika Syarikat.
14. Dalam proses rundingan, kementerian-kementerian yang berkenaan, setiasa mendapat input, dan panduan, daripaa sector swasta, khususnya sector-sektor industri dan busnes, yang secara langsung ada kaitan, dengan pembukaan pasaran, penurunan tariff, di Amerika Syarikat.
15. Semua input yang diterima oleh Kementerian dan agensi-agensi akan menjadi asas kepada permintaan Malaysia terhadap Amerika Syarikat, dan juga asas, kepada apa-apa pendirian Negara, kepada mana-mana permitaan Amerika Syarikat kepada Malaysia, terutamanya dalam konteks pembukaan pasaran, di Malaysia. Contohnya, Persatuan-persatuan industri dan perdagangan akan memberi input terhadap sejauh mana pasaran untuk sesuatu produk, atau perkhidmatan, boleh dibuka untuk syarikat-syarikat Amerika Syarikat. Mereka sendiri akan memberi panduan kepada Kerajaan, tentang bila mereka bersedia, untuk menerima saingan, dan setakat mana ekulti asing boleh dibenarkan.
16. Sebaliknya mereka juga akan memberi panduan, tentang sejauhmana mereka ingin meminta, supaya pasaran di Amerika Syarikat, dibuka untuk mereka.
Tan Sri Yang Di Pertuan,
17. Memandangkan liputan perjanjian FTA yang di rundingkan adalah komprehensif, maka setiap isu perlu dibincang dengan teliti, dan setiap Kementerian dan agensi mesti merundingi dengan bijak, supaya tuntutan Malaysia dan pendirian Kementerian dan agensi, dapat dipertimbangkan dengan positif oleh Amerika Syarikat.
18. Setakat ini, rundingan telah sampai ke peringkat teknikal, dan laporan-laporan yang diberi oleh Kementerian-kementerian dan agensi-agensi menunjukkan, bahawa, terdapat tuntutan-tuntutan Amerika Syarikat yang memang boleh diberi pertimbangan, seperti permintaan-permintaan untuk memudahkan perjalanan perdagangan, dan proses kastam.
19. Di sebaliknya, ada permintaan-permintaan yang tidak boleh dipertimbangkan, kerana bercanggah dengan dasar-dasar sediaadam, atau pun melebih apa yang Malaysia telah tawarkan dalam rundingan WTO, atau dalam perjanjian AFTA atau Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas Asean.
20. Ada pula permintaan-permintaan yang boleh dirundingkan, dengan mengemukakan opsyen-opsyen lain, atau dengan cadangan-cadangan baias tertentu oleh Malaysia.
21. Begitu juga, ada permintaan-permintaan Malaysia yang boleh dipertimbangkan oleh Amerika Syarikat, dan ada yang tidak dapat dipersetujukan oleh mereka, kerana sebab-sebab tertentu.
22. Maka sekarang rundungan tertumpu kepada isu-isu yang tidak mendapat tentangan, samada daripada Malaysia, atau Amerika Syarikat, tetapi yang boleh dibincang dan dirundingi, seterusnya. Kedu-dua pihak telah bersetuju untuk berunding dengan semangat mencapai persetujuan yang memuaskan kedua-dua pihak, serta dengan kesediaan untuk mencari fleksibiliti di mana wajar, dan memahami sensitivity dan kedudukan, masing-masing.
Tan Sri Yang Dipertua,
23. Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan pasaran eksport terbesar bagi Malaysia. Pada tahun 2006, nilai perdagangan duahala telah mencapai RM 170.8 billon, atau 16 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia. Eksport ke Amerika Syarikat pula berjumlah RM 110.6 billon, atau 18.8 peratus dari jumlah eksport Malaysia. Dari segi pelaburan pula, Amerika Syarikat merupakan sumber pelaburan asing yang terbesar bagi Malaysia, ke dalam sector perkilangan, antara tahun 2000-2006, dengan nilai pelaburan berjumlah RM 24.4 bilion, atau US$ 6.5 bilion. Dalam tahun 2006, pelaburan dari Amerika Syarikat berjumlah RM 2.5 bilion.
24. Dari segi pembukaan pasaran, FTA dengan Amerika Syarikat, akan memberi faedah kepada Negara, melalui penurunan dan penghapusan duti import terhadap beberapa barangan eksport Malaysia, di pasaran Amerika Syarikat. Seperti yang dinyatakan, Malaysia telah menyenaraikan sebanyak 600 produk daripada pelbagai sector, untuk dirundingkan pernurunan dan penghapusan duti import oleh Amerika Syarikat.
25. Produk-produk tersebut mempunyai kadar duti import di Amerika Syarikat yang masih tinggi, contohnya:
Produk Kadar Duti Import Amerika Syarikat
• Kasut – Antara 5 – 48 %
• Seramik – Antara 5-28 %
• Elektrikal dan elektronil – Antara 5 – 15 %
• Besi dan keluli – Antara 5 – 12.5 %
• Perkayuan – Antara 5 – 10.7%
• Getah – Antara 5 – 8%
• Kimia dan banrangan kimit –Antara 5 – 6.5%
• Plstik – Anatara 5 – 6.5%
26. Untuk sector barangan tekstil khusunya, kadar duti import di Amerika Syarikat adalah di antara 16 tahun hingga 32 peratus, jika, melalui FTA, Amerika Syarikat menurunkan atau menghapuskan, duti import untuk eksport barangan tekstil dari Malaysia, maka eksport-eksport tersebut akan lebih kempetitif, berbanding dengan produk-produk yang sama dari negara-negara lain yang berasing dengan Malaysia, yang akan masih dikenakan duti import yang tinggi itu.
27. Produk-produk Malaysia, akan mendapat bahagian pasaran yang lebih, dan dianggarkan, pada tahap kapasiti pengeluaran sedia ada, di negara ini, eksport barangan tekstil, akan meningkat tiap-tiap tahun sebanyak 30 peratus. Jika syarikat-syarikat berjaya menambah kapasiti mereka, maka kapasiti eksport akan berlipat ganda. Dengan itu pelaburan akan dapat ditarik ke dalam sector ini, termasuk daripada pelabur asing, yang ingin merebut pasaran baru, yang lebih terbuka, untuk eksport dari Malaysia.
28. Pada tahun 2005, eksport Malysia yang dikenakan cukai/duti import, di Amerika Syarikat, bernilai RM 16.1 bilion. Adalah dianggarkan bahawa, melalui FTA, Amerika Syarikat bakal menghapuskan nilai duti, dalam lingkungan RM 1.0 billion, untuk eksport dari Malaysia. Maka jelas barangan-barangan eksport Malaysia yang terlibat akan lebih kompetitif di pasaran Amerika Syarikat.
29. Dari aspek pelaburan pula, perjanjian ini dijangka akan meningkatkan pelaburan dari Amerika Syarikat. Di samping itu, dengan pembukaan pasaran di Amerika Syarikat, untuk eksport dari Malaysia, pelabur-pelabur asing dari negara-negara lain juga, akan lebih berminat untuk melabur di Malaysia, bagi menikmati peluang baru pasaran di Amerika Syarikat, kerana dapat memanfaatkan peraturan tempasal, seperti kandungan tempatan, apabila beroperasi di Malaysia.
30. Selain daripada aspek perdagangan dan pelaburan, penjanjian ini akan meningkatkan kerjasama ekonomi duahala, dan bina upaya, dalam pelbagai bidang. Ini termasuk:
• pembangunan dan pematuhan standard;
• memperkukukan sistem tadbiran hak harta intelek;
• prosedur kastaml
• perdangangan elektronik;
• pembangunan enterprise kecil dan sederhana ( SME ); dan
• aspek-aspek sanitari dan faitosanitari, seperti untuk produk-produk pertanian.
Tan Sri Yang Dipertua,
31. Bagi menjaga kepentingan negara, Kerajaan akan sentiasa memastikan beberapa perkara diambil kira, dalam proses perundingan antaranya:-
1.liberalisasi dalam sector barangan dan perkhidmatan Malaysia dilakukan secara beransur-ansur, dengan izin secara “progresive”, mengikut kemampuan industri-industri tempatan, untuk bersaing;.
2.penghapusan atau penurunan duti bagi barangan-barangan sensitive akan dibuat melaui jangkamasa yang lebih panjang, dan dengan flesibiliti tertentu;
3.peruntukan langkah-langkah pelindung, dengan izin “safeguard measures” diadakan, bagi melindungi industri tempatan daripada terjejas, kesan daripada kemasukan import yang mendadak.
Tan Sri Yang Di Pertua,
32. Malaysia akan sentiasa membuat keputusan berdasarkan kepengtingan negara, dan tidak langsung dikongkong oleh tempoh masa yang telah ditetapkan oleh (degan izin ) Trade Promotion Authority ( TPA ) di Amerika Syarikat, untuk merundingi secara, dengan izin “fast track”m untuk mendatangani perjanjian rundingan seperti dalam WTO, dan mana-mana perjanjian duahala, seperti FTA dengan mana-mana negara termauk Malaysia.
33. Kuasa dalam Trade Promotion Authority ( TPA ) yang sedang berjalan, akan tamat tempohnya, pada penghujung bulan Jun 2007 ini, dan pentadbiran Amerika Syarikat perlu mendapatkan kuasa baru, melalui Trade Promotion Authority ( TPA ) yang baru yang perlu diluluskan oleh Kongress.
34. Pihak Amerika Syarikat, walau bagaimanpun, telah mengesahkan bahawa, rundingan boleh diteruskan, samada dalam WTP, atau pun dalah FTA dengan Malaysia, sungguhpun TPA yang ada sekarang akan tamat pada 30 Jun 2007.
Tan Sri Yang Dipertua,
35. Ingin ditegaskan bahawa, tanpa perjanjian perdangangan bebas duahala dengan Amerika Syarikat, adalah dijangka negara akan kehilangan peluang, untuk meningkatkan bahagian eksport di pasaran Amerika Syarikat, serta mempertingkatkan perdagangan duahala.
Juga kita akan kehilangan peluang menarik lebih banyak pelaburan daripada Amerika Syarikat serta dari negara-negara ketiga yang ingin menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan eksport mereka, untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat, yang akan lebih terbuka kepada Malaysia, sekiranya perjanjian FTA di tandantangani.