Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Cawangan Ahli Melayu DAP Kedua Ditubuhkan di Ampang Dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kebangsaan DAP

Posted on Tuesday, 29-09-2009Tuesday, 29-09-2009 by -ec-

27 September 2009 yang lepas adalah Majlis sambutan Hari Raya DAP kebangsaan. Kali ini, ia diadakan di kawasan Ampang dan dianjurkan oleh pasukan ahli Melayu di kawasan DUN Jenice Lee, ADUN DAP di Teratai.

Saya amat teruja terhadap pasukan pemuda Melayu ini, saya pernah bermesyuarat bersama dengan mereka pada minggu lepas, mereka amat komited untuk menjayakan majlis rumah terbuka ini sehingga mereka mengurangkan cuti Hari Raya di kampong mereka.

DSC05138 small
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan ADUN Teratai Jenice Lee menyambut kemasukan ahli Melayu baru di kawasan DUN Teratai. Cawangan ini dinamakan Cawangan Saga. Ia merupakan cawangan ahli Melayu yang kedua di Selangor

Menteri UMNO di Selangor, Dato Noh Omar pernah berkata bahawa orang Melayu yang masuk ke DAP tidak mengenang jasa. Ha ha, satu lagi kumpulan orang Melayu di Ampang yang tidak mengendahkan UMNO dan menyertai DAP. :-))


DSC05091 small
Inilah gambar “Makcik” Roket di hadapan pintu kemasukan dewan orang ramai 🙂

DSC05094 small
Salah seorang penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang (orang yang ke-4 dari kiri) menghantar cek RM50,000 kepada Teoh Beng Hock Trust Fund kepada YB Ean Yong Hian Wah. Beliau pernah lantang mengkritik pegawai siasatan rasuah SPRM selepas Teoh Beng Hock mati dalam siasatan di Ibu Pejabat SPRM di Shah Alam.

DSC05099 small
Ramai wanita Melayu di Ampang menyertai majlis rumah terbuka DAP.

DSC05100 small
Saya amat terharu untuk melihat wanita Melayu ini meminta borang keahlian DAP sewaktu beliau masuk ke Majlis Hari Raya kami. He he, kalau Noh Omar lihat gambar ini, mungkin beliau akan sakit jantung 🙂

DSC05114 small
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor datang ke rumah terbuka Aidilfitri DAP bersama dengan isterinya Puan Sri Salbiah Tunut. Dari kanan ke kiri: YB Fong Kui Lun, YB Tunku Aziz, YAB Lim Guan Eng, Puan Sri Salbiah Tunut, Tan Sri Khalid, YB Lim Kit Siang, Dr Chen Man Hin, Saya, YB Ronnie Liu.

DSC05160 small
YB Dato’ Hasan Ali, exco PAS di Selangor (duduk di kerusi tengah di antara Kit Siang dan Lim Guan Eng) yang telah banyak “bertukar pandangan” melalui media dengan pemimpin DAP di Selangor juga datang menghadiri majlis rumah terbuka DAP. Beliau datang lewat disebabkan oleh hujan lebat dan kesesakan trafik di Ampang.

DSC05128 small
Dari kiri ke kanan: Saya, Exco PAS YB Iskandar, YB Tunku Aziz, YB Hatta Ramli, YAB Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang.

DSC05150 small
Lim Guang Eng dan saya beri duit raya dan ‘baby rocket’ kepada kanak-kanak di majlis Hari Raya.

57 thoughts on “Cawangan Ahli Melayu DAP Kedua Ditubuhkan di Ampang Dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kebangsaan DAP”

Comments navigation

Older comments
  1. Jebat Malaya says:
    Friday, 09-10-2009 at 16: 06.22

    Sudah terang lagi bersuluh, PAP dan DAP berkait rapat antara satu sama lain, saudara boleh tunjukan pada ambe mana orang melayu singapura yg berjaya dan maju, mungkin ada tapi cuma segelintir, boleh kira pakai jari kut, jadi salahkah ambe dengan bercontohkan singapura?
    Ambe mempunyai ramai sahabat-sahabat melayu dari singapura yang merintih menceritakan bagaimana mereka ditindas.. nak beribadah kena jaga hati bangsa lain, azan tak boleh pakai spker mnganggu bangsa lain, agama islam sama status dengan agama lain, anak-anak boleh pilih agama apa yang mereka suka.. kerana apa? ini semua disebabkan politik orang melayu/islam tak kuat, inikah yang saudara mahu berlaku dimalaysia.
    Wassalam

  2. A true Malaysian says:
    Friday, 09-10-2009 at 21: 33.00

    Apakah yang boleh saya komen lagi jikalau anda sentiasa berwaspada bahawa pandangan orang-orang lain (termasuk kaum Melayu yang dimaksudkan oleh anda) adalah mencabar hak-hak istimewa atau provokasi perasaan orang-orang Melayu? Kalau itu bukan syak wasangka, apa lagi?

    Kalau kaum Melayu begitu senang diprovokkan (saya berpendapat majoriti orang Melayu bukan begitu), ini menunjukkan orang-orang begini senang marah, tidak cukup iman fikiran mereka. Bukankah orang tua kita sentiasa memberitahu kita sentiasa bersabar dan beriman dalam apa sekalipun dalam kehidupan kita semua? Saya harap anda bukan bersifat begitu.

    Sebenarnya anda tidak menjawab komen-komen saya yang saya ingin sangat dapat pandangan anda. Saya salin semula sekali disini supaya anda tidak tercicir kali ini, iaitu :-

    “Saya optimis kawan-kawan Melayu di DAP dapat sampai ke tampuk meminpin DAP pada masa akan datang dan dia orang dapat menonjolkan ciri-ciri Anak Bangsa Malaysia yang diidamkan oleh kita. Bukan itu lebih baik dan sejajar dengan ajaran Islam, Jebat Malaya?”

    dan,

    “Apapun, kalau anda tidak setuju dengan pandangan saya 100%, padahal kita masih duduki di negara yang sama. Kita semua adalah kawan, bukan musuh yang setengah orang harap-harapkan. Yang penting, kita saling tolong-menolong tidak kira warna kulit dan ugama. Boleh tak?”

    Kalau anda tidak ingin memberi pandangan pun tak mengapa. Biarkanlah pembaca-pembaca menilai sendiri sejauh mana komen-komen saya dan anda lebih masuk akal ataupun dapat menerima oleh mereka.

  3. lee wee tak says:
    Tuesday, 13-10-2009 at 03: 39.44

    1 think I want to caution DAP stalwarts is that, among many Chinese community as well as some of the DAP members, due to years of BN rule and indoctrination, have this “them” and “us” attitude with Malays.

    Let’s face it, DAP has largely been dominated by chinese membership hence the habits and style of working could be a bit different from the new Malay members.

    Let’s hope these minor habits, though little things can be adjusted sligthly to accommodate the culture of the new members. It might mean a lot to the newbies.

    e.g. if a minority is in the group, please speak in languages that they understand otherwise the minority by virtue of language could feel excluded etc. Take the time to understand what is considered friendly gestures by Malays e.g. phases like “selamat berpuasa”, “silatulrahim” etc. Hopefully someone is more knowledgeable on these matters than me can contribute

    just a casual observation

  4. lee wee tak says:
    Tuesday, 13-10-2009 at 03: 48.31

    “mana orang melayu singapura yg berjaya dan maju, mungkin ada tapi cuma segelintir, boleh kira pakai jari kut, jadi salahkah ambe dengan bercontohkan singapura?”

    well, let’s here it from another voice.

    http://wangsamajuformalaysia.blogspot.com/2009/09/voice-from-singapore-malay.html

    “Ambe mempunyai ramai sahabat-sahabat melayu dari singapura yang merintih menceritakan bagaimana mereka ditindas.. nak beribadah kena jaga hati bangsa lain, azan tak boleh pakai spker mnganggu bangsa lain, agama islam sama status dengan agama lain, anak-anak boleh pilih agama apa yang mereka suka.. kerana apa? ini semua disebabkan politik orang melayu/islam tak kuat, inikah yang saudara mahu berlaku dimalaysia”

    – this fellow does not understand than other countries have their own sets of objective and values. if Singapore choose to be equal for everyone, it is their right.

    – the empty yelling ramai sahaat-sahabat melayu di singapura blah blah blah could be figment of his imagination

    – if they are eally that oppressed and in great pain, why not the party that sympathise with them, take the initiative to offer Malaysian citizenship to Singapore Malays?

    – if they are really suffering as per what he said, I am sure there are many who happily give up their citizenship of Singapore to come over to Malaysia.

  5. jebat malaya says:
    Tuesday, 13-10-2009 at 22: 36.03

    Pndangan saudara brbeza dgn sy sebab saudara terlalu obses dgn malaysian malaysia laungan dap bukan gitu? momokan liberalisme.. kesamarataan dll..
    Org2 melayu jadi pemimpin dap… kenapa perlu DAP? Ajaran islam mnyuruh kita mnghormati agama lain…tp melarang kita bersama2 dgn org kafir yg mnghina islam (contoh isu2 mnjual arak di selangor) hukum tetap hukum…

    “Apapun, kalau anda tidak setuju dengan pandangan saya 100%, padahal kita masih duduki di negara yang sama. Kita semua adalah kawan, bukan musuh yang setengah orang harap-harapkan. Yang penting, kita saling tolong-menolong tidak kira warna kulit dan ugama. Boleh tak?”

    Semestinya boleh.. kita tak sependapat tp sy tetap rakyat Msia yg wajib menghormati bangsa lain.. selagi ia tidak mnganggu gugat agama, bangsa dan negara sy.. sekian

  6. A true Malaysian says:
    Thursday, 15-10-2009 at 21: 27.21

    Jebat Malaya,

    Tiada sesiapapun yang mengganggu gugat agama, bangsa dan negara kita (bukan anda punya saja). Kalau anda sentiasa waspada, bukan itu syak wasangka, apa lagi?

    Apa salahnya kesamarataan? Bukan itu ajaran Islam kita?

    Apa salahnya menjual arak? Kalau umat Islam yang mahu minum arak, itu kerana dia orang tak kukuh iman, buat apa salahkan orang yang menjual arak? Saya sendiri tidak minum arak walaupun kedai menjual arak ada berdekatan rumah saya.

    Walaupun begitu, saya amat gembira anda kata,”Semestinya boleh.. kita tak sependapat tp sy tetap rakyat Msia yg wajib menghormati bangsa lain.. selagi ia tidak mnganggu gugat agama, bangsa dan negara sy”. Tetapi, lebih elok kalau anda tukar “sy” kepada “kita”, lebih bermakna, bukan?

  7. A true Malaysian says:
    Friday, 16-10-2009 at 08: 01.07

    Jebat Malaya,

    Untuk rujukan anda, ini sebahagian ucapan Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga pemimpin Umno,

    “Di samping saya menegaskan bahawa perkara itu suduhpun cukup termaktub dalam perlembagaan, saya telah sengaja mencabar anak-anak Melayu kita waktu itu dengan mengatakan bahawa orang Melayu harus berasa malu kalau mereka seumur hidup mendapat kedudukan istimewa dalam apa bidang pun semata-mata kerana faktor mereka Melayu.”

    Ini kata-kata yang berasal dari mulut seorang kaum Melayu. Untuk baccan seterusnya, rujuk link ini

    http://malaysiakini.com/news/115180

Comments navigation

Older comments

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Kempen Jom Sihat – Saringan Kesihatan Komuniti Percuma di Pearl Point Shopping Mall (31 Mei 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Dapur Seputeh, Taman Salak Selatan (31 May 2025)
  • Distribution of Rice Dumpling at Happy Garden Morning Market (31 May 2025)
  • Sesi Libat Urus bersama DBKL berkenaan caj tempat letak kereta (TLK) di Kuchai Entrepreneurs Park (KEP)
  • Sembang Santai bersama penduduk wanita di PPR Kg Muhibbah (29 Mei 2025)
  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Pemeriksaan Mata Percuma untuk pelajar B40 anjuran Rotary Club KL Sentral (24 Mei 2025)
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme