27 September 2009 yang lepas adalah Majlis sambutan Hari Raya DAP kebangsaan. Kali ini, ia diadakan di kawasan Ampang dan dianjurkan oleh pasukan ahli Melayu di kawasan DUN Jenice Lee, ADUN DAP di Teratai.
Saya amat teruja terhadap pasukan pemuda Melayu ini, saya pernah bermesyuarat bersama dengan mereka pada minggu lepas, mereka amat komited untuk menjayakan majlis rumah terbuka ini sehingga mereka mengurangkan cuti Hari Raya di kampong mereka.
Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan ADUN Teratai Jenice Lee menyambut kemasukan ahli Melayu baru di kawasan DUN Teratai. Cawangan ini dinamakan Cawangan Saga. Ia merupakan cawangan ahli Melayu yang kedua di Selangor
Menteri UMNO di Selangor, Dato Noh Omar pernah berkata bahawa orang Melayu yang masuk ke DAP tidak mengenang jasa. Ha ha, satu lagi kumpulan orang Melayu di Ampang yang tidak mengendahkan UMNO dan menyertai DAP. :-))
Inilah gambar “Makcik” Roket di hadapan pintu kemasukan dewan orang ramai 🙂
Salah seorang penasihat SPRM, Tan Sri Robert Phang (orang yang ke-4 dari kiri) menghantar cek RM50,000 kepada Teoh Beng Hock Trust Fund kepada YB Ean Yong Hian Wah. Beliau pernah lantang mengkritik pegawai siasatan rasuah SPRM selepas Teoh Beng Hock mati dalam siasatan di Ibu Pejabat SPRM di Shah Alam.
Ramai wanita Melayu di Ampang menyertai majlis rumah terbuka DAP.
Saya amat terharu untuk melihat wanita Melayu ini meminta borang keahlian DAP sewaktu beliau masuk ke Majlis Hari Raya kami. He he, kalau Noh Omar lihat gambar ini, mungkin beliau akan sakit jantung 🙂
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor datang ke rumah terbuka Aidilfitri DAP bersama dengan isterinya Puan Sri Salbiah Tunut. Dari kanan ke kiri: YB Fong Kui Lun, YB Tunku Aziz, YAB Lim Guan Eng, Puan Sri Salbiah Tunut, Tan Sri Khalid, YB Lim Kit Siang, Dr Chen Man Hin, Saya, YB Ronnie Liu.
YB Dato’ Hasan Ali, exco PAS di Selangor (duduk di kerusi tengah di antara Kit Siang dan Lim Guan Eng) yang telah banyak “bertukar pandangan” melalui media dengan pemimpin DAP di Selangor juga datang menghadiri majlis rumah terbuka DAP. Beliau datang lewat disebabkan oleh hujan lebat dan kesesakan trafik di Ampang.
Dari kiri ke kanan: Saya, Exco PAS YB Iskandar, YB Tunku Aziz, YB Hatta Ramli, YAB Lim Guan Eng, Tan Sri Khalid, Lim Kit Siang.
Lim Guang Eng dan saya beri duit raya dan ‘baby rocket’ kepada kanak-kanak di majlis Hari Raya.
Open a DAP cawangan in Shah Alam (death city of Teoh Beng Hock) please. Shah Alam residents wanna help out DAP!
this is the real 1Malaysia and not UMNO’s version of 1Malaysia! Thumbs up to DAP.
congratulation and well done.
Well done DAP. Keep it up! One fine day umno will be kicked out.
Hi Teresa,
I was there at the open house too.
YB Lim Guan Eng ended his speech with a pantun. I didn’t quite get the pantun as there was thunder and stuff. Any idea what it was about?
Hi YB, Pada hari open house saya sekeluarga datang tapi jalan jammed dengan hujan lebat dan orang ramai datang rasa kelam kabut the cari parking kereta. Tapi saya terharu dengan sambutan orang ramai amat menggalakkan…
teresa,
kau ni perlu diajar dgn darah
t.kasih
teresa,
kau ni perlu diajar dgn darah
t.kasih
hanturaya,
apa maksud kau? adakah itu satu ancaman kepada YB Teresa?
Jadi umno ini sememangnya ANTI-melayu. kongsi gelap cina umno tak nak ajar, lawan tapi rakyat umno ini tetap berdegil nak menindas. itu-lah umno.
YB Teresa,
Congratulations!
Khir Toyol must be fuming mad at home. Other UMNO leaders would branded them (Malay DAP members) traitors. Only racist would say that.
Actually Najib should be proud. His ‘1 Malaysia’ concept is accepted by the rakyat as proven above; the acceptance of DAP by the Malays.
The Malays by nature are friendly and helpful people. I had mixed and worked with them since my school days. But … UMNO’s racist policies had poisoned their mind and their perceptions of non Malays.
I was sad I missed a great function. Great Job to my DAP Comrades
Well done to all member of DAP,hope 1 day our state will be the same like selangor
well done dap, hopefully dap will be come the famous party for all malaysians, i am mr hong (ex president of the society of chinese disabled persons, malaysia, AT puchong), i support u yb teresa kok.
kennedy hong
hantu raya elok la hisap darah sampai kering gusi …
YB ..terus kan perjuangan kubur kan terus hantu raya-hantu raya yg dah lama sesat ni..
dear Teresa,
You are a great YB. We love u so much!! We will support u forever
Saya ingin mengucapkan ribuan taniah kepada saudara dan saudari Melayu sekalian yang menaruh harapan pada parti DAP. Sebenarnya, bagi saya, DAP adalah party tulin yang tidak mengira kaum, dan bukan sekadarnya parti Cina yang selalu sengaja digambarkan oleh media arus utama.
Jadi, biar kita semua anak Malaysia sama-sama menjadikan Negara Malaysia yang dibangga semua.
Bagi saya, saya tidak kisah siapa yang menerajui pupuk pimpinan negara, asalkan orang itu menpunyai keupayaan mentakbir negara dengan balik, telus dan adil kepada semua orang.
Saya menaruh harapan pada saudara-saudari Melayu yang menjadi ahli DAP supaya anda semua pada satu hari, dapat peluang menjadi pemimpin negara yang disanjungi semua atas dasar keupayaan diri dan bukan kerana warna kulit yang kita saksi pada masa ini.
Ini adalah penting sebab kalau seseorang itu berada dipucuk pimpinan kerana warna kulitnya dan tidak atas pengetahuan dan keupayaan yang secukupnya, bolehkan seseorang itu membuat kerja dengan baik dan sempurna? Alangkah lebih baik kerja-kerja sedemikian diberi kepada orang-orang yang lebih baik daripada kita sendiri?
Pada masa yang sama, kita sendiri masih boleh menyumbang tenaga dengan membuat kerja-kerja yang kita sendiri fasih. Kerana begitu, meritocracy adalah sangat penting bagi sesuatu institusi dan negara, dan pada masa yang sama, menolong orang-orang yang kurang berupaya.
Syabas sekali lagi kepada anda semua.
Dear YB,
We support you continue to fight for truth and a justice nation. You’re not only a great MP but also the excellent Christian Polotician.
I pray that the Almighty God continue to use you mightily in His Kingdom’s Ministry. Well Done.
Ebenezer. God will help you!
Semuanya sandiwara, orang melayu yg pergi ke DAP adalah bodoh, kelak mereka akan tikam dari belakang sepertimana orang cina menindas orang melayu di Singapura dan terkini pulau pinang.
anakwatan, you’re obviously still living in zaman batu Umno yang racist and selfish. Wake up la noob! Malaysia will definitely be a better place without a group of blind and brainless ppl like u..
Congratz to all members of DAP, well done!
Chill~
Well Done, DAP!! No need scare of any threaten!
Seperti apa yang dikatakan oleh anakwatan. Isu ini pula berlaku di Malaysia. Dalam BN, Umno Kadangkala/ occasionally/ kerap/ akan selalu tikam di belakang MCA and MIC and parti pati lain. sepertimana berlaku insiden UMNO tak nak MIC, UMNO menghancurkan Gambar Khor Su kun.
Inilah SATU “UMNO” Malaysia
Anak watan yang dikasihi,
U yang BOdoh Sebab Cakap Bukan2……
Apa Yang tak puas hati sila cakap …
jangan kat sini cakap bukan2…
DI malaysia tidak berbeza antara sama yang lain.
tak perduli kamu bangsa mana.
kami adalah rakyat malaysia…. jangan cakap pihak mana yang bertindas sesiapa juga@@@
HIdup Pakatan Rakyat@@
Ahli yang setia menyokong **PKR**
syabas untuk semua yang ingin melihat kemakmuran dan keharmonian antara kaum di malaysia dan berjuang tidak mengira kaum dan yang penting sekali ialah KEADILAN DAN KASIH SAYANG SESAMA KITA.
Who say DAP for CHinese only? DAP is for Malaysian Who Love Malaysia. 1Malaysia. CHeer~!
anakwatan ni bb. kerana u ni bb, inilah yang kamu boleh kata. bb memang bb.
anakwatan,
Saya memahami khuatiran kamu akan penindasan yang kamu komen. Adakah anda sudah membuat penyelidikan bahawa orang-orang Melayu in Pulau Pinang dan Singapura ditindas oleh kerajaan masing-masing.
Saya sendiri pun ada berbincang dengan kawan virtual world, seorang bangsa Melayu Singapura yang bernama Alfian Sa’at. Alfian Sa’at menulis satu artikel berkaitan dengan Melayu. Anda boleh membaca sendiri perasaan orang Melayu Singapura tentang keadaan mereka. Sila baca http://theonlinecitizen.com/2009/09/why-the-need-to-be-proud-of-being-a-malay-singaporean/
Mengenai Melayu di Pulau Pinang, adalah baik kamu memberi peluang kepada kerajaan Lim Guan Eng menbuktikan bahawa kerajaannya adakah adil ataupun tidak dengan orang Melayu disana sebelum menuduh yang bukan-bukan atas saudara-saudari Melayu yang menjadi ahli-ahli DAP.
Yang penting adalah sama-sama kita orang Malaysia berkerja-sama mendirikan kepercayaan sesama yang diidami itu. Adakah itu lebih bernas, anakwatan?
Now DAP is no longer the government of Perak, so my hope of getting a quality road and drainage in front of my 36 years old house again remains a hope.
hope for the next election.
Ya, umno mulanya di-bawah mahathir menikam orang Melayu dari belakang. DEB yang sepatutnya menjadi pelindung digunakan untuk menggadai kepentingan orang Melayu. Kita semua tahu umno-lah yang menggadai jiwa dan nyawa orang Melayu.
http://www.malaysiakini.com/v6/link.php?http%3A%2F%2Fblog.limkitsiang.com%2F2009%2F10%2F01%2Fin-the-beginning-he-was-dpm%2F
well done DAP i very proud of U,I watching closely what was happen in MALAYSIA,Although myself in USA.MB TAN KOK WAI will know me.Thank,do the right thing,i will support U here.
on Today at 09: 06.36 (6 hours ago) anakwatan
Semuanya sandiwara, orang melayu yg pergi ke DAP adalah bodoh, kelak mereka akan tikam dari belakang sepertimana orang cina menindas orang melayu di Singapura dan terkini pulau pinang.
REPLY BALIK
————-
P/S
KALAU DISINI ADA APA2 PERKATAAN YANG MENYEBABKAN SESIAPA YANG TIDAK PUAS HATI SILA MINTA MAAF.
DI sini saya hendak 1 soalan kepada anakwatan
———————————————–
kalau pihak bn betul jaga kepentingan rakyat malaysia kenapa di kawasan kampung dan pendalaman semenajung malaysia dan sarawak dan sabah mempunyai ramai orang hidup dalam kemiskinan?????
Tahniah YB.. Majlis yg baik wlaupun hujan.. makan pun sedap..tkasih..
Agak2 berape la budak2 melayu tu dapat ye..50..100sorang? Sy bukan ahli umno..n saya pun ada ms open hse YB haritu..nmpak budak2 melayu tu mcm brlakon je join DAP tu… DAP mmperjuangkn konsep samarata antara kaum bukan.. dah semestinya status hak istimewa org2 melayu kena dihapuskn..bcoz tak adil utk kaum lain.. Rasa2nye ada ke org melayu yg setuju dihapuskan hak mereka bila mnyertai DAP.. Renung2kan la ye kawan2 melayu dan YB..
Hang Jebat,
Hak keistimewaan Melayu adalah termaktub dalam Perlembagaan Negara kita. Ini bermakna, jikalau hak-hak ini hendak dilupuskan, maka ianya mesti didebatkan di Dewan Rakyat dan diluluskan dengan sekurang-kurangnya 2/3 undi kerusi Dewan Rakyat (iaitu 66.666%)
Jikalau kita kaji corak populasi Malaysia, lebih daripada 70% adalah berdiri daripada kaum Melayu. Ini bererti ahli-ahli Parliament kaum Melayu pun juga yang majoriti di Dewan Rakyat.
Jadi, berbanding 70% dengan 66.66%, adalah mustahil bagi Dewan Rakyat meluluskan pelupusan hak-hak keistimewaan kaum Melayu jika tidak ada sokongan daripada ahli-ahli Dewan Rakyat Melayu.
Saya sangat hairan mengapa hak-hak keistimewaan ini dipolitikkan sewenang-wenangnya oleh segelintir orang, khasnya ahli-ahli Umno. Tidak masuk akal langsung kamu komen tentang hal sedemikian kerana kebanyakan orang-orang Melayu tidak seperti yang anda anggap. Dia orang boleh fikir dengan waras dan dapat membuat keputusan mereka sendiri.
Ini namanya Demokrasi Tulin yang patut dipraktikkan.
Hang Jebat,
Kedudukan istimewa Melayu bukan-lah isu. Yang menjadi isu adalah kronisme, korupsi and nepotisme. Nak menghapuskan kedudukan istimewa Melayu bukan-lah senang kerana ianya termaktub dalam Perlembagaan. Lebih senang untuk umno menggadai kepentingan orang Melayu secara halus.
Seperti yang dinyatakan oleh Lee Kuan Yew, kedudukan istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan SINGAPURA (Artikel 152) bukan-lah pedang tetapi perisai. Melayu Singapura telah lama menolak politik umno, sepertimana yang berlaku sewaktu pilihanraya 1963 di mana umno kalah di semua kawasan majoriti Melayu.
This was what I wrote last year over at Lim Kit Siang’s blog …
“Azmi must realise that Singapore was once part of Malaysia. Singapore and Malaysia should have been inseparable. Singapore and Malaysia are “serumpun” by race, culture, geography, history, common legacy, etc. Azmi must realise that when Singapore was in Malaysia, there were at least two racial riots (consecutively) in 1964. Azmi must realise that Enche Othman Wok, Minister of Social Affairs, Negara Singapura, confirmed that these riots were planned, orchestrated, etc. Just like May 13 orchestrated by Razak, Harun Idris and Umno.
Azmi must realise that in the year before in 1963, Umno lost to the PAP in all Malay-majority seats of Southern Islands (Haji Yaacob Mohamed), Kampong Kembangan (Ariff Bin Suradi Mohamed) and Geylang Serai (Haji Rahmat Kenap). The Malays rejected Umno, and supported the PAP as the only correct, right, etc. party providing the correct, right solutions to the problems of the Malays. Umno did nothing, but the PAP delivered all its promises.
Azmi must realise that on the 80th birthday of MM Lee Kuan Yew in 2003, representatives from ALL walks of life were invited to his bash. One of them was a community leader by the name of Enche Ali Montain. Mr. Ali recounted how in the 1960s, Singapore had nothing. But due to the leadership and policies of MM Lee, Singapore had transformed into a First World country. With tears in his eyes, Enche Ali gave his advice to the post-1965 and the younger generation to never ever forget the sacrifices of the founding fathers … You can meet Enche Ali at Pulau Ubin where he remains a community leader.
One more thing … someone like Mr. Ali Montain would never have been invited to any personal *VVIP* functions if he were to be in MALAYSIA.”
kepada hantu raya dan watan…..very2 simple,go to HELL.THAT WILL BE A PERFECT PLACE FOR BOTH OF YOU. kalau hampa dua tak cukup,bawa pi si saiful sekali.sekalung tahniah dan syabas buat ahli2 dap baru keturunan melayu!!!!!teruskan perjuangan,ayuh kita mulakan kejutan dgn merampas bagan pinang.
Tahniah kpd orang2 melayu yng dah celik berpolitik cara baru. jangan takut YB ..ancaman nak rogol orang ka, nak bunuh orang kerja2 bacul orang2 yg dah ketinggalan zaman. Kita sekarang ini sudah tau yg mana itu intan dan yg mana kaca. Jangan ingat media yg di kuasai oleh UBN dapat mengubah pemikiran orang melayu yg menyokong PR. tahniah DAP.
YB Teresa,
Fantastic. This is what 1 Malaysia is about. It is the only way towards a united, prosperous and peaceful country. Show the way to all the other elected representatives.You will face obstacles from small minded selfish and corrupted individuals.Keep going YB Teresa
With more and more Malays becoming DAP members, it is hoped that one day a DAP Malay ADUN will hold the post of Mentri Besar.
I’m disappointed to see phrases like ‘Cawangan Ahli melayu DAP’ or ‘Malay DAP Branch’. A multiracial party should never have racial branches or use such phrasing. What if I’m non-Malay and want to join this branch, will that cause trouble?
Why can’t the headline be, ‘Cawangan DAP Ampang ditubuhkan’ and you have a photo of the founding members – everyone will see they are Malay and infer that its a Malay majority branch.
Are there Indian and Chinese branches in DAP as well? The worse case scenario being 2 racial branches in the same area. I know many people still think along racial lines, but its not right for the party to legitimise that way of thinking by using these phrases.
Ahmed Kamal,
I agree fully you commented. Multiracial, in essence, should be in the form of mindsets and not in physically seen to be multiracial.
Take for example, BN can claim they are ‘multiracial’ in physical form, but in mindset, they are racists since each of the major component parties is representation of Malay, Chinese and Indian.
Political party like DAP, in essence, is a true blue multiracial party although majority of its members are Chinese but they are of multiracial in mindset. The existence of sizable non-Chinese leaders like Karpal Singh, Gobind Singh, Siva, Tunku Aziz, late P Patto, V David and all are proves of its multiracial mindsets.
The fact that DAP is multiracial party is slowly and steadily being accepted by our Malay brothers and sisters here, and this bodes well for DAP, Pakatan Rakyat and Malaysia.
Ahmed Kamal, you are a true Malaysian to me.
Congratulation to YB and Malaysian as a whole. I’d think it is a positive move towards a better future.
But how come it is ‘Cawangan Melayu’? Is it meant as a publicity stunt or is it really a Malay only branch of DAP? Like MCA, UMNO and MIC in BN??
I hope it is just an overlook and not that DAP is pushing for Malay DAP, Chinese DAP, Indian DAP and dll DAP???
I do remember DAP is champion for Malaysian’s Malaysia… So I hope there will be an answer from u.
Thank you and Cheers.
I clarify here that “sizable non-Chinese” leaders do not mean they are there to project “multiracial” image. There are there because of their capability. Meritocracy should be practised in all institutions, at the same time, help out the lesser capable ones, they can still play a role.
Bravo hang jebat….
Saya amat brsetuju dgn pendapat u… wlaupun tidak secara total… tp kalau kita fikir2 ada kebenarannya… cuba kita tngok apa dah jadi dgn spore… dimana org2 melayu sekarang… ekonomi?.. politik?… dan sebentar kita flashback muvee2 p.ramlee dulu2.. ramai org2 melayu brniaga… brseni… jadi org2 besar dlm kerajaan..swasta.. tapi sekarang… dimana org melayu?… ramai ke menteri melayu? adala sekor dua.. tu pun kena tarik hidung…
Perlembagaan malaysia tak boleh di ubah??? kalau dah Dewan rakyat dikuasai oleh org2 yg memperjuangkan hak samarata.. jadi tak mustahil hak2 orang melayu akan dibahas dan dihapuskan.. tak pun wakil2 rakyat melayu yang dah termakan budi…trpaksa setuju walaupun trpaksa mengadai maruah bangsa.. jangan kita trpedaya dgn slogan demokrasi yg diwar2kan… indah khabar dari rupa.. jgn jadi org2 Melayu Spore.. menang sorak tanah tergadai..
Wassalam..
Habib,
Boleh saya tanya sikit sini. Melayu adalah suku kaum yang terbesar di Malaysia tetapi mengapa anda tidak ingin bertanding secara adil (iaitu level playing field) dengan kaum-kaum bukan Melayu?
Adakah anda anggap orang Melayu sebagai kaum yang lemah dan tidak sechanggih dengan kaum-kaum lain?
Bagi saya, saya tidak beranggapan begitu. Saya berpendapat mereka sedar kita semua adalah insan manusia yang sama di segi ajaran Islam.
Adakah anda bergembira sekiranya orang-orang Melayu saja yang maju di negara ini dan biarkan orang-orang lain dipandang rendah. Adakah ini sejajar dengan ajaran Islam?
Siapa kata prlembagaan Malaysia tak boleh diubah??? kalau dah dewan rakyat dikuasai oleh Ahli2 prlmen yang dicucuk hidung untuk brsetuju jika apa sahaja akta untuk dibahaskan.. siapa yg boleh tahan… wa imma kalau nk pilih..lucut.. atau buang kuasa raja2 Melayu pun boleh… saya bukan pnyokong kuat krajaan atau pmbangkang… tapi dalam kita menilai atau memilih biarlah brpndgan jauh jgn sampai jd negeri jiran kita… bangsa trcicir.. agama islam dikotak katik..
Siapa yang kata Perlembagaan Malaysia tidak boleh diubah? Bukankah Umno dalam zaman TDM sudah berpuluh-puluh kali Perlembagaan Malaysia telah diubah sehingga kuasa-kuasa Raja Melayu juga dijejaskan. Bilangan kali perubahan ini sudahpun boleh masuk Guiness Book of Records. Bukankah MP kaum Melayu yang meluluskan perubahan-perubahan tersebut?
Perlembaggan sesuatu negara adalah undang-undang yang termuktlak (Supreme Law)dan jarang sekali ianya diubah melainkan situasi pada masa itu sudah pun berubah. Perubahan, jika ada, mesti merupakan perubahan pemandangan dan pemikiran rakyat sesuatu negara itu, dan bukannya ditumpu pada MP sahaja. Jadi, tuduhan seperti “dicucuk hidung” tidak sepatut ada. Kalau kita tidak suka seseorang, kita juga mesti sentiasa ada adat hormat-menghormati. Kalau tidak, orang lain anggap kita tidak berperlajaran dan tiada budaya.
Kesanggupan kaum Melayu menerima DAP adalah satu trend yang bagus dan seharusnya digalakkan. Trend ini dapat mengimbangi corak komposisi parti-parti politik supaya ianya tidak dilihat sebagai mewakili sesuatu kaum.
Saya optimis kawan-kawan Melayu di DAP dapat sampai ke tampuk meminpin DAP pada masa akan datang dan dia orang dapat menonjolkan ciri-ciri Anak Bangsa Malaysia yang diidamkan oleh kita. Bukan itu lebih baik dan sejajar dengan ajaran Islam, Jebat Malaya?
Kalau saya sebagai “A true Malaysian” dapat menulis dengan Bahasa Melayu yang senang dibaca, walaupun sudah lama saya tidak gunakannya, sanggupkah kawan-kawan sini seperti Jebat Malaya, Jebat dan Habib menulis secara lancar dengan ejaan yang betul lain kali kamu membalas komen-komen saya?
Tunjukkanlah kepada semua pembaca-pembaca disini yang anda semua pun boleh menghormati Bahasa Kebangsaan dengan tulisan yang lebih teratur. Kalau tidak, bagaimana orang-orang luar lihat pada kita selaku rakyat Malaysia yang diagung-agungkan?
Kalau saya hendak tulis Bahasa Pasar, saya pun boleh, tetapi saya tidak sampai hati membuat begitu kalau kita boleh.
Tkasih… true malaysia.. kerana anda adalah seorang bangsa malaysia yg prihatin dgn bangsa lain.. mngambil berat tntang kesamarataan.. smpai mngalu2kan kemasukan org2 melayu dalam DAP… tahniah… begitulah sinopsis kejadian di spura dahulu… org2 melayu sndiri yg mnghulur tangan.. lama kelamaan dimana org melayu… sy tak pernah kata kita mnindas bangsa lain.. cuma kita brwaspada dgn apa yg prnah brlaku pada bangsa kita.. bila kita mmperkatakn brkenaan bangsa kita..di gelar prkauman… kalau bangsa lain demand macam2 tk pulak di gelar prkauman.. saudara setuju ke kalau satu hari.. masjid n surau kita mlaungkan azan tanpa spker?? jgn sampai nasi jd bubur sahabat… nnti kita merempat di negeri sendiri.. posting2 sy yg sblum2 ni pun byk kena potong… tu pasal saudara tk dpt maksud sy yg sbnarnya.. ini kah demokrasi..
Hidup islam hidup melayu
ps- jumpa di facebook @Jebat malaya
Jebat Malaya,
Saya dapat mengesani “syak wasangka” yang sangat mendalam pada diri anda pada kaum-kaum lain. Itu pun bukan salah kamu kerana dari sejak kita budak lagi, kita sudah diajar tentang perbedaan antara kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Kalau suku-suku kaum di sebelah Sarawak dan Sabah termasuk dalam pengajaran utama sekolah, keadaan “syak wasangka” akan lebih teruk lagi.
Mungkin keadaan begini sengaja dibiarkan ataupun diadakan oleh kerajaan BN yang diterajui Umno supaya “syak wasangka” antara kita semakin hari, semakin mendalam, dimana orang-orang Melayu sentiasa khuartir kaum-kaum lain akan mendahuluinya dalam apa-apa bidang pun. Sampai bila kita orang Malaysia dapat menjalin hubungan yang jati? Bukan lebih baik kita sama-sama memupuk kepercayaan sesama kita supaya dapat maju sama-sama?
Kalau kamu sentiasa mengguna Singapura sebagai contoh dalam hujah-hujah kamu, apa gunanya? Pernahkah anda fikir jika negeri Johor pada masa dahulu tidak bagi Singapura (yang tidak maju ketika itu) kepada orang English, nasib orang-orang Melayu sana akan seperti mana yang anda komen? Kalau Singapura tidak dihalau keluar dari Malaysia, apakah nasib orang Melayu dibandingkan dengan sekarang?
Jadi, saya berpendapat kamu guna Singapura sebagai contoh supaya orang Melayu mesti sentiasa waspada akan kaum-kaum lain adalah tidak patut. Bahkan, Singapura sekarang pun adalah sebuah negara yang berdaulat dan jauh lebih maju daripada kita. Kaum Melayu sana pun lebih maju daripada kita kerana sistem disana adalah berasas kepada kepandaian masing-masing, dan bukannya warna kulit.
Saya harap kamu dapat fikir apa yang saya komen panjang lebar ini kerana hakikatnya, “syak wasangka” yang ada dalam diri kita tidak akan bawa makna, bahkan bawa masalah yang lebih rumit.
Apa guna kamu laungkan “Hidup Melayu” jika Melayu tidak dapat berdikari, dan “Hidup Islam” jika syak wasangka yang ada itu tidak sejajar dengan ajaran Islam tulin?
Apapun, kalau anda tidak setuju dengan pandangan saya 100%, padahal kita masih duduki di negara yang sama. Kita semua adalah kawan, bukan musuh yang setengah orang harap-harapkan. Yang penting, kita saling tolong-menolong tidak kira warna kulit dan ugama. Boleh tak?
True malaysian… Tiada wasangka atau kebencian pd bangsa lain..cuma gelagat sesetengah ahli politik alternatif DAP,PKR tertentu kebelakangan ini cukup melampau. Institusi Raja-Raja Melayu dipolemikkan secara kurang ajar. Soal-soal pribumi dipertikaikan secara provokatif. Orang Melayu yang bersuara untuk mempertahankan hak-hak bangsanya dilabelkan sebagai rasis. Pihak-pihak yang membakar kemarahan orang Melayu mendabik dada dan menganggap dirinya sebagai pejuang kesaksamaan dan kesamarataan. Ironinya, ada juga segelintir pemimpin politik Melayu dan umat Melayu seperti saudara yang turut menyokong seluruh tindakan ini kononnya atas dasar liberalisme dan pragmatisme.
Ke mana akhirnya Malaysia, orang Melayu, umat Islam dan bumiputra jika perkembangan mutakhir seperti ini terus berlarutan? adakah dengan kita berwaspada kita dicop prasangka? jika Lee Kuan Yew yang mempertikaikan seluruh hak Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan Raja-Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pada 1964, kita faham mengapa beliau bertindak sedemikian. Beliau memperjuangkan Konsep Malaysian Malaysia dan tergamak mengguris hati dan jiwa orang Melayu pada ketika itu atas desakan elemen-elemen komunis yang menganggotai PAP. Tetapi, apakah rasional terkini yang menyebabkan elemen-elemen Malaysian Malaysia kembali menggugat orang Melayu pada hari ini? DAP terang-terangan bersama-sama memperjuangkan malaysian malaysia bukan..