Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen-Ketetapan Umur Pengundi Baru

Posted on Wednesday, 02-07-2008 by DAP Seputeh

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN DEWAN RAKYAT

PERTANYAAN : LISAN

DARIPADA : YB TERESA KOK SUH SIM (SEPUTEH)

TARIKH : 30 JUN 2008 (ISNIN)

SOALAN :

YB. Puan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh) minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapakah Kerajaan menetapkan umur 21 sebagai umur membuang undi sedangkan Negara di dunia ini telah menetapkan umur 18 sebagai umur membuang undi. Apakah Kerajaan bercadang mengadakan pendaftaran automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun.
JAWAPAN :

Tuan Yang Di-Pertua.

a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan berpendapat umur matang bagi seseorang warganegara Malaysia adalah 21 tahun. Sebelum umur tersebut, sebahagian besar rakyat Malaysia adalah masih lagi dalam peringkat persekolahan. Ini berbeza dengan negara-negara lain di dunia terutamanya di Barat di mana tempoh kematangan rakyatnya adalah lebih muda kerana mempunyai tahap pendidikan yang tinggi di peringkat umur lebih muda. Oleh yang demikian, kerajaan telah menentukan, umur mengundi bagi seseorang warganegara Malaysia adalah apabila berumur 21 tahun.

b) Kerajaan tidak bercadang untuk mengadakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang mencapai umur 21 tahun. Ini disebabkan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak tinggal di alamat yang tercatit di dalam kad pengenalan. Jika dilaksanakan di dalam sistem pendaftaran secara automatik, ia boleh menyebabkan timbulnya beberapa kesulitan kepada pemilih itu sendiri. Ini kerana, jika alamat yang tertera di dalam kad pengenalan ataupun yang terdapat di pangkalan data alamat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan bahawa seseorang pemilih itu menetap di sesuatu alamat tertentu sedangkan pada hakikat sebenarnya beliau telah berpindah ke suatu tempat baru tetapi tidak membuat pertukaran alamat di JPN, maka seseorang pemilih itu akan didaftarkan berdasarkan alamat bermastautin yang lama.

Peraturan ini tidak mematuhi kehendak Perlembagaan mengenai tempat mastautin sebenar pemilih berkenaan kerana beliau telah berpindah ke tempat lain. Jika berlaku pilihanraya, maka pemilih berkenaan akan menghadapi kesulitan untuk menentukan di pusat mengundi manakah beliau akan mengundi kerana namanya tidak disenaraikan di tempat mengundi beliau bermastautin. Jika ramai pemilih yang berpindah tempat bermastautin tetapi tidak memaklumkan kepada JPN, adalah dikhuatiri ramai pemilih tidak akan kembali mengundi jika pusat mengundi mereka terletak jauh dari tempat kediaman mereka.

Oleh kerana itu, dikhuatiri peratus pemilih yang keluar mengundi di bahagian pilihanraya berkurangan dan akan menjejaskan imej Negara di mata dunia. Berasaskan pada hakikat ini, maka kerajaan belum lagi bersedia untuk membuat pendaftaran pemilih secara automatik.

3 thoughts on “Jawapan Parlimen-Ketetapan Umur Pengundi Baru”

  1. leguan says:
    Sunday, 06-07-2008 at 09: 37.51

    Could it be that the government is not confident of the potential support of young voters?

  2. lee wee tak says:
    Sunday, 06-07-2008 at 20: 37.24

    once again the government talk down its own citizens. DEB work on the assumption that after more than 30 years Malays are still incompetent compared to their fellow Malaysians. This is not helping Malays to help themselves.

    If “… berpendapat umur matang bagi seseorang warganegara Malaysia adalah 21 tahun. Sebelum umur tersebut, sebahagian besar rakyat Malaysia adalah masih lagi dalam peringkat persekolahan.” – why not make Malaysia revamp its system and let our kids grow up faster?

    In this internet and globalisation era, we cannot take our own sweet time. This will also relieve the burden of the parents, offer greater supply of manpower to the work force and trim down the resources required by the administration to run the education system, free up more money for infrastructure and health care. Mentally, younger Malaysians are forced to act more independently at a younger age. This give them time to experience failure and pick themselves up.

    I am saying we should cut down the number of years in school without sacrificing the quality of the syllabus. During my time, a university graduate leaves tertiary education at 24-25. Now some people graduate at 22 years old. This is already an improvement.

    Further more, why can’t people at 18 years old vote? Why can’t we give them an option to vote or note. If they are “belum matang” they could choose not to register themselves. Heck, a lot of 40 years old also do not opt to register. It is about giving people a choice.

  3. maxwellsim says:
    Wednesday, 09-07-2008 at 15: 00.46

    I would find the government’s response in this regard as very childish in the sense that given the exposure our youth nowadays, they are in a way more mature nowadays. Therefore the age of voting should be lowered to reflect our status as being a modern nation, ready to take its place among the nations of the world. However, the government’s reluctance to lower the age could be due to the fact that the recent elections have shown that the youth are mature enough to make informed decisions about who should govern this country. This is would therefore impact the stranglehold that UMNO has on the people of Malaysia in that in the past it was relatively easy to cow the populace into voting submission because the youth were politically apathetic. The scenario now is different. The young has awakened.

Comments are closed.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme