Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026

Posted on Wednesday, 15-07-2026 by Editorial Team

UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
===========================
Tuan Yang di-Pertua,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas pembentangan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial ini.

Ini adalah RUU yang telah lama dinanti-nantikan oleh banyak pihak, ini juga adalah langkah yang penting untuk memperkukuh sistem perlindungan sosial negara dan memartabatkan profesion kerja sosial di Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua,

Profesion kerja sosial merupakan barisan hadapan dalam menangani pelbagai isu sosial yang semakin kompleks. Saya diberitahu, kes yang diterima oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat KL telah meningkat daripada 663,628 kes pada tahun 2020 kepada lebih 1.01 juta kes pada tahun 2025, tetapi bilangan kakitangan JKM tidak bertambah. Keadaan ini menunjukkan penambahan perkhidmatan pekerja sosial adalah semakin mendesak.

Tuan Yang di-Pertua,

Soalan saya adalah, dengan wujudnya RUU ini, siapakah layak untuk mendaftar sebagai pekerja sosial? Apakah seseorang haruslah mempunyai kelayakan akademik “social work” ataupun graduan Sains Sosial ataupun psikologi dengan pengalaman dalam perkhidmatan kerja sosial baru layak didaftar sebagai pekerja sosial? Apakah guru-guru sekolah dan wakil rakyat layak diiktiraf sebagai pekerja sosial?

Pekerja Sosial di Australia
======================
Di Australia, terdapat anggaran 46,000 orang pekerja sosial yang aktif berkhidmat di seluruh Australia, manakala lebih 17,000 orang pekerja sosial berdaftar sebagai ahli di bawah Persatuan Pekerja Sosial Australia atau Australian Association of Social Workers (AASW).

Pada waktu yang sama, terdapat sekitar 3,400 orang pekerja sosial yang berkhidmat dalam sektor Kesihatan mental. Mereka mendapat akreditasi rasmi berkhidmat di bawah skim subsidi Medicare negara tersebut. Mengikut laporan, lebih kurang 2,700 orang mencebur diri dalam bidang pekerja sosial setiap tahun.

Tuan yang diPertua, jumlah penduduk di Australia hanya 28 juta, tetapi jumlah pekerja sosial yang berdaftar dan tidak berdaftar telah mencecah 50,000 orang.

Di Hong Kong pula, Social Workers Registration Ordinance telahpun wujud sejak tahun 1997. Melalui ordinan ini, hanya individu yang berdaftar dibenarkan menggunakan gelaran “Social Worker”.

Hong Kong mempunyai 7 juta orang penduduk dan mempunyai 29,500 pekerja sosial berdaftar.

Tuan yang diPertua,

Malaysia mempunyai 34 juta penduduk, bilangan pekerja sosial di negara kita memang jauh lebih rendah daripada jumlah pekerja sosial di Australia, Hong Kong, dan negara-negara lain.
Saya ingin tanya, apakah sasaran Kementerian terhadap bilangan pekerja sosial di Malaysia?

Tuan Yang di-Pertua,

Dengan wujudnya Rang Undang-Undang ini, bagaimanakah RUU ini dapat benar-benar menyelesaikan cabaran yang dihadapi oleh pekerja sosial di Malaysia.

i. Adakah Kerajaan bercadang menetapkan standard kompetensi yang bersesuaian dengan realiti tempatan?

ii. Macam manakah Kerajaan mengadakan latihan pembangunan profesional berterusan supaya pekerja sosial sentiasa meningkatkan kemahiran mereka selaras dengan perubahan isu sosial?

iii. Bagaimana Kementerian memberi pengiktirafan terhadap pekerja sosial yang telah lama berkhidmat tetapi tidak mengikuti laluan akademik semasa?

PANDANGAN & CADANGAN DARIPADA NGO

Tuan yang diPertua, saya ingin menyampaikan beberapa persoalan daripada NGO dalam bidang perkhidmatan sosial:-

Fasal 3 – Komposisi Majlis Profesion Kerja Sosial Malaysia
Walaupun Majlis ini diwujudkan sebagai badan profesional, struktur keanggotaannya menunjukkan dominasi pihak eksekutif.

Pengerusi ialah Ketua Setiausaha Kementerian manakala Timbalan Pengerusi ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sebahagian besar anggota lain pula dilantik oleh Menteri.

Model ini menimbulkan persoalan sama ada Majlis benar-benar merupakan badan profesional yang bebas atau sekadar lanjutan pentadbiran Kementerian sahaja.

Sekiranya kita lihat badan professional lain, seperti profesion guaman, perubatan dan seni bina, badan-badan professional ini lazimnya memberi ruang yang lebih besar kepada ahli profesion untuk memilih barisan kepemimpinan profesion mereka.

Justeru, saya bercadang agar Kementerian mempertimbangkan mekanisme untuk mengadakan pemilihan anggota kepemimpinan secara demokratik oleh pengamal kerja sosial.

Fasal 10 – Kuasa Menteri Membatalkan Pelantikan

Fasal 10 membenarkan Menteri membatalkan pelantikan anggota Majlis tanpa memberikan sebarang sebab. Kuasa sedemikian boleh menimbulkan persepsi bahawa anggota Majlis tidak mempunyai kebebasan institusi kerana pelantikan mereka bergantung sepenuhnya kepada budi bicara Menteri.

Saya bercadang fasal ini dipinda supaya pembatalan pelantikan hanya boleh dibuat atas alasan yang dinyatakan secara jelas dalam Akta dan disertakan dengan alasan bertulis.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme