Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)

Posted on Tuesday, 14-07-2026 by Editorial Team

Saya menyambut baik bahawa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) akan membatalkan kontrak penyewaan Lot 54836, bekas tapak Sekolah Kebangsaan Danau Perdana di Taman Desa kepada syarikat swasta.

Walaupun keputusan ini akhirnya mengembalikan tanah tersebut kepada tujuan asalnya, kes ini mendedahkan kelemahan serius dalam proses membuat keputusan berhubung pengurusan tanah milik Kerajaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebelum ini telah mengemukakan syor supaya Kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Tetap bagi memantau urusan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Kuala Lumpur dengan melibatkan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam proses tersebut.

Sekiranya syor PAC ini dilaksanakan, pandangan wakil rakyat yang memahami keperluan komuniti setempat dapat diambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Dalam kes ini, jelas bahawa Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan tidak dirujuk sebelum tanah yang dikhaskan untuk tujuan pendidikan disewakan kepada sebuah syarikat swasta bagi tujuan komersial.

Saya menyeru Kerajaan agar melaksanakan syor PAC dengan segera untuk menubuhkan Jawatankuasa Tetap yang melibatkan Ahli Parlimen WPKL dalam urusan pemberimilikan dan pembangunan tanah di Kuala Lumpur bagi mengelakkan kes seperti ini berlaku lagi pada masa hadapan.

Teresa Kok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026
  • Sesi Soal Jawab Sidang Parlimen: Rancangan untuk meminda Akta SUHAKAM 1999 (1 Julai 2026)
  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme