๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ [๐๐๐๐๐๐๐] minta ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ข๐๐๐โ ๐๐๐ข๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐โ ๐พ๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐โ๐ข๐๐ข๐๐ ๐๐๐๐ค๐๐๐ ๐๐๐ ๐ข๐โ ๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ 5 ๐ก๐โ๐ข๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ . ๐ด๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐ขโ๐ ๐๐ค๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข๐๐๐ ๐พ๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐๐๐๐๐ข๐๐ฆ๐๐ ๐ก๐ข๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐โ๐๐ ๐๐๐ ๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐โ๐๐๐ข.
๐๐๐๐๐๐๐
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited dalam memastikan tadbir urus koperasi dilaksanakan mengikut lunas undang-undang. Bagi tempoh 2020 hingga 2025, SKM telah menerima sebanyak 59 aduan berhubung dakwaan penyelewengan dana, salah guna kuasa, salah laku anggota Lembaga Koperasi termasuk rasuah, yang mana aduan-aduan ini telah dan sedang diambil tindakan. Semua kes berunsurkan rasuah, ia akan terus dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.
2. Award yang dikenakan oleh Tribunal Koperasi adalah bersifat muktamad dan mengikat. Sebaik sahaja ia didaftarkan, ia disifatkan sebagai perintah Mahkamah Sesyen yang memberikan kuasa kepada mahkamah untuk menguatkuasakan perintah atau penghakiman tersebut. Oleh yang demikian, ia wajib dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam pertikaian. Walau bagaimanapun, kegagalan koperasi dalam mematuhi award Tribunal Koperasi tidak menghalang mereka daripada menerima caruman atau pelaburan daripada anggota yang baharu berikutan ketiadaan peruntukan berkaitan di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502).
3. Walau bagaimanapun, SKM mempunyai kuasa mutlak di bawah peruntukan Seksyen 69 Akta 502 untuk mengeluarkan perintah secara bertulis menghalang koperasi terbabit daripada melaksanakan sebarang urusan, transaksi atau aktiviti, termasuk menyekat penerimaan caruman atau pelaburan baharu daripada anggota baharu demi melindungi kepentingan anggota serta integriti sektor koperasi secara keseluruhannya.
4. Dalam masa yang sama, SKM sedang dalam proses penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Koperasi baharu bagi menggantikan Akta Koperasi 1993 [Akta 502]. la bertujuan bagi memperkukuhkan kawal selia dan tadbir urus koperasi. Matlamat utama penggubalan RUU koperasi baharu ini adalah memperkasakan gerakan koperasi melalui liberalisasi perundangan, pengawalseliaan koperasi dan ekosistem perniagaan koperasi yang mampan dan lestari.
Sekian, terima kasih.

