Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026

Posted on Thursday, 09-07-2026 by Editorial Team

1) Semua penduduk di Malaysia makan beras, jadi sektor penanaman padi adalah sektor yang sangat penting kepada negara kita kerana industri ini merupakan keselamatan makanan.

2) Pindaan utama dalam RUU ini adalah untuk beri kuasa kepada YB Menteri dan Ketua Pengarah untuk menguatkuasakan harga maksimum atau minimum bagi beras.

3) Selain itu denda dilibatgandakan bagi mereka yang menyalahi Akta Kawalan Padi dan Beras, di mana denda bagi pesalah individu dinaikkan daripada RM15K kepada RM250K bagi kesalahan pertama, kemudian RM500K bagi kesalahan kedua. Pada waktu yang sama, denda bagi pertubuhan yang menyalahi undang-undang ini ditambah daripada RM25K kepada RM500K bagi kesalahan pertama dan RM1 juta bagi kesalahan kedua.

4) Walaupun Kementerian beri alasan peningkatan denda dan hukuman ini adalah untuk mencerminkan keseriusan kesalahan, tetapi saya bimbang peningkatan hukuman dan denda ini juga akan membuka pintu kepada kompromi dan rasuah di peringkat pelaksanaan.

5) Saya tidak faham apakah rasional bagi Kerajaan untuk menswastakan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994. Nampaknya ini adalah satu-satu Lembaga atau agensi Kerajaan yang diswastakan kepada syarikat swasta. Apakah Kementerian mempunyai rancangan ataupun “road map” untuk menyahkan penswastaan padi di bawah Bernas.

6) Jawatankuasa Wang Kira-Kira Negara (PAC) pernah mengadakan prosiding berkenaan perjanjian konsesi pengurusan industri padi dan beras negara. Dalam satu prosiding berkenaan percampuran beras tempatan dengan beras negara asing, seorang pengilang beras di Kedah berkata mereka selama ini memang mencampurkan beras tempatan dan beras negara asing, kerana citarasa penduduk tempatan adalah kita tidak suka makan beras tempatan yang tulin kerana ia tidak sedap. Pelanggan tempatan memang suka makan nasi daripada beras campuran. Soalan saya adalah, apakah Kementerian membenarkan percampuran beras yang berlainan jenis yang kononnya lama dipraktikkan. Macam mana Kementerian menetapkan nisbah campuran beras ini?

7) Dalam prosiding PAC, terdapat pengilang beras yang meluahkan pandangan yang berharap Kerajaan mengadakan lebih penyelidikan terhadap beras supaya negara kita boleh mengeluarkan benih dan spesis yang berkualiti. Saya menyeru kementerian mengambil berat atas permintaan untuk mengadakan penyelidikan terhadap pembangunan spesis beras yang lebih berkualiti ini.

8) Negara kita mempunyai pelbagai jenis beras. Beras Bario di Sarawak adalah spesis yang terkenal dan ia disambut baik oleh pasaran luar negara. Apakah langkah yang diambil oleh kementerian untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan spesis beras kita?

9) Saya difahamkan terdapat syarikat dan penyelidik dari negara China menawarkan kepakaran mereka kepada kita untuk membangunkan penyelidikan beras tempatan, dan mereka juga ingin memperkenalkan spesis beras yang mempunyai hasil yang tinggi kepada Malaysia, tetapi tawaran mereka tidak disambut baik oleh kementerian, dan syarikat ini juga diberitahu setiap spesis baru perlu diadakan penyelidikan ( R & D) selama 5 – 6 tahun sebelum ia ditanam secara besar-besaran di negara kita.

10) Memandangkan padi dan beras adalah amat penting dari segi keterjaminan makanan, saya menyeru Kementerian memandang serius dan menyambut baik terhadap tawaran untuk mengadakan lebih R & D terhadap beras di Malaysia sebagai langkah untuk menambahbaikkan industri padi dan beras di Malaysia.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme