Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026

Posted on Thursday, 09-07-2026 by Editorial Team

Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026

Tuan Yang di-Pertua,
Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat atas kajian mereka terhadap Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Centre (OSCC) di Malaysia. Laporan ini amat penting kerana OSCC merupakan komponen utama dalam memastikan mangsa keganasan rumah tangga, keganasan seksual dan penderaan menerima rawatan, perlindungan serta sokongan secara menyeluruh.

Namun, selepas hampir tiga dekad pelaksanaannya, persoalannya ialah sama ada sistem ini benar-benar memberi perlindungan yang konsisten kepada semua mangsa.

Pertama, mengenai keseragaman pelaksanaan OSCC. Garis Panduan One Stop Crisis Centre: Policy and Guidelines for Hospitals Kementerian Kesihatan 2025 menetapkan setiap OSCC perlu menyediakan perkhidmatan multidisiplin melibatkan pegawai perubatan, jururawat, pegawai kerja sosial perubatan, pakar psikiatri, PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan, berapakah jumlah hospital yang mengendalikan OSCC mengikut standard penuh Kementerian, dan berapa buah hospital masih berdepan kekurangan pegawai kerja sosial, pakar psikiatri atau pegawai terlatih sehingga menjejaskan operasinya?

Kedua, berhubung pemantauan keberkesanan OSCC. Laporan lawatan Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ke OSCC, Hospital Putrajaya (10 Jun 2024) menunjukkan kes OSCC meningkat daripada 300 kes pada tahun 2022 kepada 330 kes pada tahun 2023. Ini membuktikan keperluan terhadap perkhidmatan ini masih tinggi.

Namun, adakah kerajaan hanya mengumpulkan statistik jumlah kes, atau turut menilai keberkesanan intervensi seperti peratus mangsa yang menerima rawatan psikologi susulan, mendapat perlindungan JKM atau menjadi mangsa keganasan berulang?

Tuan Yang di-Pertua,
Ketiga, mengenai kesinambungan rawatan kesihatan mental. Ramai mangsa bukan sahaja mengalami kecederaan fizikal, malah trauma, kemurungan dan gangguan tekanan pascatrauma (PTSD).

Adakah semua mangsa yang dirawat di OSCC dirujuk secara automatik kepada perkhidmatan psikologi atau psikiatri, dan berapa peratus yang benar-benar hadir ke sesi susulan? Jika data ini tiada, bagaimanakah kerajaan menilai keberkesanan intervensi yang diberikan?

Keempat, mengenai koordinasi antara agensi. Laporan UNFPA Malaysia dan United Nations University International Institute for Global Health 2025 mendapati masih wujud jurang antara dasar dan pelaksanaan sehingga pengalaman mangsa tidak seragam di semua hospital.

Apakah langkah konkrit Kerajaan untuk memastikan semua OSCC mengamalkan pendekatan yang benar-benar berteraskan mangsa ataupun (survivor-centred) dan memberikan pengalaman perkhidmatan yang seragam?

Saya pernah membangkitkan satu kes keganasan seksual dalam Ucapan kamar Khas pada 4 Disember 2025. Mangsa rogol dalam kes tersebut, Puah Loh, telah mengalami pengalaman yang amat menyedihkan apabila pegawai polis meragui kesahihan laporannya dan mengarahkan beliau pulang ke rumah untuk mandi sebelum bertemu dengan pegawai penyiasat pada keesokan hari. Tindakan tersebut telah menyebabkan bukti forensik yang penting itu hilang dan bercanggah dengan prosedur dan amalan penyiasatan yang sepatutnya dipatuhi.

Kes ini menunjukkan bahawa sesetengah pegawai polis yang bertugas di Balai Polis kurang tahu tentang wujudnya OSCC dan gagal memberi nasihat yang wajar kepada mangsa rogol yang amat perlukan bimbingan apabila mereka diserang keganasan seksual.

Akhir sekali, kejayaan OSCC tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah pusat atau jumlah kes semata-mata, tetapi sejauh mana setiap mangsa menerima rawatan yang menyeluruh, perlindungan yang berkesan dan mampu membina semula kehidupan mereka.

Saya sokongan cadangan Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk menjalankan kempen tentang OSCC. Saya menyeru Kementerian Komunikasi memberi sokongan penuh atas usaha kempen tersebut. Justeru, saya berharap kerajaan bukan sahaja menerima syor-syor Jawatankuasa ini, malah menyediakan peruntukan, tenaga kerja dan mekanisme pemantauan yang amat perlu agar OSCC terus menjadi model perlindungan mangsa keganasan Wanita yang terbaik di rantau ini.

 

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan “Laporan Pengurusan Pelarian di Malaysia” di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme