Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026

Posted on Wednesday, 08-07-2026 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [SEPUTEH] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026. Apakah sekolah-sekolah ini mempunyai ruang untuk terima murid berumur 6 pada tahun 2027.

Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tahun 2023 hingga 2026, terdapat sebanyak empat buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan Parlimen Seputeh dan sepuluh buah SJKC di kawasan Parlimen Bukit Bintang.

Bagi tahun 2023 hingga 2026, di Parlimen Seputeh, SJKC Lai Meng mencatatkan enrolmen Tahun 1 tertinggi sepanjang tempoh tersebut, iaitu antara 351 hingga 389 murid. Ini diikuti oleh SJKC Choong Wen dengan enrolmen antara 275 hingga 359 murid, SJKC La Salle antara 302 hingga 347 murid dan SJKC Yoke Nam antara 282 hingga 341 murid.

Di Parlimen Bukit Bintang pula, enrolmen Tahun 1 tertinggi direkodkan oleh SJKC Kuen Cheng 1 dan SJKC Kuen Cheng 2. SJKC Kuen Cheng 1 merekodkan enrolmen antara 188 hingga 215 murid, manakala SJKC Kuen Cheng 2 merekodkan enrolmen antara 180 hingga 248 murid. Selain itu, SJKC Chung Kwok menunjukkan peningkatan enrolmen, iaitu daripada 147 murid pada tahun 2023 kepada 209 murid pada tahun 2026.

Selain itu, bagi kalendar akademik 2027, jumlah pendaftaran yang diterima adalah seramai 3,205 murid, yang terdiri daripada 2,324 murid kohort umur tujuh tahun dan 881 bagi kohort umur murid enam tahun. Jumlah ini menunjukkan pertambahan sebanyak 775 murid berbanding enrolmen Tahun 1 pada tahun 2026. KPM mendapati penempatan murid Tahun 1 pada tahun 2027 dapat diurus secara terancang melalui pengoptimuman penggunaan bilik-bilik di sekolah sedia ada, penyusunan kelas serta penyesuaian pengoperasian sekolah mengikut keperluan dan kesesuaian setempat. Dengan langkah penyelarasan ini, KPM akan memastikan kemasukan murid Tahun 1 bagi kalendar akademik 2027 termasuk murid kohort umur enam tahun dapat dilaksanakan dengan teratur dan terkawal.

Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026
  • Sesi Soal Jawab Sidang Parlimen: Rancangan untuk meminda Akta SUHAKAM 1999 (1 Julai 2026)
  • Ucapan YB Teresa Kok Dalam Konvensyen Pakatan Harapan | 17 Mei 2026
  • 郭素沁指浮罗交怡旅游业表现落后于普吉岛与峇厘岛,促吉打州政府停止“自我陶醉式数据解读”
  • JAUH KETINGGALAN DI BELAKANG PHUKET DAN BALI: KERAJAAN PAS KEDAH JANGAN SYOK SENDIRI DENGAN STATISTIK ‘SUAM-SUAM KUKU’
  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme