Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Posted on Tuesday, 07-07-2026 by Editorial Team

Terima kasih atas segala usaha SUHAKAM untuk memelihara hak asasi manusia di Malaysia. Saya ingin membangkitkan masalah yang berkait dengan permohonan kewarganegaraan.

Walaupun pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan 2025 untuk mengiktiraf hak anak yang dilahirkan oleh ibu yang berwarganegara Malaysia untuk mendapat kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan oleh Parlimen, tetapi isu melibatkan anak-anak dewasa yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia masih belum mempunyai jalan penyelesaian yang jelas untuk memperolehi kewarganegaraan Malaysia.

Baru-baru ini, NGO Family Frontiers telah hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama ibu warganegara Malaysia untuk mengemukakan permohonan kewarganegaraan bagi anak-anak mereka. Daripada tujuh orang anak dewasa yang terlibat, hanya lima didapati layak memohon Kad Pengenalan Pemastautin Sementara (MyKAS) sebagai laluan ke arah memperolehi kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun, laluan ini terhad kepada individu yang pernah membuat permohonan di bawah Perkara 15(2) atau Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan sahaja. Ini menyebabkan mereka yang tidak mempunyai permohonan terdahulu terus kekal tanpa laluan untuk mendapat kewarganegaraan yang jelas.

Keadaan ini berkait dengan dasar yang berkuat kuasa sebelum tahun 2010 yang
mengehadkan keupayaan ibu warganegara Malaysia untuk mengemukakan permohonan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan, menyebabkan anak-anak ini mencapai usia dewasa sebelum permohonan dapat dibuat.

Anak-anak ini telah melalui sebahagian besar kehidupan mereka di Malaysia, dan
membesar di sini bersama keluarga mereka yang merupakan warganegara Malaysia.

Namun, tanpa peluang yang membolehkan mereka memohon kewarganegaraan meskipun mempunyai ibu warganegara Malaysia, mereka masih terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak menentu serta berdepan dengan kebimbangan untuk dipisahkan daripada keluarga mereka.

Oleh itu, Family Frontiers minta saya mengemukakan soalan-soalan berikut kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN):
1. Apakah laluan kewarganegaraan yang boleh ditawarkan oleh KDN kepada anak-anak dewasa yang dilahirkan di luar negara kepada ibu warganegara Malaysia, yang telah lama menetap dan kini tinggal di Malaysia, tetapi tidak pernah diberi peluang untuk mengemukan permohonan serta tidak mempunyai rekod permohonan terdahulu, dan kini berdepan risiko dipisahkan daripada keluarga mereka?

2. Bagi kes di mana ibu warganegara Malaysia telah meninggal dunia, bagaimanakah
Kementerian memastikan anak-anak dewasa yang dilahirkan di luar negara tidak
kehilangan laluan untuk memperolehi kewarganegaraan walaupun ketiadaan ibu
tersebut?

Sebagai contoh, Muna (37 tahun), anak dewasa kepada ibunya yang merupakan warga Malaysia, Annisah binti Abdullah yang berumur 70 tahun di Arab Saudi. Walaupun mereka ingin pulang bermastautin di Malaysia, Muna tidak pernah membuat permohonan kewarganegaraan terdahulu di bawah Perkara 14 dan Pekara 15(2) Perlembagiaan Persekutuan, mahupun tempoh tinggal jangka panjang di Malaysia, Muna tidak dapat menyatukan semula dengan keluarganya di Malaysia.

Soalannya, macam manakah KDN boleh membantu kes-kes seperti ini, khususnya bagi ibu warganegara Malaysia yang berusia lanjut seperti Annisah yang ingin kembali menetap di Malaysia, tetapi berdepan kesukaran untuk membawa pulang anak-anak dewasa mereka yang dilahirkan di luar negara?

Selain daripada kes-kes daripada Family Frontiers, saya juga ingin membangkitkan beberapa kes berkenaan permohonan kewarganegaraan yang diterima oleh pusat khidmat saya:-

1)Dua orang adik-beradik, abang berumur 23 tahun dan adik Perempuan berusia 21 tahun sekarang. Mereka dilahirkan di Malaysia, namun memegang pasport Indonesia. Sejak berusia satu tahun, mereka telah menetap di Malaysia di bawah program Malaysia My Second Home (MM2H). Bapa kandung mereka adalah warganegara Malaysia, tetapi ibu mereka yang merupakan warga Indonesia telah meninggalkan keluarga mereka dan tidak dapat dikesan lagi.

Bapa mereka telah berulang kali berusaha mendapatkan MyKad untuk kedua-dua mereka tetapi setiap permohonan mereka ditolak.

Baru-baru ini, bapa mereka meninggal dunia. Kedua-dua abang-adik ini tidak lagi layak untuk memperbaharui pas MM2H mereka kerana penaja MM2H mereka meninggal dunia. Pada masa yang sama, mereka juga tidak dapat kembali ke Indonesia kerana mereka telah lama terputus hubungan dengan ibu kandung mereka.

2)Kes kedua melibatkan seorang wanita muda berusia 23 tahun yang dilahirkan luar nikah. Bapanya adalah warganegara Malaysia yang telah meninggal dunia, manakala beliau tidak mempunyai sebarang maklumat atau dokumen berkaitan ibunya. Beliau telah mengemukakan permohonan kewarganegaraan, namun permohonannya telah ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

3)Kes Ketiga adalah seorang kanak-kanak yang dilahirkan di Vietnam hasil hubungan dengan bapa kandung warganegara Malaysia yang gagal mendaftarkan kelahiran anak di Kedutaan Malaysia. Ketika kanak-kanak itu berusia satu tahun, bapanya membawanya pulang ke Malaysia menggunakan pasport Vietnam.

Walaupun ibubapa kanak-kanak ini ingin mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkat dan proses pengangkatan telah diluluskan secara sah oleh mahkamah, tetapi permohonan kewarganegaraan Malaysia bagi kanak-kanak itu masih terus ditolak oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Adakah Kementerian Dalam Negeri sedia mengkaji semula pendekatan penolakan yang terlalu ketat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara tetapi tidak didaftarkan di Kedutaan Malaysia?

Saya menyeru Menteri Dalam Negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji dan memudahkan permohonan kewarganegaraan untuk membantu kanak-kanak dan orang muda yang menjadi “stateless” atas kecuaian ibubapa mereka.

Tuan yang diPertua, saya juga difahamkan kebanyakan permohonan kewarganegaraan daripada ibu Malaysia telah diluluskan, tetapi pindaan Perlembagaan 2025 yang diluluskan di Parlimen pada Disember 2024 masih belum dilaksanakan (enforced) walaupun Menteri Dalam Negeri pernah berjanji untuk melaksanakannya dalam Jun 2026.

Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia tidak dapat mendapat kewarganegaraan secara automatik (automatic citizenship), dan ibu berwarganegara Malaysia masih perlu balik ke Malaysia untuk melahirkan anak supaya anak mereka boleh memperolehi kerakyatan Malaysia.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme