Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Sesi Soal Jawab Sidang Parlimen: Rancangan untuk meminda Akta SUHAKAM 1999 (1 Julai 2026)

Posted on Wednesday, 01-07-2026 by Editorial Team

YB Puan Teresa Kok [SEPUTEH] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999 untuk membenarkan SUHAKAM menjana sumber pendapatan tambahan daripada pelaksanaan latihan, kursus dan sebagainya supaya ia tidak bergantung kepada peruntukan kewangan daripada Kerajaan sahaja.

JAWAPAN YB TUAN M. KULA SEGARAN TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Prinsip-Prinsip Berkaitan Status Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan yang juga dikenali sebagai Prinsip Paris, yang menetapkan piawaian minimum antarabangsa bagi memastikan sesebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan berfungsi secara berkesan dan berwibawa, kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan pembiayaan yang mencukupi (adequate funding) bagi membolehkan institusi tersebut melaksanakan mandatnya secara bebas dan berkesan.

2. Sehubungan dengan itu, subseksyen 19(1) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] memperuntukkan bahawa kerajaan hendaklah menyediakan dana tahunan yang mencukupi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (“SUHAKAM”).

3. Selain peruntukan tahunan daripada kerajaan, subseksyen 19(3) Akta 597 memperuntukkan bahawa SUHAKAM boleh menerima sumbangan kewangan daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya bagi tujuan memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berkaitan hak asasi manusia yang diluluskan oleh SUHAKAM. Walau bagaimanapun, Akta 597 tidak memperuntukkan sebarang kuasa kepada SUHAKAM untuk mengenakan caj atau fi bagi pelaksanaan latihan hak asasi manusia tersebut bagi menampung kos pelaksanaannya.

4. Kerajaan memahami keperluan serta tanggungjawab untuk memastikan SUHAKAM mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan mandat dan fungsinya secara berkesan. Cadangan pindaan oleh Ahli Yang Berhormat akan diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira, antara lain, pematuhannya kepada Prinsip Paris serta kesesuaiannya dengan mandat dan fungsi SUHAKAM.

5. Kerajaan MADANI kekal komited untuk memperkukuh SUHAKAM sebagai Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan. Komitmen tersebut telah dizahirkan melalui pindaan-pindaan kepada Akta 597 yang berkuat kuasa pada 10 Julai 2024 bagi memperkukuh mandat dan fungsi SUHAKAM. Komitmen ini turut tercermin melalui kejayaan SUHAKAM mengekalkan akreditasi Status “A” oleh Global Alliance of National Human Rights Institutions (GANHRI) pada Jun 2026, yang mencerminkan pengiktirafan antarabangsa terhadap pematuhan SUHAKAM kepada Prinsip Paris. Usaha untuk memperkasakan SUHAKAM akan terus diperkukuh agar institusi ini dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya secara bebas, berkesan dan selaras dengan standard antarabangsa.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme