Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Teresa Kok soal tentang usaha pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya

Posted on Monday, 09-12-2024Thursday, 12-12-2024 by Editorial Team

PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini bagi usaha pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Apakah garis masa untuk melaksanakan reformasi institusi ini.

JAWAPAN

YB TUAN M. KULA SEGARAN

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI)

Tuan Yang di-Pertua,
1. Kerajaan mengambil serius cadangan reformasi institusi melibatkan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara. Pada 16 Ogos 2023, Jemaah Menteri bersetuju supaya satu kajian empirikal yang terperinci dan holistik dibuat berkenaan dengan pengasingan peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara. Bagi tujuan ini, dua Pasukan Petugas Khas telah ditubuhkan bagi menjalankan kajian empirikal secara berfasa seperti berikut:

a) Sebagai Fasa Pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif serta wakil Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, wakil Blok Pembangkang, Jabatan Peguam Negara (AGC) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) menjalankan kajian berdasarkan keterangan (evidence-based research) ke beberapa buah negara seperti England, Australia dan Kanada; dan

b) Sebagai Fasa Kedua, Pasukan Petugas Khas Teknikal pula meneliti secara komprehensif mengenai implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan. Pasukan Petugas Khas Teknikal ini dikendalikan sepenuhnya oleh AGC dan BHEUU, JPM. Pasukan Petugas Khas Teknikal menyediakan Laporan Interim dalam tempoh satu (1) tahun mengenai Kajian Empirikal Komprehensif Pengasingan Peranan Pendakwa Raya dan Peguam Negara untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

c) Sebagai Fasa Tiga, sesi libat urus bersama-sama dengan Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak serta pihak pemegang taruh lain termasuk agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selain Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society, Advocates Association of Sarawak, Ahli-ahli akademik dan pakar rujuk Perlembagaan Persekutuan akan diadakan oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal.

2. Kajian Empirikal ke Kanada yang merangkumi Ottawa dan Toronto telah diadakan dari 6 hingga 9 Mei 2024, manakala Kajian Empirikal ke Australia yang merangkumi Melbourne dan Canberra telah diadakan pada 3 hingga 6 Jun 2024. Kajian Empirikal ini disertai antara lain, Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, BHEUU, JPM dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

3. Semasa Kajian Empirikal, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif telah memperoleh maklumat dan data yang komprehensif serta menyeluruh termasuk perkara-perkara teknikal dan spesifik serta perkara-perkara generik yang memberi penekanan kepada dengan izin “big picture” dalam pelaksanaan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya di negara kita. Negara terakhir yang akan dikaji oleh Pasukan Petugas Khas Komparatif ialah UK yang merupakan penutup kepada Kajian Empirikal. Kajian Empirikal ke UK akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

4. Semasa Kajian Empirikal di negara-negara berkenaan Sesi Perbincangan Meja Bulat (Roundtable Discussion) telah diadakan secara hybrid (secara fizikal dan atas talian) pada 3 Jun 2024 di Monash University dan pada 6 Mei 2024 di Fakulti Undang-Undang Universiti Ottawa. Perbincangan Meja Bulat tersebut telah dihadiri oleh pakar-pakar akademik perundangan, pengamal perundangan, ahli akademik serta pihak CSO (Civil Society Organisations) dan NGO (Non-Governmental Organisations) dari Australia, Kanada dan Malaysia.

5. Selain itu, kajian saintifik berdasarkan perspektif sains kemasyarakatan pandangan umum ke atas pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya telah selesai dijalankan bagi tempoh enam (6) bulan dengan bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM). Kajian ini telah melibatkan pihak-pihak berkepentingan termasuk masyarakat umum, agensi penguatkuasaan, pakar-pakar berkaitan dan kerajaan negeri. Kajian ini juga telah merangkumi pengumpulan dan analisis data dan maklumat daripada pihak-pihak berkepentingan melalui pelbagai kaedah penyelidikan seperti perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion).

6. Buat masa ini, BHEUU, JPM melalui Pasukan Petugas Khas Teknikal dalam peringkat menyediakan Laporan Interim berdasarkan laporan dapatan Kajian Empirikal daripada Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif. Tempoh penyediaan Laporan Interim oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal ialah satu (1) tahun. Laporan Interim tersebut termasuk syor akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan pada tahun 2025.

Sekian, terima kasih.

#TeresaKok
#pusatkhidmatparlimenseputeh
#parlimen

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme