Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi pada 18 November 2024

Posted on Monday, 18-11-2024Monday, 18-11-2024 by Editorial Team

Ucapan Perbahasan Bajet Peringkat Jawatankuasa Kementerian Perladangan dan Komoditi pada 18 November 2024

Butiran 020500 Lembaga Lada Malaysia (MPB) dan Butiran 020300 Lembaga Koko Malaysia (LKM) – cadang Lembaga dijadikan “sistem terbuka” supaya penjawat awam daripada agensi lain dan PTD boleh dipindah masuk untuk mengetuai kedua-dua lembaga ini, demi menambahbaik fungsi kedua-dua lembaga ini serta memajukan kedua-dua industri.

Butiran 030400 Menangani Kempen anti minyak sawit
Butiran 030500 Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)

Dalam buku bajet, bajet untuk tahun depan ialah RM15 juta, manakala dalam ucapan bajet YAB Perdana 1. Menteri merangkap Menteri Kewangan, beliau mengumumkan RM65 juta disalurkan kepada Kementerian untuk Kempen Anti Minyak Sawit, soalan saya adalah apakah pengumuman PMX ini benar kerana ia tidak dimasukkan dalam butiran dalam buku bajet ini? Sekiranya benar, minta senaraikan pecahan penggunaan RM65 juta ini.

Saya sekali lagi ingin cadangkan supaya Kementerian boleh menggunakan sebahagian daripada dana RM65 juta ini untuk memulihkan pejabat MPOB atau MPOC di Eropah sebagai usaha untuk menjalankan kempen dan lobi untuk minyak sawit Malaysia. Pejabat ini pernah wujud sebelum pandemik covid dan saya menyeru Kementerian memulihkan pejabat ini di Eropah supaya kita boleh menjalankan usaha menangani kempen anti minyak sawit dengan lebih gigih.

2. Kesatuan Eropah (EU) secara rasminya menangguhkan pelaksanaan Peraturan Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR EU Deforestation Regulation) selama setahun, yang kini dijadualkan berakhir pada tahun 2026.

Kita ketahui EUDR akan memberi impak besar terhadap perdagangan semua komoditi eksport Malaysia, dan bukan hanya tertumpu kepada minyak sawit, tetapi eksport getah kita turut terkesan akibat perlaksanaan EUDR.

Saya ingin menggesa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia untuk menilai secara kritikal keupayaan kita untuk mematuhi EUDR dan memastikan bahawa pematuhan tersebut dapat dicapai sepenuhnya.

Walaupun saya menyokong Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), saya difahamkan bahawa ia masih belum sepenuhnya mematuhi perlaksanaan EUDR, malah Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) juga berkemungkinan masih belum sepenuhnya mematuhi EUDR.

Cabaran utama adalah melaksanakan ketelusan dalam sistem pengeluaran kita, dan kita nampaknya tertinggal dalam hal ini tatkala bergantung pada sistem pematuhan yang dicadangkan melalui MPOB, MSPO dan MPOC.

Oleh itu, saya menggesa pihak kementerian untuk mempertimbangkan penggunaan sistem alternatif yang lebih maju dan sedia ada seperti EUDR secepat mungkin sekiranya sistem dalaman kita masih belum sedia.

3. Datuk yang diPertua, Industri sawit bukan sahaja dituduh mengancam kelestarian hutan tetapi ia juga dituduh melepaskan gas rumah kaca dalam bentuk sisa kumbahan iaitu hasil sampingan pemprosesan buah sawit.

Gas rumah kaca atau greenhouse gases (GHGs) dalam bentuk metana (methane) adalah sejenis GHGs yg mempunyai global warming potential (GWP) 20 kali lebih tinggi daripada karbon dioksida. Oleh itu, kementerian telahpun mewujudkan dasar untuk mengatasi cabaran tersebut. Kilang sawit baru diwajibkan menyediakan sistem bio- digester manakala kilang lama juga diberikan jadual untuk berbuat demikian.

Soalan saya adalah, apakah perkembangan dasar tersebut? Berapa tan metana telah dapat dikumpulkan dan dipakai sebagai tenaga boleh baharu? Apakah penambahbaikan yang dapat dilakukan atau telahpun dirancang selaras dengan komitmen Malaysia dalam Nationally Determined Contributions pertama di bawah Perjanjian Paris untuk mengurangkan perlepasan GHGs di bawah sektor sisa?

4. Kerajaan menghadkan pendedahan geo-lokasi Hutan Simpan Kekal (HSK) kepada pihak lain disebabkan keselamatan negara (national security). Dasar ini akan menegah industri kayu-kayan untuk mengeksport kayu-kayan ke Kesatuan Eropah selepas EUDR dilaksanakan, kerana EUDR menghendaki pengeksport untuk mengumumkan geolocation kawasan hutan yang telah ditebang (harvested). Sebenarnya agrikomoditi yang lain seperti minyak sawit dan getah juga dikehendaki untuk mendedahkan geo-lokasi kawasan peladangan mereka juga.

Apakah kerajaan akan mengkaji semula dasar ini?

Sehubungan dengan itu, kementerian sepatutnya mendedahkan kawasan penanaman sawit kepada semua pihak untuk menunjukkan ketelusan industri sawit dan sebagai langkah untuk menangani kempen anti sawit. Apakah perkembangan projek MPOB ini?

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石
  • Press statement by Teresa Kok, MP for Seputeh on 12 March 2026: An RCI Is the Test of Madani’s Commitment to Transparency
  • KENYATAAN MEDIA OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH (12 MAC 2026): RCI Adalah Ujian Komitmen Kerajaan Madani Terhadap Ketelusan
  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme