Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu
Posted on Wednesday, 10-07-2024Thursday, 18-07-2024 by Editorial Team

Tajuk: Isu pembatalan perizaban plot tanah Kolam Takungan Banjir (KTB) Kampung Bohol dan pembangunan kawasan sekeliling

Tuan Yang di-Pertua,

Sebagai Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Parlimen Seputeh, saya amat kesal dengan tindakan Kerajaan yang membatalkan perizaban plot tanah Kolam Takungan Banjir (KTB) Kampung Bohol dan memberi milikan tanah di sekeliling kolam tersebut kepada pemaju untuk menjalankan pembangunan pesat tanpa mengadakan konsultasi dengan saya dan wakil rakyat di kawasan Puchong, serta dengan penduduk di persekitaran dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di Selangor.

Saya mohon Kerajaan menjawab persoalan-persoalan berikut:

1. Berapa jumlah bantahan atau respons-dan pecahan pendirian daripada penduduk yang menghadiri pendengaran pembatalan perizaban Plot Tanah KTB Kampung Bohol di Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTG WPKL);

2. KTB Kampung Bohol akan dinaik taraf oleh pemaju dengan kos RM40 juta dengan pertukaran 6 plot tanah diberi milikan kepada pemaju untuk pembangunan perumahan dengan bayaran premium RM41 Juta. Mengapakah Kerajaan tidak membina KTB sejak 30 tahun yang lepas memandangkan RM40 juta bukan angka yang besar;

3. Mengapakah Kerajaan membatalkan perizaban 4.4 ekar tanah KTB dan diberl milik kepada pemaju untuk membina rumah dengan harga pasaran bebas di Plot 5, memandangkan pengeluaran 4.4 ekar daripada KTB ini akan mengecilkan saiz dan kapasiti sebenar kolam tersebut, dan menjejaskan dasar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mencapai piawaian 200 kala purata ulangan (ARI);

4. Adakah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan KESAS telah diberitahu berkenaan projek ini? Berapakah kelebaran rizab Lebuhraya KESAS dan “service road diperlukan untuk projek pembangunan di Plot 1 hingga Plot 4;

5. Apakah pemaju telah didaftarkan sebagai pemilik hartanah Plot 1 sehingga Plot 6? Apakah Kerajaan akan membenarkan pemaju untuk mengeluarkan sebarang pasir dan tanah daripada KTB untuk tambakan tanah diberi milik sekiranya pemaju mendapat hak milik tanah-tanah tersebut. Berapakah hasil yang perlu dibayar sekiranya peraju dibenarkan untuk mengeluarkan pasir dan tanah daripada KTB tanpa pendaftaran hak milik di PTG WPKL;

6. Apakah Kerajaan akan mewajibkan pemaju untuk menjalankan Environmental Impact Assessment (EIA) dan Social Impact Assessment (SIA) sebelum projek dijalankan memandangkan pembangunan dijalankan di tanah takungan air;

7. Mengikut maklum balas PTG WPKL, premium yang dibayar oleh pemaju kepada Kerajaan hanyalah RM41, 705, 933 bag| tanah seluas 108,459.42 meter persegi ataupun 26.8 ekar, kerana formula pengiraan premium berdasarkan Kaedah-kaedah Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1995. Bayaran yang lauh lebih rendah daripada harga pasaran ini menyebabkan Kerajaan rugi sebanyak RM136,800,000; dan

8. Kenapakah Kerajaan tidak mewujudkan harga rizab dalam proses tender memandangkan ini adalah amalan biasa semua kes lelong demi melindungi kepentingan Kerajaan.
Sekian, terima kasih

Jawapan oleh YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri Wilayah Perseketuan

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak 1,275 bantahan awam telah diterima oleh Kerajaan semasa Sesi Pendengaran Awam yang diadakan pada 20 Mei 2024 (Isnin) di Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPTGWPKL). Daripada jumlah itu bantahan yang dikemukakan boleh dipecahkan kepada lima (5) kategori, seperti berikut:

i. Tidak bersetuju kesemua 6 plot tanah Kerajaan diberimilik kepada pemaju -780 (61%)

ii. Tidak bersetuju dengan tanah Kerajaan Plot 5 diberimilik kepada pemaju – 144 (11%)
iii.Tidak bersetuju dan mahu Kolam Takungan Banjir (KTB) sedia ada dikekalkan -320 (25%)
iv.Tidak bersetuju atas faktor risiko banjir – 24 (2%)
v. Tidak bersetuju tanpa dinyatakan sebab bantahan – 7 (1%)

2. Tapak KTB Bohol ini telah dirizabkan, untuk tujuan Kolam Takungan Banjir di bawah kawalan Ketua Setrausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar melalui Warta Persekutuan P.U.(B) 490 bertarikh 4 November 2010. Melalui perwartaan berkenaan, KTB Bohol ini telah diselenggara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Walau bagaimanapun, untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf KTB Bohol ini anya akan memakan belanja peruntukan yang besar dan di luar skop fungsi dan peranan Pihak Berkuasa Tempatan. Kolam Takungan Banjir adalah terletak di dalam skop fungsi dan peranan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Justeru, melalui proses pembatalan dan perizaban semula tapak KTB Bohol ini anya akan dapat menyelaraskan semula peranan JPS untuk menyelenggara dan menaiktaraf KTB Bohol tersebut.

3. Pembatalan perizaban tanah seluas 4.4 ekar untuk tujuan pembinaan rumah pasaran bebas adalah berdasarkan pelan susun atur Kolam Takungan Banjir Bohol yang akan dinaiktaraf, yang mana ianya telah diputuskan oleh pihak JPS. Melalui pelan susun atur tersebut, saiz keluasan kolam takungan banjir turut dipertingkatkan melalui penambahan kawasan baru untuk struktur inlet, struktur outlet, dan kawasan-kawasan tanah kerajaan di sekelilingnya.

Justeru, walaupun Plot 5 seluas 4.4 ekar tersebut tidak dirizabkan semula sebagai KTB Bohol, namun dengan kemasukan kawasan-kawasan baru yang dinyatakan sebentar tadi, keluasan baru KTB Bohol akan meningkat sebanyak 2.1 ekar, iaitu daripada 60.35 ekar kepada 63.45 ekar.

Selain itu, berdasarkan maklumbalas yang diterima daripada pihak JPS, kapasiti baru KTB Bohol ini akan dapat menampung kapasiti takungan air sebanyak 1.15 juta meter padu air dengan tahap perlindungan 100ARI, yang mana ianya mencukupi bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan sekitar. Rekabentuk KTB Bohol yang baru ini juga akan direka untuk membolehkan tahap perlindungan 100ARI berkenaan ditingkatkan kepada 200ARI di masa hadapan, sekiranya terdapat keperluan.

4. Pelaksanaan menaiktaraf KTB Bohol yang bakal dilaksanakan ini tidak melibatkan penglibatan atau ulasan daripada pihak LLM dan juga pihak KESAS. Namun begitu, pihak DBKL memaklumkan bahawa pihak LLM dan juga pihak KESAS akan dilibatkan di dalam Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) bagi mendapatkan ulasan teknikal (yang juga termasuk kelebaran rizab dan service road yang perlu disediakan oleh pemaju) sebelum Perintah Pembangunan diluluskan oleh pihak DBKL bagi pembangunan projek perumahan yang bakal dilaksanakan oleh pemaju kelak ke atas tapak Plot 1 hingga Plot 4

5. Sehingga kini, tanah Plot 1 hingga Plot 6 masih belum didaftarkan kepada pemaju. Berhubung tanah dan pasir yang akan dikorek oleh pemaju bagi melaksanakan kerja-kerja menaiktaraf KTB Bohol, sekiranya tanah dan pasir tersebut dikeluarkan daripada tapak KTB Bohol (iaitu sama ada anya digunakan untuk menambak tapak Plot 1 hingga Plot 6; ataupun digunakan untuk tujuan lain), maka pemaju perlu membayar bayaran permit tanah berjumlah RM 2.00 per meter padu, dan bayaran permit pasir berjumlah RM 3.50 per meter padu kepada PPTGWPKL. Kuantiti keseluruhan korekan tanah dan pasir bagi kerja-kerja menaiktaraf KTB Bohol ini akan ditentukan berdasarkan pelan rekabentuk KTB yang dimuktamadkan oleh pihak JPS.

6. Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memastikan cadangan pembangunan yang dikemukakan oleh pihak pemaju perlu mengambilkira pematuhan terhadap keperluan teknikal perancangan dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak DBKL, antaranya penyediaan Laporan Trafik Impact Assessment (TIA) dan Social Impact Assessment (SIA). Manakala bagi keperluan penyediaan laporan Environmental Impact Assessment (EIA) adalah tertakluk kepada ulasan Jabatan Alam Sekitar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

7. Keputusan yang dibuat oleh Kerajaan melalui Mesyuarat OSC Khas Bil.3/2023 pada 9 November 2023, adalah agar cadangan merekabentuk dan menaiktaraf KTB Bohol dilaksanakan secara tender pra-kelayakan terpilih dengan segala kos pembinaan KTB Bohol akan ditanggung sepenuhnya oleh petender, bagi mendapatkan kelulusan pemberimilikan 6 plot tanah Kerajaan seluas 26.80 ekar bagi tujuan kediaman. Justeru, urusan tender yang dilaksanakan adalah tertump kepada cadangan merekabentuk dan menaiktaraf KTB Bohol sedia ada. Mana-mana petender yang dipilih berdasarkan rekabentuk dan nilai KTB yang terbaik serta mematuhi semua spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak JPS, akan memperolehi kelulusan pemberimilikan tanah Kerajaan, mengikut seksyen 76, Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Sehubungan itu, pengiraan premium tanah Kerajaan bagi 6 plot tanah berkenaan adalah berdasarkan kepada formula premium pemberimilikan tanah Kerajaan seperti mana yang diwartakan melalui Kaedah 8(b)i), Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan 1995 (KKTWPKL) dan juga nilaian tanah yang diterima daripada pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Oleh yang demikian, sudah pasti akan terdapat perbezaan harga, sekiranya jumlah bayaran premium pemberimilikan tanah Kerajaan tersebut dibuat perbandingan dengan nilai pasaran berdasarkan transaksi jual-beli semasa.

Justeru, Tiada sebarang kerugian bernilai RM136,800,000.00 seperti yang didakwa, berikutan pengenaan premium tanah Kerajaan berjumlah RM41,705,933.00 tersebut mematuhi prinsip dan tatakelola kelulusan pemberimilikan.

8. Keputusan Kerajaan adalah untuk membuka tawaran secara tender kepada mana-mana pihak untuk mengemukakan kertas cadangan merekabentuk dan menaiktaraf KTB Bohol untuk mendapatkan kelulusan pemberimilikan 6 plot tanah Kerajaan yang masih belum dikeluarkan sebarang hakmilik.

Justeru, tiada sebarang penetapan harga rizab dibuat berikutan pengiraan premium pemberimilikan tanah Kerajaan ini akan ditentukan berdasarkan formula di dalam Kaedah 8(b)i), Kaedah-Kaedah Tanah Wilayah Persekutuan 1995 (KKTWPKL) dan juga nilaian tanah yang diterima daripada pihak Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
lanya berbeza dengan konsep lelongan atau pun tender bagi sesuatu hakmilik tanah (yang telah didaftarkan hakmilik) yang dilaksanakan oleh mana-mana institusi perbankan ataupun kewangan yang akan menetapkan suatu nilai harga rizab ke atas hakmilik tersebut.

Sekian, terima kash.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁促请隆市政局在武吉加里尔、大城堡及旧巴生路展开全面基础设施研究
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme