Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Parlimen berkenaan langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan penguasaan matematik

Posted on Tuesday, 09-07-2024Thursday, 18-07-2024 by Editorial Team

TARIKH​​: 9 JULAI 2024 (SELASA)

PUAN TERESA KOK SUH SIM [ SEPUTEH ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apa langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan penguasaan matematik memandangkan 85,706 pelajar gagal dalam matematik dalam SPM 2023. Mengapa Kementerian memaksa satu kelas bukan DLP bagi Sains dan Matematik di SMJK dan SM.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan program dan inisiatif dengan mengambil kira pencapaian murid untuk meningkatkan penguasaan mereka dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari.

KPM mempunyai strategi jangka pendek dan jangka panjang bagi meningkatkan penguasaan murid sekolah menengah dalam Matematik. Strategi jangka pendek melibatkan pengukuhan asas matematik dalam kalangan murid. Strategi ini dilaksanakan melalui penggunaan modul dan bahan sokongan dalam bilik darjah. Modul yang telah disediakan oleh KPM ialah Modul Bimbingan (MOBIM) yang mengandungi cadangan strategi pengajaran, teknik penyelesaian masalah dan lembaran kerja yang sesuai dengan tajuk dan keupayaan murid agar mereka tidak ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

KPM juga telah menyediakan Program Bimbingan (PROBIM) 2.0 untuk memastikan penguasaan konsep asas matematik di peringkat sekolah menengah dan Modul Basic Essential Additional Mathematics Skills (BEAMS) untuk mengukuhkan kefahaman dan kemahiran murid dalam bidang algebra. Bahan Sumber Inkuiri Matematik pula membantu guru melaksanakan PdP yang menuntut penglibatan aktif murid, membolehkan mereka membentuk konsep secara kendiri, serta membentuk kefahaman konsep yang lebih mendalam dan bermakna.

Strategi jangka panjang pula melibatkan perubahan kurikulum Matematik sekolah rendah dan menengah dalam Kurikulum Persekolahan 2027. Kurikulum tersebut akan disusun selaras dengan pengaplikasian teknologi dalam membina konsep, menguasai kemahiran, menyiasat dan meneroka idea matematik serta menyelesaikan masalah.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Sekolah yang melaksanakan Program DLP perlu memastikan peluang turut disediakan kepada murid untuk mengikuti matapelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Kebangsaan atau Bahasa Ibunda masing-masing. Pihak sekolah hendaklah memastikan terdapat sekurang-kurangnya satu kelas di setiap Tahun/Tingkatan yang melaksanakan PdP dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan/bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 untuk sesi persekolahan baharu mulai tahun 2024/2025.

Pelaksanaan Program DLP adalah tertakluk kepada garis panduan yang telah ditetapkan, yang mana prestasi dalam Bahasa Melayu adalah penting bagi memastikan pelaksanaan DLP selaras dengan perundangan sedia ada dan dasar pendidikan kebangsaan iaitu Seksyen 17 Akta Pendidikan 1996. Kriteria prestasi dalam bahasa Melayu juga bertujuan memastikan murid sentiasa berusaha untuk
meningkatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan memperkukuh Bahasa Inggeris selaras dengan dasar MBMMBI.

Sekian, terima kasih.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme