Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan Teresa Kok (Seputeh) dalam perbahasan RUU Penagih dadah (rawatan dan pemulihan) (Pindaan) 2024

Posted on Thursday, 04-07-2024Thursday, 18-07-2024 by Editorial Team

Datuk yang diPertua, RUU yang kita bahaskan hari ini adalah RUU yang sangat penting, tetapi ia juga mendatangkan kritikan daripada sesetengah NGO dan golongan yang prihatin dalam isu ini kerana mereka berpendapat kerajaan tidak menjalankan libat-urus yang cukup dengan mereka.
Saya cuba memanjangkan beberapa pandangan mereka dalam ucapan lima minit ini:-

1.Kewujudan Akta Dadah Berbahaya 1952 (DDA)

Menteri KDN berkata terdapat 74,459 banduan di penjara dan kebanyakannya terdiri daripada pengguna dadah. Apakah yang akan berlaku pada kesemua banduan yang dipenjarakan di bawah DDA ini selepas RUU ini diluluskan oleh Parlimen?

Menteri berkata RUU ini akan menggantikan Seksyen 15 DDA yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak kurang daripada dua tahun, tetapi, kerajaan tidak membuat apa-apa pindaan pada Seksyen 15 DDA, dan tiada apa-apa peruntukan yang memberi kuasa kepada akta ini untuk menjadi undang-undang utama yang mengawal selia penyalahgunaan dadah dan kebergantungan dadah.

Saya mencadangkan kerajaan memperkenalkan moratorium pada Seksyen 15 DDA dan menghendaki semua agensi penguatkuasaan yang menangkap atau menyiasat orang yang bersabit dalam penyalahgunaan dadah atau kebergantungan dadah untuk diproses di bawah akta ini.

2. Definisi Penyalahgunaan Dadah adalah Kabur [Pindaan 5(a)(vii)]

Ungkapan definisi dalam RUU adalah kabur, khususnya berkenaan penggunaan bahan untuk “tujuan bukan perubatan” tanpa definisi yang jelas, definisinya tidak membezakan bila seseorang melepasi ambang penyalahgunaan ke dalam pergantungan (it doesn’t indicate when a person passes the threshold of misuse into dependency), ini menimbulkan potensi bahaya apabila pesalah kali pertama menjadi “dependent” sedangkan mereka sepatutnya dianggap sebagai salah guna (Misuser).

Kerajaan haruslah memberi takrifan yang lebih jelas dalam seksyen 2 atau penerangan di bawah seksyen 6 dan 6A tentang siapa boleh dianggap sebagai penyalahguna dadah atau bahan (drug or substance misuser), dan siapa yang menjadi orang yang bergantung pada dadah atau bahan (drug or substance dependent).

3. Majlis Profesion Pegawai Pemulihan (Seksyen 27C)

Kerajaan harus menetapkan kriteria yang lebih jelas tentang orang yang layak dilantik dalam majlis ini, seperti seperti melantik Ahli Majlis daripada kalangan orang yang mempunyai kepakaran perubatan yang diiktiraf di bawah Akta Pengamal Perubatan 2007.

4. Syarat yang Dikenakan di bawah Seksyen 6(3) dan Seksyen 6A(3) berkenaan Perintah majistret yang boleh dibuat ke atas penyalahguna dadah atau bahan

Seksyen ini menggambarkan peruntukan yang sedia ada dan ia memberi banyak ruang bagi pihak berkuasa untuk menginterpretasi AADA, yang mungkin boleh bawa keadaan yang tidak masuk akal.

Di bawah Seksyen 6(3)(g) dan Seksyen 6A(3)(g), orang itu juga hendaklah mematuhi mana-mana arahan yang ditetapkan oleh Perintah Tetap Ketua Pengarah (DGSO), tetapi tiada penjelasan sama ada DGSO boleh diteliti secara terbuka atau dicabar oleh peguam jika ada peruntukan yang melanggar hak perlembagaan.

Saya cadang kerajaan mewujudkan borang standard yang menggariskan butiran untuk perintah yang dikenakan pada pesalah dalam jadual RUU ini untuk pemakaian Seksyen 6(3)(a). Selain itu, kerajaan juga harus ada mekanisme untuk mengawasi dan mengawal selia DGSO.

5. Peruntukan yang mengawal Pusat Rawatan [Seksyen 16]

Rekod tentang AADK yang lepas menunjukkan bahawa peruntukan lama di bawah Seksyen 16 adalah tidak berkesan untuk menangani kualiti pusat pemulihan dan ini akan menyekat keupayaan AADK untuk mengawal selia dan menangani penyalahgunaan kemudahan-kemudahan ini.
RUU ini tidak jelas dari segi keperluan dan syarat pelesenan pusat rawatan.

RUU ini haruslah mempunyai fasal tentang kesalahan berkaitan dengan ketidakpatuhan atau perlindungan pesakit dalam pusat rawatan dan pemulihan.

Saya mencadangkan kerajaan menetapkan kriteria yang lebih jelas dalam Seksyen 16 yang menghendaki pensijilan AADK oleh pakar bebas sebelum pelesenan atau audit oleh Lembaga Pelawat (board of visitors).

Kerajaan juga harus memasukkan syarat di mana wakil Kementerian Kesihatan untuk menjalankan penyemakan yang sama, seperti pelesenan untuk hospital dan klinik swasta, dan juga penilaian keselamatan kebakaran dan bahaya lain oleh Jabatan Bomba dan Polis.

Selain itu, SUHAKAM juga harus diberi kuasa untuk melawat dan memantau AADK.

6. Sukarelawan [Seksyen 27B]

Seksyen 27B(4) adalah sangat bermasalah kerana ia memberi banyak perlindungan kepada sukarelawan yang bekerja di pusat Rawatan dan Pemulihan. Di bawah seksyen ini, sekiranya sukarelawan adalah penjawat awam, penyalahgunaan atau kelakuan jenayah oleh sukarelawan akan ditafsirkan sebagai tanggungjawab kerajaan.

Sebelum ini, pernah berlakunya pemberi maklumat (whistleblowers) dan aktivis yang merakamkan penderaan dan penyalahgunaan kuasa polis didakwa bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang pegawai kerajaan menjalankan tugas, jadi ini mungkin berlaku pada sukarelawan dalam kes ini.

Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengeluarkan perlindungan kepada sukarelawan di bawah Kanun Keseksaan dalam RUU ini, dan menubuhkan satu badan akreditasi bagi sukarelawan.

7. Keperluan untuk Pendekatan Perubatan

Kerajaan harus menggalakkan rawatan masyarakat (community treatment) dan
pemulihan dalam satu komuniti. Pemulihan dalam komuniti tidak boleh menghendaki seseorang untuk duduk di lokasi atau dengan ‘kumpulan komuniti’ yang ditetapkan (designated communitiy group), ia harus beroperasi sebagai mekanisme untuk mengenakan rawatan dan terapi pesakit luar (outpetient treatments and therapies) untuk membantu seseorang menerima rawatan atas kebergantungan dadah.

8. Kerajaan harus bekerjasama dengan pusat rawatan swasta yang menggunakan nilai dan ajaran agama untuk membantu penyalahguna dadah
Sesetengah bekas penagih dadah memberitahu saya cara dan program pusat pemulihan dadah swasta yang mementingkan kasih-sayang dan ajaran agama adalah lebih efektif untuk membantu mereka keluar daripada kancah penagihan dadah berbanding dengan ADDK kerajaan. Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mengadakan kerjasama yang lebih rapat dengan pusat pemulihan penagihan dadah jenis ini.

Akhirnya, saya juga menyokong cadangan daripada beberapa ahli berhormat yang mencadangkan supaya RUU ini diserah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk mengadakan libat urus dengan lebih banyak pihak sebelum ia diluluskan dalam parlimen.

Saya juga setuju dengan pandangan undang-undang ini diletak di bawah kawal-selia Kementerian kesihatan dan bukannya Kementerian Dalam Negeri sekiranya kita serius dengan tujuan pindaan akta ini adalah untuk keluarkan penagih dadah daripada melihat mereka sebagai penjenayah ataupun “decriminalisation” penagih dadah.

#teresakok
#parlimen

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme