Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ucapan berkenaan kewujudan bahan pencemar dalam minyak sawit (3MCPDE & GE) di kamar khas di Parlimen

Posted on Tuesday, 19-03-2024Friday, 05-04-2024 by Editorial Team

Kebimbangan Terhadap Minyak Sawit Kerana Kewujudan Bahan Pencemar Pro-Karsinogen (3MCPDE)

Datuk Yang di-Pertua, salah satu kesangsian sesetengah pengguna terhadap minyak sawit adalah ia dianggap sebagai minyak masakan yang tidak sihat yang akan menyebabkan penyakit kanser kerana kandungan pro-karsinogen, 3MCPDE dan GE yang tinggi. Walau bagaimanapun, dakwaan ini belum disahkan oleh Kementerian Kesihatan.

Hakikatnya ialah komponen-komponen ini telah ditandakan sebagai bahan cemar yang akan menyumbang kepada penyakit kanser oleh Penguasa Piawaian Makanan Eropah (EFSA), Lembaga Penggalakan Kesihatan Singapura dan pihak berkuasa lain.

Sejak 2015, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah sedar tentang cabaran ini dan telah memberi geran dan bantuan kepada industri untuk mengurangkan atau menghapuskan bahan cemar ini daripada minyak sawit secara sukarela. MPOB juga telah mendakwa bahawa teknologi yang sedia ada mampu menangani kebimbangan ini.

Namun kami terus baca laporan yang boleh dipercayai bahawa minyak sawit Malaysia masih mengandungi pro-karsinogen yang tinggi, khususnya dalam minyak masak bersubsidi yang dijual di dalam negara. Isu ini telah dipersembahkan dan diketengahkan dengan jelas pada acara Persatuan Penapis Minyak Sawit (PORAM) 2023.

Soalan saya kepada KPPK ialah, “bilakah kita bersedia mengisytiharkan minyak sawit Malaysia yang dieksport ke lebih 150 negara selamat daripada pro-karsinogen ini? ”.

Industri sawit kita telah mengabaikan janjinya bahawa ia akan mengambil langkah pembetulan untuk mengurangkan 3MCPDE dan GE dalam bekalan minyak sawit secara keseluruhan. Akibatnya dakwaan tentang kandungan 3MCPDE dan GE kekal sebagai pro-karsinogen terbukti dalam bekalan dan penggunaan minyak masak kami, dan mencetuskan pandangan yang negatif terhadap keselamatan minyak sawit, malah di kalangan pengguna Malaysia.

Saya menggesa pihak berkuasa berkenaan untuk bertindak cepat dan efektif dengan bantuan Kementerian Kesihatan terhadap minyak sawit yang dijual di pasaran tempatan. Tekanan negatif daripada pembeli minyak sawit antarabangsa boleh menjadi sangat membimbangkan dan mereka mungkin akan memaksa kita untuk mengurangkan harga minyak sawit kita sekiranya kita gagal menangani masalah ini.

Industri minyak sawit tidak perlu lagi diberi lanjutan tempoh untuk menjadikan minyak sawit kita lebih tulin dengan alasan kos pemerosesan yang tinggi, kerana mereka telah menikmati harga jualan minyak sawit yang luar biasa dan keuntungan yang lumayan daripada jualan minyak sawit dalam beberapa tahun yang lepas.

Sudah tiba masanya industri mengambil langkah yang meningkatkan spesifikasi kualiti minyak sawit secara keseluruhan dan membantu mengelakkan kemungkinan kempen anti-minyak sawit yang menyerang minyak sawit Malaysia atas alasan kesihatan dan keselamatan.

Teresa Kok


Jawapan Daripada Timbalan Menteri KPK 👇

Tuan Yang Di-Pertua,

1. 3-monochloropropane diol ester (3-MCPDE) dan glycidyl esters (GE) adalah sebatian klorin yang terhasil semasa proses menghasilkan minyak tertapis. Kandungan klorin ini berpunca daripada fisiologi pokok dan percampuran minyak sekunder semasa pemprosesan di kilang buah sawit.

2. Pada masa ini, kandungan 3-MCPDE dalam minyak sawit Malaysia adalah pada julat di antara 0.6 hingga 6.1 ppm manakala kandungan GE adalah pada julat di antara 0.8 sehingga 7.4 ppm.

3. Untuk pengetahuan YB Seputeh, Malaysia mengeksport minyak sawit ke lebih daripada 150 negara. Namun, pada masa ini, hanya Kesatuan Eropah sahaja yang menetapkan piawaian aras kandungan maksimum 3-MCPDE pada 2.5 ppm dan 1.0 ppm bagi GE bagi minyak sawit. Negara-negara pengimport lain tidak menetapkan piawaian yang sama. Penetapan kandungan 3-MCPDE dan GE yang dieksport ke negara-negara lain adalah mengikut persetujuan antara pembeli dan penjual (willing buyer and willing seller).

4. Walau bagaimanapun, Kementerian ini mengambil berat mengenai isu keselamatan makanan berkaitan minyak sawit. Sehingga kini, pelbagai usaha telah dijalankan bagi membendung kehadiran bahan cemar 3-MCPDE dan GE di sepanjang rantaian minyak sawit. Kementerian juga komited bagi memastikan pemain industri sawit Malaysia mengurangkan kandungan 3-MCPDE dan GE dalam minyak sawit yang dihasilkan.

5. Beberapa teknologi terbukti mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kandungan 3-MCPDE dan GE dalam minyak sawit. Antaranya adalah teknologi pembasuhan minyak sawit mentah (CPO washing) yang mampu menurunkan aras unsur klorida yang terdapat di dalam CPO di peringkat kilang pemprosesan buah sawit. Unsur klorida merupakan pemangkin kepada pembentukan 3-MCPDE di dalam minyak sawit terproses. Purata kos bagi teknologi CPO washing adalah sekitar RM1.5 juta bagi kilang pemprosesan buah sawit berkapasiti 300 tan minyak sawit mentah sehari.

6. Manakala, aras kandungan GE dapat dikurangkan semasa proses penapisan minyak sawit dengan menggunakan teknologi post-stripping atau post-refining. Purata kos bagi teknologi post-stripping adalah sekitar RM12 juta bagi kilang penapisan minyak berkapasiti 2,000 tan minyak sawit mentah sehari.

7. Pada masa ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang bekerjasama dengan 11 kilang pemprosesan dan lima (5) kilang penapisan minyak sawit bagi menentukan teknologi yang terbaik bagi menurunkan aras kandungan bahan cemar ini dalam minyak sawit di Malaysia. Bagi tujuan ini, KPK berpandangan kilang penapisan minyak sawit perlu memainkan peranan yang lebih proaktif dalam menangani pembentukan 3-MCPDE dan GE.

8. Saya ingin memaklumkan juga, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui agensinya MPOB telah banyak menjalankan sesi libat urus bersama industri sawit bagi penetapan kadar maksimum 3-MCPDE dan GE dalam minyak sawit. Bagi menjawab soalan YB mengenai kesediaan untuk Malaysia menetapkan had maksimum bagi kandungan 3-MCPDE dan GE yang mematuhi piawaian oleh EU, saya ingin menegaskan bahawa piawaian ini telahpun dipatuhi oleh pemain industri yang mengeksport produk sawit ke pasaran EU. Pada masa yang sama, Kementerian menggalakkan pemain industri untuk mematuhi aras kandungan maksimum 3-MCPDE pada 2.5 ppm dan 1.0 ppm bagi GE bagi minyak sawit untuk pasaran domestik.

9. Penetapan undang-undang had maksimum 3-MCPDE dan GE ini dijangka akan dilaksana secara berperingkat sebelum 1 Januari 2026. Ke arah perkara ini, proses perundingan dengan industri sedang giat dilaksanakan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme