Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Soalan Parlimen 15 Mac 2023 berkenaan Perkembangan Industri Buluh di Malaysia di Parlimen Hari Ini

Posted on Wednesday, 15-03-2023Thursday, 16-03-2023 by Editorial Team

Saya Tanya soalan berkenaan Perkembangan Industri Buluh di Malaysia di Parlimen Hari Ini ๐Ÿ‘‡

Soalan 7: Minta MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI menyatakan perkembangan industri buluh di Malaysia dan bilangan Agensi berkenaan buluh yang telah ditubuhkan oleh Kementerian untuk usaha ini. Nyatakan bilangan benih buluh yang telah dijual kepada pihak industri oleh nurseri buluh di Lahat.

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian sentiasa prihatin dan berusaha untuk memperkasakan perkembangan industri buluh di Malaysia. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, nilai pasaran global bagi buluh dan produk keluaran buluh adalah dianggarkan berjumlah USD 59.3 billion pada tahun 2021, sementara nilai eksport produk atau keluaran buluh dari Malaysia pada masa ini adalah masih rendah, jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

Bagi tahun 2022, nilai eksport produk buluh adalah berjumlah RM14.46 juta, peningkatan sebanyak 66.1 peratus berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM8.70 juta. Negara kita masih lagi bergantung kepada pengimportan produk buluh dari negara-negara lain seperti China, Indonesia dan Vietnam. Nilai import produk buluh bagi tahun 2022 adalah RM129.18 juta, iaitu peningkatan sebanyak 44.8 peratus berbanding tahun 2021 yang berjumlah RM89.22 juta. Pada masa kini, terdapat sebanyak 577 pengusaha yang terlibat secara langsung dalam industri berasaskan buluh di Malaysia merangkumi industri papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan.

Bagi pelaksanaan pembangunan industri buluh, tiada penubuhan agensi baru dan Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) telah melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Malaysia bagi tahun 2021 โ€“ 2030 yang memberi tumpuan kepada lima (5) teras strategi utama iaitu:
i) Pengukuhan dasar dan perluasan sumber;
ii) Peningkatan modal insan, kepakaran dan kapasiti;
iii) Pengukuhan Inovasi, teknologi dan R&D&C;
iv) Pemerkasaan Rantaian dan Jaminan Kualiti; dan
v) Pengukuhan strategi pemasaran dan perkongsian pintar.
Setiap teras strategik ini akan menjadi penentu aras dalam perancangan bagi merancakkan perkembangan industri buluh di Malaysia samada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Selain itu, ia juga berperanan dalam memperkasakan hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh di peringkat global.

Kementerian melalui anak syarikat MTIB iaitu Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB) sedang membangunkan Makmal Tisu Kultur dan Tapak Semaian dan Penyelidikan Buluh seluas 1.72 hektar di Lahat, Perak. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan penghasilan anak benih buluh berkualiti. Fasiliti ini dijangka mampu menghasilkan 30,000 anak benih buluh sebulan untuk menampung permintaan penubuhan ladang buluh di Malaysia. Sehingga kini, pembinaan tapak semaian ini telah siap sehingga 90% dan dijangka akan memulakan pengeluaran anak benih buluh secara tisu kultur bermula pada hujung tahun ini.

SOALAN TAMBAHAN:

1. Apakah program utama yang dilaksanakan Kementerian bagi meningkatkan kesedaran pengguna dan meningkatkan potensi industri buluh Negara.

JAWAPAN:

Kementerian melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) sedang melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan kesedaran pengguna serta meningkatkan potensi industri buluh Negara seperti berikut:
(i) Menubuhkan Model Ladang Buluh seluas 15 hektar di Hulu Terengganu dengan kerjasama di antara MTIB dan Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC). Ia melibatkan penanaman plot kajian dari spesies buluh Betung, Beting, Beti, Brang, Madu, Beema dan Semantan. Hasilan daripada penubuhan ladang buluh contoh ini akan memudahkan rujukan pemain industri ini bagi melihat potensi buluh dalam konteks perladangan itu sendiri;
(ii) Membangunkan Manual Aplikasi Buluh dalam Industri Pembinaan yang melibatkan 3 komponen iaitu Penulisan Manual Buluh yang memberi penerangan lengkap penggunaan buluh dalam pembinaan, Pembangunan Binaan daripada Struktur Buluh yang boleh memberikan gambaran penggunaan buluh secara terperinci dari segi fabrikasi dan rekabentuk serta Latihan Sumber Manusia meliputi pengenalan spesies buluh serta teknologi pemprosesan buluh;
(iii) Menyediakan pinjaman mudah untuk membangunkan ladang buluh dengan nilai RM10,000/hektar kepada syarikat yang layak; dan
(iv) Melaksanakan program Pembangunan Community Farming Buluh di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi meningkatkan penglibatan usahawan ladang dan penduduk luar bandar serta pendalaman dalam penanaman buluh di tanah hak milik persendirian atau di sekitar rumah kediaman. Program ini melibatkan penyediaan bantuan anak pokok dan baja bagi penanaman buluh. Sehingga 31 Disember 2022, sejumlah 90 permohonan yang melibatkan keluasan 169.8 hektar tanah telah diterima oleh MTIB bagi menyertai program ini dan sedang dalam proses penilaian untuk dipertimbangkan bagi proses selanjutnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 33 permohonan melibatkan keluasan 63.67 hektar telah diluluskan dan agihan anak benih buluh dan baja sedang dijalankan bagi tanaman buluh.

Sekian, terima kasih.

#TeresaKok
#pusatkhidmatparlimenseputeh

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • ้ƒญ็ด ๆฒ๏ผšๆ’ค้”€ๅ‰่พพ็‘™ๆŸๅ…ฐๅฒญๅ›ฝๅฐๆ—งๅ€็งŸ็บฆ ๅๆ˜ ่”้‚ฆๅœŸๅœฐๆฒป็†้กปๆ”น้ฉ
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐–๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐„๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘—๐‘ข๐‘š๐‘™๐‘Žโ„Ž ๐‘Ž๐‘‘๐‘ข๐‘Ž๐‘› ๐‘‘๐‘–๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘š๐‘Ž ๐‘œ๐‘™๐‘’โ„Ž ๐พ๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘’๐‘Ÿ๐‘–๐‘Ž๐‘› ๐‘๐‘’๐‘Ÿโ„Ž๐‘ข๐‘๐‘ข๐‘›๐‘” ๐‘‘๐‘Ž๐‘˜๐‘ค๐‘Ž๐‘Ž๐‘› ๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘ข๐‘Žโ„Ž ๐‘š๐‘’๐‘™๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘ก๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘˜๐‘œ๐‘๐‘’๐‘Ÿ๐‘Ž๐‘ ๐‘– ๐‘‘๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘š 5 ๐‘ก๐‘Žโ„Ž๐‘ข๐‘› ๐‘ฆ๐‘Ž๐‘›๐‘” ๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘ .
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme