Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Ismail Sabri Diminta Mengumumkan Kos Perbelanjaan Lawatan Rasmi Beliau ke Jepun Dalam Bulan Mei Untuk Membuktikan Perbelanjaan Lawatan Rasmi Beliau Tidak Melebihi Jumlah Perbelanjaan Lawatan Rasmi ke Luar Negara Dalam Tempoh Najib Razak Pegang Jawatan PM (2008 – 2013)

Posted on Thursday, 04-08-2022Tuesday, 09-08-2022 by Editorial Team

Ismail Sabri Diminta Mengumumkan Kos Perbelanjaan Lawatan Rasmi Beliau ke Jepun Dalam Bulan Mei Untuk Membuktikan Perbelanjaan Lawatan Rasmi Beliau Tidak Melebihi Jumlah Perbelanjaan Lawatan Rasmi ke Luar Negara Dalam Tempoh Najib Razak Pegang Jawatan PM (2008 – 2013)
***************************************************
Saya berasa kesal atas jawapan yang tidak lengkap dan tidak tepat terhadap soalan saya yang bernombor 65 pada 21 Julai 2022 oleh YB Datuk Dr Abd Latiff Bin Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Soalan saya adalah “minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa anggota rombongan rasmi dan berapa pihak persendirian yang mengikuti Perdana Menteri melawat Jepun pada Mei tahun ini. Beri pecahan perbelanjaan lawatan rasmi yang dibiayai oleh Kerajaan dan kos yang ditanggung oleh pihak swasta/persendirian.”

Jawapan YB Datuk Dr Abdul Latiff Bin Ahmad kepada saya adalah:-
“Tuan Yang Di-Pertua,
1. Untuk makluman, lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Jepun pada 23 hingga 28 Mei 2022 yang lalu merupakan antara lawatan berprofil tinggi selepas lebih dua tahun sekatan perjalanan disebabkan pandemik COVID-19.

2. Delegasi Malaysia ini diketuai oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama dengan Menteri Kabinet termasuklah Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke Jepun, Republik Korea dan Taiwan.

3. Antara kejayaan terbesar hasil pertemuan kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Jepun tersebut adalah persetujuan penaikan taraf hubungan dua hala Malaysia-Jepun ke peringkat yang lebih komprehensif iaitu daripada Strategic Partnership kepada Comprehensive Strategic Partnership.

4. Di samping itu, Delegasi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Itabashi dan berpeluang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri dan wakil-wakil syarikat Jepun yang berada dalam wilayah Itabashi. Kerjasama baharu turut dipersetujui di antara Bandar Itabashi dengan Bandaraya Kuala Lumpur merangkumi kerjasama bandar pintar dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dan kerjasama dalam konteks mengendalikan bencana terutamanya usaha-usaha dalam menangani dan mengatasi isu banjir.”

Jawapan yang diberi oleh Menteri JPM YB Datuk Dr Abd Latiff Bin Ahmad di atas menunjukkan beliau langsung tidak menjawab isu yang saya tanyakan, iaitu tentang “jumlah anggota yang menyertai rombongan lawatan Perdana Menteri dan pecahan kos terlibat”, tetapi Menteri hanya jawab tentang objektif Perdana Menteri melawat Jepun dan program dalam lawatan rasmi itu.

Tetapi, pada hari yang sama, YB Menteri memberi jawapan tentang perbelanjaan empat duta-duta khas Perdana Menteri pada tahun 2020 hingga 2022 kepada soalan no:78 yang dikemukakan oleh YB Chan Foong Hin (Kota Kinabalu). Jawapan bagi soalan no: 78 ini menyatakan “bagi tempoh Januari 2020 hingga Jun 2022, sebanyak RM923,455.10 telah dibelanjakan bagi tujuan lawatan rasmi dalam dan luar negara keempat-empat Utusan Khas Perdana Menteri, di samping dalam melaksanakan fungsi tugas dan komitmen yang dipertanggungjawabkan.”

Saya tidak faham mengapa Jabatan Perdana Menteri mengelak untuk menjawab soalan saya berkenaan perbelanjaan yang melibatkan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Jepun kerana soalan yang sama pernah ditanya oleh Ahli Parlimen terhadap Perdana Menteri yang lepas dan kerajaan memang beri jawapan di Dewan Rakyat.

Misalnya:
Kos lawatan luar negara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya dalam tempoh lima tahun terakhir bernilai RM44.1 juta. (https://www.malaysiakini.com/news/235910).

Kerajaan belanja RM6.31 juta untuk lapan lawatan rasmi Tun Mahathir dan delegasi ke luar negara (https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1656580).

Kerajaan Pakatan Harapan malah memaparkan berita ini di laman web rasmi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (https://www.bheuu.gov.my/…/1312-kerajaan-belanja-rm6-31…)

Sekiranya mantan Perdana Menteri sanggup menjawab soalan Parlimen tentang perbelanjaan lawatan rasmi ke luar negara, kenapakah Perdana Menteri YB Dato’ Sri Ismail Sabri enggan jawab soalan Parlimen saya dan lapor perbelanjaan lawatan rasminya di Parlimen?

Adakah ini disebabkan perbelanjaan lawatan rasminya ke Jepun melebihi jumlah perbelanjaan 5 tahun lawatan rasmi bekas PM Dato’ Sri Najib Razak (RM44.1 juta), sehingga beliau tidak berani mengumumkan jumlah yang dibelanjakan dalam lawatan rasminya ke Jepun?

Kerajaan sepatutnya telus tentang perbelanjaan mereka kepada rakyat, termasuk kos perbelanjaan lawatan rasmi anggota kabinet ke luar negara.

Memandangkan Menteri di JPM YB Datuk Dr Abdul Latiff Bin Ahmad gagal memberi jawapan yang betul kepada saya, saya menyeru YAB Perdana Menteri menjawab soalan Parlimen saya sekali lagi dan mengumumkan kos perbelanjaan lawatan rasminya ke Jepun kepada media.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 𝐉𝐊𝐏𝐓𝐆 𝐦𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐰𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐩𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐥𝐚𝐢, 𝐒𝐊 𝐃𝐚𝐧𝐚𝐮 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐭𝐮𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐊𝐏𝐌
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀, 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑝𝑎𝑘𝑎ℎ 𝑝𝑟𝑜𝑠𝑒𝑑𝑢𝑟 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑃𝑢𝑠𝑎𝑡 𝐾ℎ𝑖𝑑𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑏𝑢 𝑆𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝐵𝑒𝑟𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛 (𝐶𝑜𝑛𝑓𝑖𝑛𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡 𝐶𝑒𝑛𝑡𝑟𝑒).
  • 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐘𝐁 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀 𝐏𝐀𝐂 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐁𝐒𝐈𝐃𝐈 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟔 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
  • (no title)
  • UCAPAN PERBAHASAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL OLEH TERESA KOK, AHLI PARLIMEN SEPUTEH PADA 14 JULAI 2026
  • MENTERI PERLADANGAN DAN KOMODITI diminta menyatakan status penaiktarafan semua depot biodiesel di Malaysia untuk menyimpan, mengadun dan mengedar biodiesel B20
  • Pembatalan Penyewaan Tapak Bekas SK Danau Perdana Bukti Keperluan Reformasi Tadbir Urus Tanah Persekutuan (14 Julai 2026)
  • 郭素沁:撤销前达瑙柏兰岭国小旧址租约 反映联邦土地治理须改革
  • Govt Urged to Implement PAC Recommendation to Establish KL Land Committee After SK Danau Perdana Lease Reversal (14 July 2026)
  • 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝑑𝑖𝑚𝑖𝑛𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑡𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑢𝑚𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑡𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝐾𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑒𝑟𝑖𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑢𝑏𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑘𝑤𝑎𝑎𝑛 𝑟𝑎𝑠𝑢𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑙𝑖𝑏𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑜𝑝𝑒𝑟𝑎𝑠𝑖 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 5 𝑡𝑎ℎ𝑢𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠.
  • UCAPAN TERESA KOK DALAM PERBAHASAN RUU PINDAAH AKTA KAWALAN PADI DAN BERAS 1994 PADA 9 JULAI 2026
  • Perbahasan berkenaan Penambahbaikan Perkhidmatan Bersepadu One Stop Crisis Center (OSCC) pada 9 Julai 2026
  • KSN DAN KP JKPTG DISERU MEMBATALKAN KONTRAK PENYEWAAN TAPAK SEKOLAH (LOT 54836) DI TAMAN DESA KEPADA SYARIKAT SWASTA
  • MENTERI PENDIDIKAN diminta menyatakan bilangan murid-murid darjah satu di setiap sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di kawasan Parlimen Seputeh dan Bukit Bintang pada tahun 2023, 2024, 2025 dan 2026
  • Ucapan Perbahasan Teresa Kok (Seputeh) Laporan SUHAKAM 2024 Pada 7 Julai 2026

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme