Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Teresa Kok marah Menteri JPM tidak jawab soalan perbelanjaan lawatan rasmi Ismail Sabri ke Jepun

Posted on Tuesday, 02-08-2022Tuesday, 02-08-2022 by Editorial Team

Hari ini saya bangkitkan isu Menteri di JPM enggan jawab soalan saya berkenaan kos perbelanjaan lawatan rasmi PM ke Jepun pada Mei tahun ini. Soalan saya adalah seperti di bawah ๐Ÿ‘‡

โ€ฆ. minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa anggota rombongan rasmi dan berapa pihak persendirian yang mengikuti Perdana Menteri melawat Jepun pada Mei tahun ini. Beri pecahan perbelanjaan lawatan rasmi yang dibiayai oleh Kerajaan dan kos yang ditanggung oleh pihak swasta/persendirian.โ€

Jawapan YB Datuk Dr Abdul Latiff Bin Ahmad kepada saya adalah:-

โ€œTuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman, lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Jepun pada 23 hingga 28 Mei 2022 yang lalu merupakan antara lawatan berprofil tinggi selepas lebih dua tahun sekatan perjalanan disebabkan pandemik COVID-19.

2. Delegasi Malaysia ke ini diketuai oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama dengan Menteri Kabinet termasuklah Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke Jepun, Republik Korea dan Taiwan.

3. Antara kejayaan terbesar hasil pertemuan kedua-dua pemimpin tertinggi Malaysia dan Jepun tersebut adalah persetujuan penaikan taraf hubungan dua hala Malaysia-Jepun ke peringkat yang lebih komprehensif iaitu daripada Strategic Partnership kepada Comprehensive Strategic Partnership.

4. Di samping itu, Delegasi Malaysia telah mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Itabashi dan berpeluang mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua industri dan wakil-wakil syarikat Jepun yang berada dalam wilayah Itabashi. Kerjasama baharu turut dipersetujui di antara Bandar Itabashi dengan Bandaraya Kuala Lumpur merangkumi kerjasama bandar pintar dan Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) dan kerjasama dalam konteks mengendalikan bencana terutamanya usaha-usaha dalam menangani dan mengatasi isu banjir.โ€

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (้ƒญ็ด ๆฒ) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Court Judgement YB Teresa Kok VS Datuk Dr Akmal
  • UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN 2027 OLEH TERESA KOK (SEPUTEH) PADA 13 OKTOBER 2026
  • Ucapan Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh) dalam Perbahasan RUU Akta Makanan 1983 (8 Oktober 2026)
  • MOTAC DIMINTA MENYATAKAN PENCAPAIAN KEMENTERIAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026
  • Ucapan Teresa Kok dalam Perbahasan โ€œLaporan Pengurusan Pelarian di Malaysiaโ€ di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2026
  • Rest in Peace, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
  • ้ƒญ็ด ๆฒไฟƒ่ฏท้š†ๅธ‚ๆ”ฟๅฑ€ๅœจๆญฆๅ‰ๅŠ ้‡Œๅฐ”ใ€ๅคงๅŸŽๅ กๅŠๆ—งๅทด็”Ÿ่ทฏๅฑ•ๅผ€ๅ…จ้ขๅŸบ็ก€่ฎพๆ–ฝ็ ”็ฉถ
  • KENYATAAN AKHBAR YB TERESA KOK (AHLI PARLIMEN SEPUTEH) PADA 27 OGOS 2026
  • Joint Efforts Needed: CPO KL, Mayor, and PTGWPKL Director Urged to Clamp Down on Illegal Parking Fee Collection on Kuala Lumpur State Land
  • MEDIA STATEMENT: THE TAMAN DESA PHASE 1 NEIGHBOURHOOD CONTROL SCHEME ISSUE (17 August 2026)
  • KENYATAAN MENGENAI PERSATUAN PENDUDUK TAMAN DESA FASA 1
  • ๐‰๐Š๐๐“๐† ๐ฆ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฐ๐š๐š๐ง ๐ญ๐š๐ฉ๐š๐ค ๐ฌ๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ž๐ซ๐›๐ž๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ข, ๐’๐Š ๐ƒ๐š๐ง๐š๐ฎ ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ ๐ค๐ž๐ซ๐ž๐ญ๐š ๐ญ๐š๐ง๐ฉ๐š ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐๐Œ
  • ๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€, ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐˜๐€๐‘๐€๐Š๐€๐“ ๐‘‘๐‘–๐‘š๐‘–๐‘›๐‘ก๐‘Ž ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ฆ๐‘Ž๐‘ก๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘Ž๐‘๐‘Ž๐‘˜๐‘Žโ„Ž ๐‘๐‘Ÿ๐‘œ๐‘ ๐‘’๐‘‘๐‘ข๐‘Ÿ ๐‘š๐‘’๐‘›๐‘‘๐‘Ž๐‘“๐‘ก๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘ƒ๐‘ข๐‘ ๐‘Ž๐‘ก ๐พโ„Ž๐‘–๐‘‘๐‘š๐‘Ž๐‘ก ๐ผ๐‘๐‘ข ๐‘†๐‘’๐‘™๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘  ๐ต๐‘’๐‘Ÿ๐‘ ๐‘Ž๐‘™๐‘–๐‘› (๐ถ๐‘œ๐‘›๐‘“๐‘–๐‘›๐‘’๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก ๐ถ๐‘’๐‘›๐‘ก๐‘Ÿ๐‘’).
  • ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€ ๐˜๐ ๐๐„๐๐†๐„๐‘๐”๐’๐ˆ ๐๐€๐‚ ๐๐€๐†๐ˆ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐“๐€ ๐๐€๐‚ ๐๐„๐‘๐‡๐”๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐‹๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐”๐๐’๐ˆ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐Œ๐€๐’๐€๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐ƒ๐€๐†๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐’ ๐’๐€๐‘๐€ ๐‡๐ˆ๐ƒ๐”๐ ๐๐€๐ƒ๐€ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
  • (no title)

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme