Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Lawatan ke Ladang Leong Hin San di Rantau, Negeri Sembilan

Posted on Thursday, 14-07-2022 by Editorial Team

Hari ini, rombongan DAP diketuai oleh Setiausaha Agung YB Anthony Loke melawat Ladang Leong Hin San, estet yang dimiliki oleh syarikat United Malacca Berhad (UMB) di Rantau, Negeri Sembilan.

Anggota rombongan kami terdiri daripada Ahli Parlimen Kula Segaran, Khoo Poay Tiong dan saya; 3 orang ADUN Chew Chong Sin, Gunasekaran dan Arul Kumar dan Chung Yi Fan (pembantu Anthony Loke).

Ketibaan kami disambut oleh Pengerusi UMB, Datin Paduka Tan Siok Choo dan Jeffrey Ong, Pengerusi Malaysian Estate Owners’ Association (MEOA) dan pemimpin MEOA yang lain.

Kami kemudian dibawa masuk ke pedalaman ladang untuk melihat cara pekerja ladang memetik buah sawit, menabur baja, mekanisasi pemetikan dan pengutipan buah sawit dan sebagainya.

Kami baru sedar kesusahan pekerja ladang sawit. Malah bukan senang untuk pungut buah sawit yang berat dari lantai ke lori.
Pengurus ladang memberitahu kami masalah kekurangan pekerja memang amat menjejaskan industri sawit. Banyak buah sawit yang telah masak bertaburan di lantai dan tidak dikutip kerana kekurangan pekerja.

Pengurus ladang berkata orang tempatan di syarikatnya tidak mahu menjadi “Harvester”/penuai buah sawit kerana ia merupakan kerja yang perlu tenaga yang kuat dan amat susah. Orang tempatan hanya pilih kerja yang lebih ringan seperti memandu truck dan menabur baja.

Masalah kekurangan pekerja di sektor ladang sawit telah berlarutan selama beberapa tahun dan ia telah menyunbang kepada pembaziran dan kerugian industri sawit. MEOA menganggarkan kerugian yang disebabkan oleh kekurangan pekerja asing adalah lebih kurang RM28 bilion (mengikut harga sawit semasa) pada tahun ini.

Selepas makanan tengahari, pemimpin MEOA memberi satu taklimat tentang industri sawit kepada kami. Masalah yang dibentangkan khususnya kekurangan pekerja dan kadar pencukaian yang berlebihan terhadap industri ini.

Pada akhir sesi taklimat, kami dihadiahkan buku “Uncle Boon Remembers — A Pioneer Malaysian Planter”.

Kami amat menghargai pihak UMB dan para pemimpin MEOA yang mengaturkan program ini kepada kami. Semoga kami dapat membantu industri sawit pada masa kelak. 😊

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme