Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jom Naik MRT

Posted on Wednesday, 25-05-2022Thursday, 26-05-2022 by Editorial Team
https://www.teresakok.com/wp-content/uploads/2022/05/WhatsApp-Video-2022-05-26-at-2.25.38-PM.mp4

 

Pagi ini, rakan-rakan Pusat Khidmat Parlimen Seputeh dan saya menaiki tren MRT Fasa 2 dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Sri Damansara Sentral. Kami disambut dan ditemani oleh pegawai-pegawai MRT yang diketuai oleh CEO MRT Corp Datuk Mohd Zarif Hashim sepanjang lawatan kami.

Bila saya ditunjuk cara membeli tiket di mesin tiket, saya pun cuba menekan butang untuk buat bayaran, saya baru sedar MRT fasa 2 ini masih belum dibuka kepada orang ramai.

Ini adalah kali pertama saya menaiki MRT di Malaysia, saya mesti kata pengalaman kami di dalam stesen dan tren MRT memang seronok dan selesa.

Saya diberitahu oleh Datuk Zarif bahawa MRT bergerak tanpa pemandu, gerabaknya lebih panjang berbanding dengan LRT dan boleh menampung 1,500 orang. Pergerakan tren sepanjang perjalanan saya juga sangat lancar dan stabil.

Beliau berkata pas perjalanan tanpa had bulanan bernilai RM50 sebulan. Pas ini boleh digunakan untuk menaiki bas, LRT dan MRT. Harga pas telah dikurangkan daripada RM100 sebulan kepada RM50 sebulan dalam tempoh pandemik. Jadi, memang murah dan berbaloi untuk warga kota menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas di Lembah Klang.

Saya berharap MRT fasa 2 dapat dibuka untuk kegunaan orang awam dengan secepat mungkin. Saya lebih berharap stesen MRT di Taman Salak Selatan, Taman Naga Emas, Sri Petaling di kawasan saya boleh dibuka lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁:雪州伊党养猪课题立场矛盾,玩弄种族政治
  • Contradictory Statements by Selangor PAS Leaders on Pig Farming Show Political Opportunism
  • PENDIRIAN BERCANGGAH PEMIMPIN PAS SELANGOR BUKTI MEREKA HANYA MAHU MEMPOLITIKKAN ISU PENTERNAKAN BABI, BUKAN MENAWARKAN PENYELESAIAN DASAR
  • 政府受促掌握我国生物柴油的真实数据 ,以免作出提升生物柴油设施的错误预算
  • MTEN and the Government Media Team Urged to Obtain Accurate Figures and Facts on Biodiesel Supply and Usage in Malaysia to Avoid Miscalculations in Development Expenditure for Biodiesel Blending Depots
  • MTEN dan Team Media Kerajaan digesa Mendapat Nombor dan Fakta Berkenan Pembekalan dan Penggunaan Biodiesel di Malaysia Yang Sebenar Supaya Kerajaan Tidak Membuat Kesilapan Dari Segi Pengiraan Perbelanjaan Pembangunan Kelengkapan Depoh Pengadunan Biodiesel
  • [YouTube] Ucapan Kamar Khas Parlimen: Apakah Usaha Promosi Produk Komoditi Hiliran Dalam Tahun Melawat Malaysia 2026? (2 Mac 2026)
  • APAKAH USAHA PROMOSI PRODUK KOMODITI HILIRAN DALAM TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026 (2 Mac 2026)
  • B20生物柴油现在比纯柴油便宜,郭素沁促政府加速建设生物柴油储存库
  • BIODIESEL B20 KINI LEBIH MURAH DARIPADA DIESEL TULEN. KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN NAIK TARAF DEPOT BAGI MEMPERLUAS PELAKSANAAN B20 UNTUK MENANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API.
  • BIODIESEL B20 IS CHEAPER THAN PURE DIESEL NOW. GOVERNMENT IS URGED TO FAST-TRACK CRITICAL DEPOT UPGRADES IN ORDER TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT TO MITIGATE SURGING FUEL COSTS
  • 郭素沁促政府加速落实B20生物柴油政策;重启油库建设缓解燃油涨价压力
  • KERAJAAN DIGESA MEMPERCEPATKAN PELAKSANAAN BIODIESEL B20 DENGAN SEGERA MENGHIDUPKAN SEMULA PEMBINAAN DEPOT BAGI MENANGANI KRISIS HARGA BAHAN API
  • GOVERNMENT IS URGED TO ACCELERATE B20 BIODIESEL ROLLOUT BY URGENTLY REVIVING DEPOT CONSTRUCTION TO COUNTER FUEL PRICE CRISIS
  • 郭素沁:设立皇委会是检验昌明政府透明承诺的试金石

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme