Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

Jawapan Lisan di Dewan Rakyat berkenaan umlah pembantu rumah Indonesia yang Berjaya menerima permit kerja melalui program “Maid Online” yang dilaksanakan sejak Januari 2018

Posted on Thursday, 24-03-2022 by Editorial Team

Soalan lisan No:61 di Dewan Rakyat – Minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan jumlah pembantu rumah Indonesia yang Berjaya menerima permit kerja melalui program “Maid Online” yang dilaksanakan sejak Januari 2018. Apakah isu yang menghalang penandatangan MOU pembantu rumah di antara Malaysia dan Indonesia sejak tahun 2016.

 

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Seramai 38,121 pembantu rumah warganegara Indonesia telah berjaya menerima permit kerja melalui program “System Maid Online” yang dilaksanakan sejak Januari 2018 oleh Kementerian Dalam Negeri. Penggajian pekhidmat domestik dari Indonesia di Malaysia adalah jumlah yang terbesar selepas penggajian pekhidmat domestik dari negara Filipina iaitu seramai 59,605 (16.3%). Sumber: My IMMs, Jabatan Imigresen Malaysia, 31 Januari 2022).

Pengambilan dan penggajian pekhidmat domestik Indonesia untuk bekerja di Malaysia dilakukan melalui beberapa siri Memorandum Persefahaman yang telah ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Indonesia sejak tahun 2006.

Rundingan bagi memuktamadkan Memorandum Persefahaman baharu bagi pengambilan dan penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia pernah diadakan antara kedua-dua negara pada November 2017 dan November 2018. Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak telah tidak mencapai kata sepakat untuk memuktamadkan Memorandum Persefahaman baharu berkenaan. Beberapa isu dasar yang menjadi kekangan bagi memuktamadkan Memorandum Persefahaman baharu ini adalah seperti berikut:
i) Mekanisme pengambilan melalui One Channel System,
ii) One Maid One Task; dan
iii) Gaji permulaan pembantu rumah

Perundingan Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Republik Indonesia berhubung pengambilan dan penempatan Pekhidmat Domestik Indonesia yang diketuai oleh Kementerian Sumber Manusia dan disertai oleh Kerajaan Dalam Negeri telah berjalan lancar dan mencapat kata sepakat yang sewajarnya.

Memorandum Persefahaman Pekhidmat Domestik Indonesia telah dimuktamadkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik Indonesia semasa Mesyuarat Technical Working Group pada 8 hingga 11 Mac 2022 di Jakarta. Memorandum Persefahaman Pekhidmat Domestik Indonesia dijadualkan dimeterai di Jakarta pada 1 April 2022.

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • Free Eye Check Up at Nanomite Optical (Taman Desa) jointly organised by TDRA & Lions Eye Club
  • Sesi Penerangan Komunikasi Strategik oleh Pemaju Mah Sing berkenaan projek perumahannya di Taman Desa
  • Thai Food Review
  • Rice Dumpling Making Tutorial at Jalil Damai Apartment Bukit Jalil 郭素沁与民学习包粽子,传承传统文化 (18 May 2025)
  • Sambutan Hari Ibu bersama peserta Wanita Klinik Guaman Telenisa di PPR Kg Muhibbah (18 Mei 2025)
  • Pertandingan Congkak dan Dam di Apartment Sri Rakyat (18 Mei 2025)
  • Semarak Hari Belia Negara Peringkat Kawasan Seputeh (15 Mei 2025)
  • Blessed Mother’s Day to My Mother and to all the Mothers in the World
  • Mother’s Day Distribute Flowers to all the Mothers (11 May 2025)
  • Kejadian Tanah Runtuh di Sri Petaling berlaku pada 23 April 2025 dan Tindakan seterusnya
  • Sambutan Hari Ibu X Dapur Seputeh (10 Mei 2025)
  • Happy Mother’s Day 母亲节快乐
  • Kejadian Tanah Runtuh di Jalan Sri Petaling 5 berlaku pada 23 April 2025
  • Hari Terbuka Pelan Tindakan KL 2040
  • Sidang Parlimen Khas berkenan tindakan Amerika Syarikat mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara tersebut dan kesannya ke atas ekonomi Malaysia

Article Archives

© 2025 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme