Skip to content
TERESAKOK
Menu
  • About
  • Contact
Menu

[Video] Perbahasan Menjunjung Kasih Titah Diraja Teresa Kok pada 8 Mac 2022

Posted on Tuesday, 08-03-2022Thursday, 10-03-2022 by Editorial Team

Tan Sri yang diPertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan menjunjung kasih titah ucapan YDP Agong, saya akan menumpukan ucapan saya kepada 4 isu:-

BANJIR KILAT di KL PADA 7 MAC 2022
*****************
Isu Pertama, pada petang semalam banjir kilat melanda Kuala Lumpur, banyak tempat di pusat bandar Kuala Lumpur termasuk di kawasan Parlimen saya ditengelami air. Banyak kereta rosak dan trafik di pusat bandar lumpuh. Di manakah Menteri Wilayah Persekutuan bila banjir berlaku dan apakah beliau lihat keadaan banjir dengan matanya sendiri?

Kenyataan lama YB Menteri yang bertarikh 25 November 2013 dalam MStar.com yang bertajuk “Pengurusan Banjir di Malaysia antara terbaik berbanding dengan negara lain termasuk Amerika Syarikat” telah bertular di media sosial semalam. Waktu itu, YB Arau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal bencana, sekarang beliau pegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan. Apakah YB Menteri masih percaya kenyataan lama beliau selepas beliau menyaksikan banjir kilat semalam, dan juga banjir kilat dalam bulan Disember tahun lepas?

Dalam mesyuarat YB Menteri WP dengan para Ahli Parlimen KL pada bulan lepas, saya terdengar Menteri berkata DBKL akan lulus lebih rumah mampu milik pencakar langit di Kuala Lumpur. Saya ingin minta beliau mengkaji semula kesemua cadangan projek berdensiti tinggi ini.

Dalam era perubahan iklim (climate change) ini, volum hujan akan lebih tinggi berbanding dengan era sebelum ini. Kesemua projek berdensiti tinggi tersebut akan menyumbangkan lebih banjir kilat di Kuala Lumpur kerana sistem perparitan di banyak tempat di Kuala Lumpur temasuk pusat bandar tidak diperbesarkan selama ini.

Sehubungan dengan itu, saya ingin minta Menteri WP berunding dengan Ahli Parlimen KL bila ingin meluluskan projek berdensiti tinggi, dan juga berunding dengan wakil rakyat Selangor bila projek yang berdensiti tinggi diluluskan di sempadan KL dan Selangor kerana trafik dari KL akan pergi ke Selangor juga.

Saya difahamkan Exco Selangor merangkap ADUN Kinrara YB Ng Sze Han telah mulis surat kepada YB Menteri tentang projek Rumahwip DBKL yang akan dijual dengan harga RM300k per unit di Bukit Jalil. Projek Rumahwip ini mempunyai dua blok, blok A mempunyai 38 tingkat dan 39 tingkat di Blok B. Setiap unit hanya diberi satu tapak letak kereta sahaja. Projek perumahan yang begitu tinggi density ini tentu akan menyumbangkan kesesakan trafik di kawasan DUN Kinrara.

Bukit Jalil terletak di kawasan Parlimen Seputeh tetapi saya langsung tidak tahu tentang projek rumahwip tersebut. Saya menyeru Menteri WP menjawab surat daripada exco Selangor tersebut dan DBKL haruslah mengadakan perbincangan dengan MPSJ, iaitu PBT yang mengawasi kawasan DUN Kinrara berkenaan isu trafik dan isu-isu lain.

UGUTAN MENTERI DALAM NEGERI KEPADA PESERTA CINA DI JAMUAN DI JOHOR BARU
****************

Tan Sri yang diPertua, Menteri Dalam Negeri YB Larut telah membuat satu ucapan yang penuh bau ugutan kepada peserta Cina dalam satu jamuan di Johor Baru beberapa hari yang lepas. Beliau berucap tanpa memakai pelitup muka, tapi tiada tindakan diambil terhadap beliau.
Dalam ucapannya, beliau menghendaki para peserta jamuan berhenti makan bila dia berucap, beliau juga mahu semua orang bertepuk tangan bila beliau berucap, dia kata pegawai cawangan khas polis (special branch) yang berada dalam dewan jamuan itu akan melaporkan kepada beliau siapa tidak tepuk tangan dan tidak dengar ucapannya.

Ucapannya telah disiarkan dalam laman web dan bertular dalam media sosial.

Apa yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri ini bukan sahaja sikap yang angkuh, tetapi apa yang serius ialah beliau menggunakan pegawai special branch untuk mengugut hadirin Cina yang juga merupakan pengundi di Johor. Bukankah ini penyalahgunaan kuasa bagi Menteri Dalam Negeri? Tugas pegawai polis dan special branch adalah untuk menjaga keselamatan awam, tetapi mereka sekarang diarah oleh Menteri untuk memantau samada orang yang hadir jamuan Perikatan Nasional sokong kerajaan PN ataupun tidak? Bukankah pegawai polis sepatutnya neutral dalam politik, khususnya dalam pilihan raya?

Saya menyeru SPR mengambil tindakan terhadap ugutan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri kepada pengundi di jamuan Perikatan Nasional di JB tersebut.

Selain itu, ramai juga keliru kenapakah SOP PRN Johor dilaksanakan secara “double standard”? Para penceramah dikehendaki memakai pelitup muka semasa berceramah, manakala mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin, Menteri Dalam Negeri dan YB Pekan boleh berucap tanpa pakai pelitup muka tetapi tidak dikenakan kompaun, tetapi Ketua Pembangkang Parlimen dikenakan kompaun RM1,000 kerana berceramah tanpa pakai pelitup muka.

Selain itu, apakah laga penumbuk dibenarkan untuk mengganti perjabatan tangan/shake hand? Bila calon MUDA membuat laga penumbuk dengan orang lain, beliau dikenakan kompaun RM1,000 tetapi bila YB Pekan lakukan ini, tiada tindakan diambil terhadap beliau.

APA BERLAKU DALAM MOU PEMBANTU RUMAH DI ANTARA MALAYSIA DAN INDONESIA?
****************

Tan Sri yang diPertua, saya ingin tanya apa yang telah berlaku dalam penandatangan MOU tentang pengambilan pembantu rumah di antara Malaysia dan Indonesia? Saya terbaca dalam media bahawa MOU ini sepatutnya ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia Malaysia dengan kerajaan Indonesia pada 7 – 8 Februari di Bali tetapi ia ditangguhkan oleh pihak Indonesia kerana Kementerian Dalam Negeri tidak memberi kerjasama yang sewajar, dan KDN malah tiba-tiba mengumumkan dasar baru yang menghendaki pembantu rumah Indonesia masuk ke Malaysia menggunakan MyTravelPass.

Pengumuman KDN ini memang bercanggah dengan MOU yang sepatutnya ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia dengan kerajaan Indonesia yang ingin melaksanakan One Chanel System (OCS).

Memandangkan kedua-dua Menteri kabinet membuat kenyataan yang bercanggah dalam isu MOU dengan Indonesia, Perdana Menteri haruslah campurtangan dan mengambil-alih perbincangan MOU ini dengan kadar segera, kerana MOU ini dikaitkan dengan pengambilan pekerja Indonesia dalam sektor-sektor lain di negara kita. Kalau MOU ini tidak selesai, maka kita tidak boleh mengambil masuk pekerja Indonesia untuk bekerja di sektor-sektor lain di negara kita.

Selain itu, saya rujuk kepada laporan yang disiarkan di portal Malaysiakini yang bertajuk: “Source: Troubled foreign worker recruiting system to be replaced” pada 3 Mac 2022. Mengikut artikel tersebut, perkhidmatan Bestinet Sdn Bhd yang menguruskan pekerja asing atau apa yang dinamakan “Malaysia’s Foreign Worker Centralised Management System” (FWCMS) mungkin akan diambil alih oleh satu syarikat baru yang bernama 3S Asia Sdn Bhd yang ditubuhkan dalam Jun 2021. Syarikat ini mempunyai satu laman web, iaitu “3sMalaysia.com” yang memaparkan logo Kementerian Sumber Manusia. Apakah syarikat ini telah mendapat sokongan daripada Kementerian Sumber Manusia untuk menangani One Channel System (OCS) dengan Indonesia?

Saya juga ingin tahu siapakah mewujudkan portal ini dan macam manakah syarikat ini dilantik? Apakah ia dilantik melalui rundingan terus di antara Kementerian dengan syarikat ini? Ataupun melalui tender terbuka? Kalau melalui tender terbuka, berapakah syarikat menyertai pembidaan ini?

Selain itu, apakah syarikat 3S Asia Sdn Bhd hanya mewujudkan laman web ini untuk menguruskan OCS sahaja, ataupun ia juga dipertugaskan untuk menjalankan pengambilan pekerja/recruitment, latihan, penempatan pekerja dan penghantaran balik pembantu rumah Indonesia di Malaysia?

Saya rasa hairan, kenapakah laman web 3sMalaysia.com ini hilang selepas laporan berita di Malaysiakini ini dilaporkan? Saya menyeru Menteri Sumber Manusia memberitahu dewan yang mulia ini tentang isu ini.

ISU BUKU “Mari Kenali Sawit” OLEH MPOC
***************

Tan Sri yang diPertua, saya ingin minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) menjawab tuduhan yang disiarkan dalam laman web sabahkini2.com berkenaan 370 ribu unit buku yang berjudul “Mari Kenali Sawit” yang diterbit oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan kos perbelanjaan RM3.9 juta.

https://sabahkini2.com/en/news/4515/rm39-juta-telah-dibayar-cetak-buku-mari-kenali-sawit-tapi-buku-lesap-tiada-penghantaran-ke-sekolah/view#.YhijcR47cig.whatsapp

Buku yang dikhususkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dilancarkan oleh Menteri MPIC pada Januari 2022.

Saya ingin baca tulisan dalam laman web sabahkini2.com yang berbunyi ““Projek yang dilaksanakan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) KPPK dengan kerjasama MPOC bernilai RM3.9 juta itu dilihat sebagai projek harga tidak masuk akal dan sangat menguntungkan pembekal. Reka bentuk dan kandungan buku yang dicetak juga sangat buruk! tidak sepadan dengan kos RM3.9 juta!.

Buku ini sepatutnya diberikan secara percuma kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia namun ia tidak pernah pun dihantar ke sekolah-sekolah yang dimaksudkan. Malah buku itu tidak pernah dihantar sepenuhnya ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komodoti (KPPK).Jika benar dihantar ke MPIC sudah tentu ratusan ribu buku tersimpan di kementerian untuk diagihkan.

Projek RM3.9 juta dengan kos penghantaran RM100,000 ke seluruh negara sekurang-kurangnya dicetak 370,000 cetakan jika 2 variasi buku ini dibayar kos RM10.00 seunit. Kos cetak semakin banyak dicetak maka semakin murah. Kalaupun ada kos konsep, konten dan rekabentuk dibayar RM30,000 sehingga RM70,000 sekalipun pembekal tetap untung luar biasa!

Zuraida mesti beri penjelasan. RM3.9 juta sudah dibayar oleh MPOC mencetak buku ‘Mari Kenali Sawit’ namun bukunya entah di mana dan tiada penghantaran ke sekolah-sekolah seluruh negara. Sekurang-kurangnya 370 ribu unit buku dicetak. Mana buku-buku itu?”

Daripada tulisan dalam laman web ini, saya difahamkan bahawa perolehan ini dibuat secara rundingan terus atas arahan Menteri yang diselaraskan bekas PTTK beliau, Nor Ratna Sridewi Mokhtar.

Saya berharap Menteri MPIC boleh memberi penerangan berkenaan isu ini.

Sekian, terima kasih. Selamat Hari Wanita kepada semua.

Teresa Kok

About

Teresa Kok

About Teresa

Teresa Kok (郭素沁) is Seputeh's MP and DAP Vice-chairman. Born and bred in Kuala Lumpur, Teresa is a second-generation Malaysian of Chinese descent. n the 2008-2013 term she was Selangor Senior State Executive Councillor for Investment, Industry and Trade and State Assemblyperson for Kinrara.

Learn More

Recent Articles

  • 郭素沁呼吁反贪会调查前经济部长助理蔡镇燊的方式 应避免陷“舆论公审”
  • MACC is urged to restore public confidence and review its manner of investigating James Chai
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa memulihkan keyakinan awam dan menilai semula cara siasatan terhadap James Chai Jin Shern
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan statistik perkahwinan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun bagi 2023,2024 dan 2025
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkenaan jumlah pendaftaran yang diterima oleh Lembaga Jurukur Tanah
  • Parlimen: Soalan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan rumah perlindungan bagi mangsa keganasan rumah tangga
  • Ucapan Kamar Khas: Apakah Respons dan Halatuju Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Terhadap Syor PAC Terhadap Pemberimilikan Tanah Kerajaan di Kuala Lumpur (2 Mac 2026)
  • Ucapan Teresa Kok (Seputeh) Dalam Perbahasan Penyata Jawatankuasa Pilihan Kesihatan: Pemantapan Dasar Pemakanan dan Intervensi Nutrisi di Malaysia Pada 25 Februari 2026
  • Kes Pecah Kereta di Taman Persekutuan Bukit Kiara
  • “Gema 1MDB: Satu Lagi Pasukan Petugas yang Ditakdirkan untuk Gagal?” (14 Feb 2026)
  • “Echoes of 1MDB: Another Task Force Destined to Fail?” (14 Feb 2026)
  • 郭素沁:嘉玛若再违庭令,将采取法律行动
  • [Media Statement] Response to Recent Remarks by Datuk Jamal Yunos
  • [Kenyataan Media] Respons terhadap Kenyataan Terkini Datuk Jamal Yunos
  • [PARLIMEN] Adakah Kementerian akan menyemak dan menghapuskan keperluan kelulusan suami bukan warganegara dalam permohonan kewarganegaraan anak-anak di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan demi memastikan ibu Malaysia mempunyai hak yang sama untuk memohon kewarganegaraan bagi anak yang dilahir di luar negara.

Article Archives

© 2026 TERESAKOK | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme